Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.da] | مودا

Definisi : 1. belum tua (orang dll), masih remaja: sesetengah drpd mereka masih ~ mentah; anak ~ gadis atau teruna; kaum ~ golongan orang muda, generasi baru; 2. belum masak atau tua (buah-buahan, daun-daunan, dll), baru menjadi (parut, kulit, dll): kelapa ~; parut ~; 3.masih baru (diadakan, diusahakan, dll), belum lama (wujudnya sesuatu): kita juga telah diberi mandat utk memandu negeri ini dr sebuah negeri ~ menjadi negara dewasa; 4.masih awal (hari, bulan, dll), belum meng­hujung (lewat): malam masih ~ tetapi jalan raya telah mulai lengang; orang telah pulang ke rumah masing-masing sebab telah meng-habiskan wang di bulan ~; 5. tingkatan (ke­dudukan, pangkat, dll) yg kedua: laksamana ~; leftenan ~; menteri ~; raja ~ bakal raja; 6.yg terakhir atau baru (isteri): isteri ~; 7.kurang gelap atau tua (warna), agak pucat: merah ~; hijau ~;~ belia muda sekali; ~ hati = ~ fikiran (orang tua) yg tingkah lakunya spt orang muda; ~jelita orang yg muda lagi jelita (gadis); ~mentah bp sangat muda; ~-mudi; a) golonganorang muda; b) Id tarian antara laki-laki dan perempuan yg moden (bukan dansa); ~ re-maja muda yg sudah hampir akan baligh; ~ terala orang muda yg berpangkat tinggi; main ~ berseronok (bersuka-sukaan) dgn perem­puan; bermuda Mn bermain muda, bermukah, berzina; ~ diri selalu benar berkahwin; bermuda-muda Mn berkelakuan spt orang muda; memudakan membuat (menjadikan dll) muda, menganggap muda: selesai ~ wajah, sibuk pula dia memilih tali leher; mempermuda menjadikan lebih muda: tentu sekarang ia berkurang akan ~ kulitnya; kemudaan perihal muda, keadaan (masih) muda: menurutkan nafsu ~nya; kerana ~ usia, maka para belia masih memerlukan bimbingan, nasihat, teguran serta tunjuk ajar drpd golongan yg lebih berumur; kemuda-mudaan bertingkah laku spt anakmuda;pemuda orang yg masih muda (lelaki), anak(lelaki) yg masih remaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.da] | مودا

Definisi : 1 belum tua (bkn orang); masih remaja: Isterinya masih ~. anak ~ gadis atau teruna. 2 belum tua atau belum masak (bkn buah-buahan, daun-daunan dll). 3 agak pucat; kurang gelap (bkn warna): merah ~. 4 tingkatan, pangkat atau kedudukan yg kedua: menteri ~; raja ~ bakal raja; isteri ~ isteri yg terakhir atau yg terbaru. 5 belum lama lagi; belum larut: Negara Malaysia masih ~. bulan ~ awal bulan. ~ belia muda sekali. ~ hati orang tua yg bertingkah laku spt orang muda. ~-mudi golongan orang muda (lelaki dan perempuan). ~ remaja mula dewasa. memudakan menjadikan muda; menganggap muda. kemudaan keadaan atau sifat muda. kemuda-mudaan kelihatan muda atau spt anak muda (bkn kelakuan dsb); bertingkah laku spt anak muda. pemuda orang lelaki yg masih muda; orang muda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muda (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, masih berhingus,
Berantonim dengan tua

2. Dalam konteks buah
bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau,
Berantonim dengan tua

3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung,
Berantonim dengan lewat

Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda,

Puisi
 

Kelapa muda muda juga,
     Kelapa tua dibuat inti;
Suka suka juga,
     Sembahyang kita jangan dihenti.


Lihat selanjutnya...(111)
Peribahasa

Rambut sudah dua macam,
     lagi juga berbanyak ragam.

Bermaksud :

Orang tua atau setengah umur berkelakuan seperti orang muda-muda.

 

Lihat selanjutnya...(46)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
shapeour employees are young and inexperienced but we’ll soon lick them into ~, pekerja kami muda-muda dan tdk berpengalaman tetapi kami akan membentuk mereka nanti; we need an aggressive manager to lick this business into ~, kami memerlukan pengurus yg agresif utk memajukan perniagaan ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
daycolonialism has had its ~, zaman kegemilangan kolonialisme sudah berlalu; if he’s etc a ~, sekurang-kurangnya: he’s seventy if he is a ~, dia sekurang-kurangnya berusia tujuh puluh tahun; in ~s to come, pd masa(-masa) yg akan datang; in a ~ or so, dlm sehari dua; in /o’s, so’s/ ~, a. in o’s, so’s lifetime, (pd) /masa, zaman/ sso dahulu: in my grandfather’s ~, pd masa datuk saya dahulu; b. in o’s, so’s young days, pd masa sso muda (-muda) dahulu, pd masa muda sso dahulu: she was a beauty in her ~, pd masa dia muda-muda dahulu dia cantik; c. in so’s period of prosperity, success, etc, pd masa sso dahulu; in /the ~s of old, ~s of yore/, (liter.) pd /masa, zaman/ dahulu; (in) these ~s, pd /masa sekarang, masa ini/, sekarang ini, kini: in this ~ and age, pd /hari, masa/ ini, pd masa sekarang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spring chicken n 1. ayam muda; 2. (fig.), (jocular), (orang) muda: she’s no ~, but she’s rich, dia bukan muda, tetapi kaya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rejuvenatedadj muda kembali: I felt ~ after the holiday, saya berasa muda kembali selepas percutian itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sub-lieutenant n leftenan muda: a ~ in the navy, seorang leftenan muda dlm tentera laut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boy-meets-girladj asmara muda-mudi: a ~ story, kisah asmara muda-mudi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unripeadj not yet ready to be gathered, eaten, etc, muda, belum masak: ~ apples, epal muda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pinkishadj (berwarna) /merah muda, merah jambu, dadu/ yg samar-samar: there was a ~ glow in the sky, terdapat cahaya merah muda yg samar-samar di langit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stripling n anak muda, teruna, pemuda: he joined the Navy when he was only a ~, dia menjadi anggota Tentera Laut semasa dia masih anak muda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tender15. easily broken, sensitive, muda: the ~ shoots are affected by frost, pucuk-pucuk muda itu rosak akibat fros;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas