Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[muÖ.ta.mad]/[muk.ta.mad] | معتمد

Definisi : Ar 1. (orang) yg dipercayai, (orang yg) boleh dipercayai, kepercayaan; 2. tidak boleh dipinda-pinda lagi, pasti, tetap: keputus-an jawatankuasa dlm hal yg berhubung dgn peraduan ini adalah ~; memuktamadkan memutuskan atau mene­tapkan sesuatu cadangan (rancangan, kepu­tusan dsb) secara muktamad: kabinet ~ ca-dangan eksport dlm usaha utk mewujudkan imbangan dagangan; Bank Negara ~ garis panduan itu; kemuktamadan keadaan muktamad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[muÖ.ta.mad]/[muk.ta.mad] | معتمد

Definisi : 1 tidak boleh dipinda-pinda lagi; tetap: Keputusan para pengadil adalah ~. 2 (orang) yg boleh dipercayai. memuktamadkan memutuskan sesuatu secara muktamad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muktamad (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan pasti, tetap, tentu, sah, sahih, tepat, jitu, positif, ya, benar.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTEMPURAN MUKTAMAD LIMA BELAS

Pertempuran Muktamad Lima Belas

merupakan pertempuran yang mempunyai kesan

dan makna yang hebat sehingga ia mengubah

sejarah dunia. Pertempuran seperti ini selalunya

dikenali sebagai pertempuran muktamad atau

penentu. Sir Edward Creasy (1812–1878), seorang

ahli sejarah Inggeris, percaya bahawa sehingga

tahun 1850, sebanyak 15 pertempuran sedemikian

telah berlaku.

UMUM 
KEKUATAN MUKTAMAD

Kekuatan muktamad lihat Kekuatan bahan.

UMUM 
PERTEMPURAN BUXAR

Pertempuran Buxar ialah perang muktamad

yang berlaku di antara tentera British dengan

tentera India di Buxar, sebuah bandar di tebing

Sungai Ganges. Mir Qasim, nawab (gabenor) dari

Benggala, mahu menyingkirkan British dari

wilayahnya. Dia membentuk perikatan dengan

Nawab dari Oudh dan Shah Alam II, maharaja

Mughal. Tentera India yang bergabung ini

menyerang Benggala dan bertempur dengan

tentera British yang diketuai oleh Major Hector

Munro, pada bulan Oktober 1764. Pertempuran

yang sengit itu berakhir dengan kemenangan

berpihak kepada British.

UMUM 
PERTEMPURAN BOYNE

Pertempuran Boyne ialah pertempuran

muktamad dalam pergelutan di antara bekas Raja

James II England dengan penggantinya, William III,

untuk menguasai Ireland. Pertempuran itu berlaku

di tebing Sungai Boyne, di barat laut Dublin.

UMUM 
PERTEMPURAN BRITAIN

Pertempuran Britain merupakan pertempuran

udara yang muktamad semasa Perang Dunia II

(1939–1945). Pegawai-pegawai Luftwaffe (tentera

udara Jerman) percaya bahawa ketahanan British

dapat dikurangkan dengan penggunaan kuasa

udara semata-mata. Mereka percaya bahawa

serangan dapat dilakukan sebaik sahaja Jerman

memusnahkan Tentera Udara Diraja (Royal Air Force

[RAF]).

UMUM 
TIMBANG TARA

Timbang tara ialah pengadilan sesuatu

pertikaian oleh seseorang atau lebih, keputusannya

adalah muktamad dan terikat. Hakimnya dikenali

sebagai penimbang tara atau lembaga timbang

tara . Penimbang tara dipilih oleh pihak-pihak yang

bertikai atau agensi berkecuali yang dilantik oleh

mereka. Keputusan penimbang tara ini dikenali

sebagai award . Timbang tara boleh digunakan

antara individu, kumpulan atau negara.

UMUM 
PERTEMPURAN BLENHEIM

Pertempuran Blenheim berlaku pada 13 Ogos

1704. Ia adalah titik perubahan bagi Perang Rebut

Takhta Sepanyol (1701–1714) dan salah satu

pertempuran muktamad bagi sejarah Eropah.

UMUM 
PERTEMPURAN DIEN BIEN PHU

Pertempuran Dien Bien Phu, berlaku antara

komunis Vietnam, juga dikenali sebagai Vietminh ,

dengan Perancis pada tahun 1954. Ini merupakan

pertempuran muktamad dalam Perang Indochina

(1946–1954). Perancis tewas, dan melepaskan tanah

jajahannya di Indochina.

UMUM 

Kembali ke atas