Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mual] | موال

Definisi : 1. berasa hendak muntah, loya, muak: perutnya ~ hendak muntah; 2. ki berasa bosan sekali, jijik, meluat: Minah sudah mulai berasa ~ tentang kelakuan pemuda itu; memualkan menjadikan (menyebabkan) mual, memuakkan: bau hanyir yg keluar dr luka itu ~; kemualan perihal mual: tingkah laku anak gadis yg serba gelisah itu diteliti oleh mereka dgn penuh ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mual] | موال

Definisi : muai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mual] | موال

Definisi : 1 berasa hendak muntah; loya; muak. 2 berasa jemu atau meluat. memualkan menyebabkan atau menjadikan mual: Bau longkang yg busuk itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mual
Rujuk :muak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nauseamualPerubatanTiadaLihat loya.
postoperative nausea and vomiting (PONV)mual dan muntah pascabedah (PONV)PerubatanTiadaKomplikasi yang berlaku selepas anestesia menggunakan opioid dan selepas pembedahan tertentu seperti pembedahan ginekologi, laparoskopi dan telinga tengah.
nauseanauseaPerubatanTiadaRasa mual atau loya yang boleh menyebabkan muntah.
morning sicknessmabuk hamilKejururawatanTiadaMual dan muntah pada waktu pagi yang dialami oleh sesetengah ibu hamil semasa trimester pertama kehamilan.
sea sickmabuk lautPerubatanTiadaRasa mual dan pening semasa berlayar.
antiemeticantiemetikPerubatanTiadaUbat yang digunakan untuk menghalang rasa mual dan muntah, yang bertindak dengan merencat tindak balas pada pusat muntah di otak. Ubat ini digunakan dalam masalah mabuk perjalanan, muntah yang disebabkan oleh ubat antikanser dan alahan mengandung. Antara kumpulan ubat antiemetik ialah perencat reseptor 5-HT3 dan perencat reseptor dopamina. Contoh ubat ialah Ondansetron dan Chlorpromazine. Sinonim antimuntah.
antiemeticantiemetikFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengan mencegah atau merawat muntah dan mual. 2. Agen yang berupaya mencegah atau merawat muntah. Kebanyakan agen ini boleh diberikan sama ada secara oral, suntikan atau tablet. Contob agen ini ialab dolasetron, granisetron dan ondansetron. Sinonim drug antiemetik.
nausealoyaPerubatanTiadaRasa tidak enak di sekitar epigastrium dan abdomen, yang lazimnya menyebabkan berlakunya muntah. Sin: mual
poisoningkeracunanPerubatanTiadaKeadaan akibat termakan racun, sama ada racun kimia atau racun mikroorganisma. Antara gejala keadaan ini ialah mual, muntah-muntah dan sakit perut. Misalnya, keracunan makanan dan keracunan akibat dadah.
anxietykebimbangan; kerisauanAntropologiTiadaBerkaitan dengan tekanan yang dialami oleh seseorang, dengan disertai oleh gangguan sistem saraf automasi dan disertai dengan rasa mual.
12

Kembali ke atas