Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oral administrationpemberian oralFarmasiFarmakologiPemberian sesuatu drug atau ubat melalui mulut sama ada dengan cara makan, minum atau telan. Pemberian drug secara oral merupakan kaedah yang paling biasa digunakan kerana ia lebih mudah dan murah.
sugar beet pulppulpa bit gulaVeterinarTiadaHasil sampingan pengekstrakan gula daripada ubi bit. Bahan ini dikeringkan dan dikisar sebelum diberi makan kepada ternakan. Kadangkala molases yang diperoleh daripada ubi bit akan ditambah semula ke dalam bahan ini untuk meningkatkan keperisaannya. Bahan ini sangat sesuai untuk lembu tenusu kerana serabutnya mudah dicerna. Kandungan tenaga tercernanya kurang daripada bijirin (<10 MJ/kg) dan boleh dimasukkan ke dalam rangsum ternakan ruminan sehingga 70%.
AmphetamineAmphetaminePerubatanTiadaNama kimia: ß-phenylisopropylamine. Sejenis ubat perangsang sistem saraf pusat dan saraf simpatetik yang menyebabkan meningkatnya kepekaan dan tumpuan, mengurangkan selera makan dan meningkatkan aktiviti kardiovaskular. Ubat ini digunakan dalam rawatan obesiti, narkolepsi dan masalah hiperaktif, dan kekurangan tumpuan (ADHD). Antara kesan sampingannya ialah insomnia, resah, hipertensi, berdebar dan sakit kepala. Ubat ini mudah disalahgunakan kerana kesan rangsangan psikologinya dan boleh menyebabkan ketagihan.
hypervitaminosishipervitaminosisVeterinarTiadaKeadaan patologi pada ternakan akibat pemberian vitamin yang berlebihan. Dalam keadaan biasa, keadaan ini jarang terjadi kecuali jika berlaku kesilapan semasa pembancuhan makanan. Tanda-tanda umum penyakit ini ialah ternakan mengalami pertumbuhan yang terencat, anemia, lemah dan kehilangan selera makan. Penyakit hipervitaminosis A terjadi pada kucing apabila ia diberi makanan yang berasaskan hati. Pada ayam, pemberian vitamin A yang berlebihan menyebabkan pertumbuhan terencat, kurang selera makan, diarea dan mata membengkak. Pengambilan vitamin D yang berlebihan pula boleh menyebabkan aras kalsium dan fosforus tinggi dalam darah dan mengakibatkan pengumpulan garam kalsium dalam saluran darah dan organ. Penyakit ini jarang berlaku pada vitamin larut air seperti vitamin B dan C kerana ia mudah dikumuhkan.
signal grassrumput signalVeterinarTiadaRumput terpilih daripada spesies Brachiaria decumbens yang pertumbuhannya separa menjalar manakala batang dan daunnya diselaputi bulu-bulu halus. Rumput ini mudah hidup di pelbagai jenis tanah termasuk kawasan tanah cerun dan tahan terhadap banjir serta kemarau. Kandungan proteinnya ialah 10-12% dan tenaga sebanyak 8-9 MJ/kg. Rumput ini boleh menyebabkan masalah fotosensitif pada biri-biri dan kambing tetapi tidak pada lembu dan kerbau. Selain itu, ternakan juga boleh mengalami jaundis dengan tanda-tanda kekuningan di seluruh badan akibat meningkatnya kandungan bilirubin dalam darah, berkeruping di bahagian mulut dan punggung, tidak makan, kepala terdongak, kurus dan seterusnya boleh menyebabkan kematian. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh faktor antipemakanan seperti saponin yang terdapat di dalam rumput tersebut.
creep feedmakanan ternakan rayapVeterinarTiadaMakanan pepejal yang diberi pada pertama kali untuk mengajar anak ternakan supaya menerima makanan selain daripada susu. Pemakanan ini dapat membantu meningkatkan berat badan anak selepas disapih. Makanan ini biasanya mengandungi nilai protein yang tinggi, mudah dicerna dan rasa yang lazat. Selain itu, bahan perasa kerap digunakan bagi meningkatkan selera makan kepada anak tersebut.
hydrolyzed proteinprotein terhidrolisisVeterinarTiadaProtein yang telah diuraikan kepada asid-asid amino. Proses penguraian ini melibatkan tindak balas antara molekul besar protein dengan satu atau lebih molekul air dengan penghasilan molekul-molekul yang lebih kecil. Contoh sumber bahan ini ialah mil bulu unggas dan kulit haiwan. Bahan ini sesuai diberi makan pada ternakan yang mengalami masalah pencernaan dan kerosakan hepar kerana ia mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan dalam tubuh. Bahan ini selalu digunakan sebagai salah satu komponen susu gantian.
karaskarasPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Aquilaria spp. daripada famili Thymelaeaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kakaras dan tengkaras bagi kayu sihat, dan aloe dan eagle bagi kayu berpenyakit. Gubal kayu dan teras kayu karas sukar dibezakan, dan biasanya berwarna putih kekuningan. Tekstur kayunya halus tetapi tidak sekata, akibat kehadiran floem terkandung, dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 335 hingga 500 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu karas mudah diproses, tetapi tidak tahan dan mudah diserang kulat pewarna gubal. Kadangkala kayu ini menghasilkan kayu berpenyakit, yang mengandungi damar dan mengeluarkan bau harum. Kayu karas yang berpenyakit ini juga disebut kayu gaharu. Gaharu biasanya berwarna cioklat tua atau hitam, lebih berat dan lebih keras daripada kayu sihat, dan digunakan sebagai kayu bau-bauan, atau untuk perubatan tradisional. Kayu karas sihat sesuai digunakan dalam pembuatan kotak, sepit makan, tapak kasut, venir, dan papan lapis.
laranlaranPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Anthocephalus chinensis daripada famili Rubiaceae. Nama tempatannya ialah kelempayan, di Sabah ialah limpuh, dan di Sarawak ialah entiponi. Gubal kayunya dan teras kayu laran sukar dibezakan , dan biasanya berwarna putih kekuningan. Tekstur kayunya agak halus dan sekata dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 379 hingga 465 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikeringkan, diproses dan diawet, tetapi mdah diserang serangga perosak dan klat pewarna gubal. Kayu laran sesuai untuk papan lapis, kotak kayu, kasut kayu, sepit makan, dan juga sebagai sumber pulpa untuk industri kertas.

Kembali ke atas