Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.da.rat]/[mu.da.rat] | مضرت

Definisi : 1. sesuatu yg merugikan atau mem­bahayakan, kerugian, bahaya: selain Allah, tiadalah kuasa yg mendatangkan manfaat atau ~ kpd diri manusia; memberi ~ me­rugikan; 2. tidak berhasil (berjaya), gagal; 3. berbahaya, merugikan: huraikan satu kaedah utk membunuh kuman yg ~ yg ada di dlm susu; 4. melarat (penyakit dll), bertambah payah: maka ~lah penyakit itu; bermudarat membawa atau mendatangkan mudarat, ada mudaratnya: ular dianggap sbg binatang yg ~ kpd manusia; memudaratkan 1. mendatangkan mudarat, membahayakan, merugikan: tiada sesiapa pun yg mahu ~ dirinya sendiri; 2. mendatang­kan bahaya (bencana), membahayakan: kita telah membuat garam biasa yg tidak ~; kemudaratan perihal atau keadaan mudarat, kerugian: dia tidak suka menurut telatah kawan-kawan yg boleh membawa ~ bagi diri-nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.da.rat]/[mu.da.rat] | مضرت

Definisi : 1 yg tidak menguntungkan; yg merugikan: Hanya Allah saja yg dpt mendatangkan manfaat atau ~ kpd manusia. 2 tidak berhasil atau tidak berjaya. 3 yg berbahaya; yg tidak berguna: Jika bersenam mendatangkan ~ kpd diri saudara, tak usahlah dilakukan. memudaratkan 1 mendatangkan kerugian; merugikan. 2 mendatangkan bahaya. kemudaratan 1 segala yg tidak menguntungkan; kerugian. 2 keadaan mudarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mudarat
Kata Terbitan : kemudaratan, memudaratkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adverse event reportlaporan peristiwa mudaratHerbaPeraturan dan PemasaranDokumen tentang sebarang tindak balas yang tidak dijangka oleh pengguna atau subjek kajian klinikal yang disebabkan oleh produk herba. Semua peristiwa mudarat yang serius harus dilaporkan kepada pihak berkuasa. Kejadian mudarat yang menyebabkan kematian atau yang mengancam nyawa harus segera dilaporkan melalui telefon, faks, e-mel atau secara bertulis. Di Malaysia, Jawatankuasa Penasihat Tindak Balas Ubat Mudarat Malaysia (MADRAC), iaitu jawatankuasa kecil Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), bertanggungjawab mengulas atau mengkaji semula semua laporan peristiwa mudarat.
adverse eventperistiwa mudaratHerbaPeraturan dan PemasaranSebarang tindak balas yang tidak dijangka oleh pengguna atau subjek kajian klinikal yang disebabkan oleh produk herba. Peristiwa mudarat tidak semestinya mempunyai hubungan penyebab dengan rawatan yang diberikan. Peristiwa ini termasuk sebarang tanda tidak baik dan tidak disengajakan seperti laporan abnormal makmal, simptom atau penyakit yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan penggunaan produk herba.
risk-benefit rationisbah risiko-faedahFarmasiFarmakologiKaedah yang digunakan untuk membandingkan risiko (kesan mudarat ubat) dan faedah (penyembuhan penyakit) sesuatu rawatan. Nisbah risiko-faedah sesuatu rawatan adalah berbeza, bergantung pada jenis penyakit atau keadaan pesakit semasa dirawat. Contohnya, beberapa jenis pneumonia selalunya membawa maut jika tidak dirawat dengan antibiotik. Oleh sebab antibiotik mempunyai kadar kesan mudarat yang rendah, risiko menghasilkan kesan mudarat adalah rendah berbanding dengan kemungkinan untuk sembuh hasil daripada rawatan antibiotik tersebut. Hal ini bermakna, nisbah risiko-faedah rawatan pneumonia menggunakan antibiotik adalah rendah.
deleteriousmudaratPertanianTiadaTiada
hazardbahaya; mudaratMatematikTiadaTiada
environmental hazardmudarat sekitaranVeterinarTiadaTiada
hazardbahaya; mudaratKejuruteraanTiadaTiada
environmental hazardmudarat sekitaranKimiaTiadaTiada
chemical hazardmudarat kimiaKimiaTiadaBahaya yang timbul akibat kecuaian dalam pengendalian bahan kimia yang mengakis, yang mudah terbakar, yang beracun atau yang merupakan agen pengoksidaan yang kuat.
nuclear hazardmudarat nuklearKejuruteraanTiadaKemungkinan kesan kerosakan disebabkan oleh tindak balas nukleus.
123456

Kembali ke atas