Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.jur] | موجور

Definisi : 1. terletak menurut panjangnya (me­manjang), membujur; 2. nasib baik, ber­untung: ~ aku telah balik ke rumah, kalau di sana entah macam mana; ~lah bukan zaman Jepun; ~ malang untung nasib (yg belum boleh ditentukan); kemujuran perihal mujur, keuntungan; pemujur orang yg selalu bernasib baik (ber­untung). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.jur] | موجور

Definisi : 1 nasib baik; beruntung: ~lah anaknya dpt diselamatkan drpd menjadi korban kebakaran itu. 2 terletak mengikut panjangnya; membujur. kemujuran keadaan selalu mujur; keuntungan. pemujur orang yg selalu bernasib baik atau selalu beruntung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Menari bangun menepung,
     Makan tepung bibir rasa;
Nyaris abang mati terkepung,
     Mujur ada sepintu dua.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mujur Pak Belalang.

Bermaksud :

Beruntung secara kebetulan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nama saya Nasrah Sani belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna beruntong?Maksud perkataan "beruntung" ialah 1 mendapat atau beroleh untung. 2 bernasib baik; mujur: Dia sungguh beruntung kerana suaminya sangat bertimbang rasa. Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=beruntungTatabahasa04.11.2015
Nama saya Solihah Chewae belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu. Apakah makna beruntungMenurut data kami, maksud beruntung ialah 1 mendapat atau beroleh untung. 2 bernasib baik; mujur: Dia sungguh ~ kerana suaminya sangat bertimbang rasa.Makna16.11.2015

Kembali ke atas