Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mua.tan] | مواتن

Definisi : barang-barang yg dibawa (oleh lori dll), isi (kapal dll): sampai dekat kuala maka dipunggahlah segala ~ perahu itu; ~ haba (Kim) kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu sesuatu bahan se­banyak satu kelvin, lazimnya pd tekanan dan isi padu yg sama; ~ haba tentu (Kim) muatan haba per unit jisim, atau kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu satu kg bahan sebanyak satu kelvin; orang ~ orang yg menumpang (naik) kapal dll; resit ~ = surat ~ Id surat keterangan bkn barang-barang yg dikirim dgn kapal dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mua.tan] | مواتن

Definisi : barang-barang yg dibawa (oleh lori dll); isi kapal dll: Apabila sampai di Pelabuhan Kelang, segala ~ kapal itu diturunkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muat (adjektif)
Bersinonim dengan ada ruang, dapat diisi, tidak sempit, tidak ketat, tidak sendat;,
Kata Terbitan : memuatkan, termuat, muatan,

Puisi
 

Perahu sekuci muatan sarat,
     Tenggelam duduk di muka kuala;
Cuba sedikit terasa kelat,
     Racun diminum hilang dahaga.


Lihat selanjutnya...(23)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dari/daripada seekor unta ke seekor unta yang lain, dia mengagihkan muatan yang dipikul di atas bahunya.Dari seekor unta ke seekor unta yang lain, dia mengagihkan muatan yang dipikul di atas bahunya.Tatabahasa29.11.2011
tujuan adalah untuk menambah keluasan tapak MEMASUK / MEMASUKKAN dan mengeluarkan muatan barang DARI / DARIPADA kenderaan. yang manakah betul....MEMASUK or MEMASUKAN DARI or DARIPADA ?...bertujuan adalah untuk menambah keluasan tapak memuatkan barang dan mengeluarkan muatan barang daripada kenderaan...Tatabahasa18.04.2014
1. Apakah perkataan Bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan 'claimable'. Contoh: HRDF Malaysia Claimable. Bolehkah saya menterjemahkannya sebagai 'Boleh Tuntut Dana HRDF Malaysia'? 2. Bolehkah saya menterjemahkan 'Freight Transportation' sebagai 'Pengangkutan Barang Muatan'?HRDF Malaysia Claimable boleh diterjemahkan sebagai Boleh Tuntut Dana HRDF Malaysia.
Freight transportation boleh diterjemahkan sebagai pengangkutan barangan muatan atau pengangkutan barangan angkut.
Makna25.09.2021
Yang manakah perkataan yang mengalami glotalisasi ketika membunyikannya? soalan, lautan, muatan , keadaan? yang saya pasti 'keadaan' tapi satu lagi jawapan ialah? dan kenapa?Merujuk bidang linguistik, hentian glotis bermaksud bunyi hentian yang dihasilkan dengan menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dgn pelepasan secara tiba-tiba. Konsonan yang menerima hentian glotis ialah konsonan k yang penggalannya di hujung perkataan dan tidak dapat dibunyikan, lazimnya dijumpai dalam kata pinjaman daripada bahasa Arab. Tidak terdapat unsur glotalisasi dalam contoh kata yang saudara berikan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Buku Fonetik dan Fonologi, Arbak Othman.Tatabahasa29.10.2010
Pekerja memunggah barang-barang ke dalam lori. Bolehkah saya menggunakan perkataan "memunggah" dalam ayat ini?Memunggah bermaksud menurunkan (muatan kapal dan lain-lain). Oleh itu memunggahtidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut, yang betul ialah memuat - pekerja memuat barang-barang ke dalam lori.Tatabahasa03.04.2009
Adakah sesuai penggunaan isian faktor untuk mendefinisikan 'factor loading'? Terima kasihMenurut data kami, padanan dalam bahasa Melayu untuk factor loading ialah pemberatan faktor; muatan faktor (bidang Matematik dan Geografi) dan faktor bebanan (bidang kejuruteraan). Tuan/puan boleh menggunakan padanan bahasa Melayu yang sesuai bergantung pada bidang yang dipilih. Sekian. Terima kasih.Istilah06.07.2017
apa makna perkataan catar ? Perkataan catar tidak terdapat dalam Kamus Dewan tetapi acap digunakan seperti bas catar.Dalam Kamus Inggeris- Melayu Dewan, chartered diterjemahkaan sebagai dicater (disewa). Contoh: Chartered freight - tambang-muatan cater (istilah undang-undang). Chartered bus. Bas yang dicater.Makna09.05.2011
Assalamualaikum dan Salam sejahtera Saya cuba menterjemahkan perkataan dibawah: High-tonnage body, up to 20 t (untuk bahagian kenderaan) Tapi gagal mencari terjemahan yang hampirPadanan bahasa Melayu bagi istilah  high-tonnage body ialah badan kenderaan muatan berat.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah13.08.2022
Tuan, apakah perbedaan antara "kenderaan" dengan "kendaraan"? Dikatakanlah bahawa "kenderaan" ejaan baku bahasa Melayu; "kendaraan" pula ejaan baku bahasa Indonesia. Jika dibandingkan kedua-dua kata itu daripada segi etimologi, yang manakah ejaan yang lebih baku?Salam sejahtera,

Tuan,

Perkataan kenderaan bermaksud enaikan (spt motokar, bas, kereta api, basikal, dll), tunggangan (spt kuda, gajah dll): jalan raya masih sibuk dgn ~ dan tentera Jepun yg maju ke Selatan; pajak ~ Id pajak (cukai) yg dikenakan ke atas kenderaan; ~ awam = ~ umum kenderaan utk orang ramai (yg disewakan kpd orang banyak); ~ berat kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan melebihi lima tan, spt bas dan lori; ~ pacuan empat roda ken­deraan bermotor yg keempat-empat rodanya mempunyai kuasa utk menggerakkan atau menjalankan kenderaan; ~ ringan kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan kurang drpd lima tan, spt kereta, van dan motosikal; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Tetapi, untuk makluman, perkataan "kendaraan" tidak terdapat dalam bahasa Melayu dan tidak boleh diigunakan.

Jadi, perkataan yang boleh digunakan ialah perkataan kenderaan.

Sekian, terima kasih.
Makna15.06.2017
KDE4 cenderung menggunakan bentuk "jawaban" dan "kewajiban" dlm ayat contohnya berbanding bentuk "jawapan" dan "kewajipan". Apa komen pihak Tuan tentang hal ini.Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yag terdapat pada perkataan yang ditakrifkan. Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan. Variasi kata diperturunkan, terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu ada juga kemungkinannya seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal pasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. Oleh itu, bentuk standardnya ialah jawaban dan kewajiban. Variasi kata pula ialah jawapan dan kewajipan. Sekian, terima kasih.Tatabahasa27.12.2006
12

Kembali ke atas