Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.da.rat]/[mu.da.rat] | مضرت

Definisi : 1. sesuatu yg merugikan atau mem­bahayakan, kerugian, bahaya: selain Allah, tiadalah kuasa yg mendatangkan manfaat atau ~ kpd diri manusia; memberi ~ me­rugikan; 2. tidak berhasil (berjaya), gagal; 3. berbahaya, merugikan: huraikan satu kaedah utk membunuh kuman yg ~ yg ada di dlm susu; 4. melarat (penyakit dll), bertambah payah: maka ~lah penyakit itu; bermudarat membawa atau mendatangkan mudarat, ada mudaratnya: ular dianggap sbg binatang yg ~ kpd manusia; memudaratkan 1. mendatangkan mudarat, membahayakan, merugikan: tiada sesiapa pun yg mahu ~ dirinya sendiri; 2. mendatang­kan bahaya (bencana), membahayakan: kita telah membuat garam biasa yg tidak ~; kemudaratan perihal atau keadaan mudarat, kerugian: dia tidak suka menurut telatah kawan-kawan yg boleh membawa ~ bagi diri-nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.da.rat]/[mu.da.rat] | مضرت

Definisi : 1 yg tidak menguntungkan; yg merugikan: Hanya Allah saja yg dpt mendatangkan manfaat atau ~ kpd manusia. 2 tidak berhasil atau tidak berjaya. 3 yg berbahaya; yg tidak berguna: Jika bersenam mendatangkan ~ kpd diri saudara, tak usahlah dilakukan. memudaratkan 1 mendatangkan kerugian; merugikan. 2 mendatangkan bahaya. kemudaratan 1 segala yg tidak menguntungkan; kerugian. 2 keadaan mudarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mudarat
Kata Terbitan : kemudaratan, memudaratkan,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
Adverse Drug Reaction Advisory Committee (ADRAC)komite penyuluhan perlawanan reaksi obatJawatakuasa Penasihat Tindak Balas Mudarat Drug (ADRAC)Jawatankuasa Penasihat Tindak Balas Mudarat Drug (ADRAC)Teknologi Maklumat
deleteriousrosakmerosakkanmudaratFarmasi

Kembali ke atas