Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.dah] | موده

Definisi : 1. tidak susah atau sukar, gampang, senang: sajak baru, bukanlah satu hasil seni yg ~ difahami; dgn takdir Allah Taala, Manjung pun alah dgn ~nya; 2. cepat atau lekas sekali (menjadi dll): ada setengah-se-tengah orang yg ~ menganggap bahawa pengarang itu seorang manusia yg luar biasa; kalau angin kencang, mungkin api yg meliuk-liuk lemah itu padam dgn ~nya; 3. bp senang diperdaya (perempuan), tidak kuat imannya; ~ jua pd yg ada, sukar jua pd yg tidak prb orang kaya dapat memenuhi adat apa pun jua sedangkan orang miskin se­galanya susah; bermudah-mudah menganggap senang sa­haja sesuatu pekerjaan, mengerjakan dgn tidak bersungguh-sungguh; memudahkan 1. menjadikan mudah (utk dikerjakan dll), menyenangkan: utk ~ men-dapat makan, mereka telah menyewakan rumah mereka; 2. memandang atau meng­anggap tidak penting (mustahak, berharga, dll), menganggap enteng: maksud senang di sini bukanlah bererti yg mereka harus ~ kewajiban mengeluarkan zakat; memudah-mudahkan menganggap atau memandang ringan; mempermudah menjadikan lebih mudah: tujuan logaritma ialah hendak ~ kerja kiramengira biasa; mudah-mudahan; bukan ~ bukan perkara (hal dll) yg mudah; kemudahan 1. perihal atau keadaan mudah, kesenangan (senangnya atau mudahnya se­suatu); 2. kesenangan, keselesaan: pihak yg tertentu hendaknya melengkapkan segala sesuatu utk ~ rakyat; 3. sesuatu yg memu­dahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan dsb): pelbagai ~ disediakan utk projek ini; ~ awam perkhidmatan dan infra­struktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dsb; pemudahan perihal (perbuatan dsb) memu­dahkan; pemudah (orang) yg suka kpd perkara yg senang-senang sahaja; ~ cara orang (pihak) yg memudahkan sesuatu tindakan atau proses (spt pemindahan ilmu): sektor awam akan bertindak sbg ~ cara kpd perkembangan sektor swasta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.dah] | موده

Definisi : ; mudah-mudahan 1. dgn harapan supaya (terhindar drpd kemalangan dll), di­harapkan supaya, moga-moga: ~ Tuhan akan memberkati hidup engkau; 2. (biasanya pd akhir ayat dll) demikianlah hendaknya: Tuhan akan memberi perlindungan kpd kita, ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.dah] | موده

Definisi : 1 tidak susah; tidak sukar: Kira-kira ini ~ saja. 2 lekas atau cepat sangat: Budak-budak muda ~ benar terpengaruh. ~ alih dpt dibawa atau dialih ke mana-mana. bermudah-mudah menganggap mudah saja; membuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh. memudahkan 1 menjadikan mudah utk dikerjakan. 2 menganggap tidak penting, tidak berharga dll; memandang mudah. mempermudah menjadikan lebih mudah; menganggap lebih mudah. kemudahan 1 keadaan mudah. 2 sesuatu yg disediakan utk faedah orang ramai, pekerja dsb. ~ awam perkhidmatan dan infrastruktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, dan jalan raya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mu.dah] | موده

Definisi : ; mudah-mudahan 1 diharapkan supaya; moga-moga: Belajarlah bersungguh-sungguh, ~ berjaya nanti. 2 demikianlah hendaknya (selalunya pd akhir ayat): Pd bulan hadapan akan tercapailah cita-cita kita, ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,

Puisi
 

Jangan mudah bunga sudah,
     Bunga serupa dengan daun;
Jangan mati kehendak mudah,
     Hilang bulan berganti tahun.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Mudah terbelingut bagai pisau belik.

Bermaksud :

Mudah tersinggung dan berkecil hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Mudah bengkok bagai parang timah). terbelingut = terpelecok; belik = tin, timah.

 

Lihat selanjutnya...(90)


Jurnal Pendidikan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdfJpendidikan30[09].pmdatau period mengajar terlalu singkat iaitu satu masa/period sahaja sementara itu tedapat pelajar yang ramai dalam sebuah bilik darjah. Oleh itu guru-guru terpaksa menggunakan kaedah-kaedah pengajaran yang mudah serta menjimatkan masa. Selain daripada itu penggunaan perkaedahan yang mudah ini berlaku kerana kurangnya pendedahan guru-guru terhadap kursus, bengkel dan seminar tentang perkaedahan pengajaran agama. Seramai 16 orang (61.5%) daripada mereka pernah 146 Jurnal Pendidikan 30 menghadiri atau http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_9.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=7&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=4&hits=733+73d+7c5+a9c+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdfJpendidikan30[04].pmdINSTRUMEN Kajian kualitatif ini menggunakan instrumen temu bual bagi mendapatkan data. Kaedah temu bual sesuai dijalankan dalam kajian kes kerana ia melibatkan pengumpulan dan penganalisaan data secara kualitatif yang paling mudah (Creswell 1994). Kaedah temu bual juga melibatkan interaksi secara bersemuka antara pengkaji dengan pelajar cemerlang dan lemah secara terus, langsung dan terarah untuk mendapatkan maklumat tentang pengalaman atau situasi pelajar mengkod dibuat. Semua tema ini dibina menggunakan perisian NUD*IST (Non- Numerical Unstructured Data and Indexing Searching Theorizing) yang telah diadaptasi secara manual bagi memberi gambaran yang lebih seragam dan mudah difahami. Bagi menentukan sama ada tema strategi pembelajaran bahasa yang dikumpulkan itu boleh dipercayai ataupun tidak, setiap tema dianalisis menggunakan analisis Cohen Kappa. Setelah dikira nilai persetujuan oleh pakar, pengkaji http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_4.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=2&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=3&hits=448+530+140a+
ttp://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_2.pdfJpendidikan30[10].pmdpembelajaran yang menjadi pilihan mereka semasa pembelajaran komputer. Keselarasan antara pendekatan pengajaran dengan gaya pembelajaran guru pelatih akan menjadikan proses membuat refleksi dalam putaran pembelajaran oleh Roger (2000) menjadi lebih mudah. Semakin kritikal refleksi yang dibuat terhadap pengalaman lepas dengan cara yang mereka sendiri sukai, semakin mudah proses pembelajaran berkesan berlaku. RUJUKAN DeBello, T.C. 1990. Comparison of eleven major learning styles model: Variables, appropriete populations, validity of instrumentation, and resesrch behind them. Journal of Reading, Writing ttp://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_2.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=9&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=2&hits=977+987+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_10.pdfJpendidikan30[10].pmdpembelajaran yang menjadi pilihan mereka semasa pembelajaran komputer. Keselarasan antara pendekatan pengajaran dengan gaya pembelajaran guru pelatih akan menjadikan proses membuat refleksi dalam putaran pembelajaran oleh Roger (2000) menjadi lebih mudah. Semakin kritikal refleksi yang dibuat terhadap pengalaman lepas dengan cara yang mereka sendiri sukai, semakin mudah proses pembelajaran berkesan berlaku. RUJUKAN DeBello, T.C. 1990. Comparison of eleven major learning styles model: Variables, appropriete populations, validity of instrumentation, and resesrch behind them. Journal of Reading, Writing http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_10.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=8&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=2&hits=977+987+
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdfC:\Documents and Settings\Adminmereka mempunyai lebih ruang dan peluang untuk memberikan lebih tumpuan kepada pelajaran. Sebaliknya pelajar lelaki diberikan lebih kebebasan oleh keluarga. Kurang kawalan keluarga terhadap pelajar lelaki menyebabkan mereka terbiar dan mudah terdedah kepada pengaruh-pengaruh negatif serta budaya yang kurang sihat. Jelaslah bahawa keluarga perlu memainkan peranan dalam mengawal aktiviti pelajar lelaki agar kebebasan yang diberikan adalah kebebasan yang terkawal. Ibu http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2030%202005/full%20article%2030%202005/artikel%2030_6.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=4&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksJurnalPendidikan&HitCount=1&hits=13e8+

Kembali ke atas