Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.la] | مولا

Definisi : 1. = asal ~ asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke ~nya; 2. yg paling awal, yg dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang ~ wang yg dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa ~nya dia datang ke mari? mula-mula 1. terlebih dahulu, pd awalnya, pertama-tama: binatang yg ~ sekali mening-galkan laut utk hidup di darat ialah cacing; 2. sejak, semenjak: ~ sampai ia belum makan lagi; semula 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka; bermula 1. mempunyai mula (awal): penya-kit ini ~ dgn selesema; 2. berpunca, ber­pangkal: banjaran ini ~ dr negara Thai; 3. = bermula-mula terdahulu sekali, pertama­tama: bermula-mula yg masuk neraka itu segala raja yg zalim; 4. sediakala, yg dahulu, yg mula-mula: kedua laki isteri itu pun sama-sama duduk spt ~ dan berpandang-pan-dangan; 5. = sebermula sl pembuka kata utk sesuatu kisah dll, kata permulaan utk sesuatu kisah (peristiwa dsb), pertama-tama: ~ maka sampailah umurnya delapan belas tahun; sebermula bangkai bertimbun spt gunung, darah spt laut; 6. sl (yg) awal atau asal: maka semuanya dipersembahkan oleh Laksamana, dr ~ sampai kpd akhirnya; kebermulaan perihal (keadaan) bermula­nya: mustahillah utk mempercayai ~ waktu; mulai 1. mula-mula melakukan sesuatu: pd malam Jumaat ~lah ia datang mengintai di situ; pd hari itu juga aku ~ pula mengajar Tuan Thomson; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku ~ hari Khamis ini; memulakan 1. = memulai mula membuat (melakukan) sesuatu: dia terus menunjukkan cara mereka ~ peraduan itu; 2. melakukan (mengerjakan) dr mula, mengasaskan: me-mang sukar hendak ~ sesuatu perniagaan tetapi adalah lebih sukar lagi utk memelihara perniagaan itu; 3. membiarkan mula me­lakukan sesuatu: orang Parsi menunggu orang Islam ~ serangan; termula bp telah dimulakan: apabila sudah ~, susah hendak meninggalkan candu rokok ini; permulaan 1. awal, yg awal (pertama) se­kali, yg terdahulu: pd peringkat ~ inilah, penyakit itu boleh mendatangkan bahaya; 2. dasar, asas: Upu Daeng Mariwah itu ialah Yang Dipertuan Muda dan ialah yg mem-buat pokok ~ sumpah setia Melayu dan Bugis; 3. pendahuluan; ~ kata (kalam) kata penda­huluan: penyiasatan ~; berpermulaan mempunyai permulaan: se-suatu perbuatan harus ~; pemula 1. orang yg mula-mula membuat sesuatu; 2. sesuatu yg dipakai utk memulakan sesuatu; 3. Id pasukan anak serigala (sebelum pengakap). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.la] | مولا

Definisi : 1 paling awal; dahulu sekali: Dialah yg ~ duduk di sini. 2 sebab: Apa ~nya dia menangis ini? 3 = asal ~ pokok pangkal; asal. mula-mula dahulu sekali; pd awalnya: ~ ia berasa takut tetapi lama-kelamaan ia berani. bermula 1 mempunyai mula atau punca; berpangkal: Sungai ini ~ dr Gunung Kinabalu. 2 pertama kali; terdahulu sekali: Pd hari itulah saya ~ mendengar cerita itu. 3 = sebermula pd mulanya: ~ maka sampailah anak raja itu ke negeri Cina. memulai menjadi sbg mula kpd: kalimah “assalamualaikum” ~ ucapannya. memulakan 1 bermula melakukan atau membuat sesuatu: Mereka baru saja ~ gerakan bergotong-royong. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu dr mula; mengasaskan: Beliaulah yg ~ syarikat kerjasama di kampung ini. termula telah dimulakan: Apabila sudah ~ makan ganja, susahlah hendak menghentikannya. permulaan 1 yg awal atau yg pertama sekali: Pd ~ perlumbaan itu, mereka semuanya berlari dgn laju. 2 asas atau pokok; dasar. pemula 1 orang yg mula-mula membuat sesuatu. 2 sesuatu yg digunakan utk memulakan sesuatu. semula 1 sekali lagi: Ia terpaksa menulis surat itu ~. 2 balik spt dahulu atau spt sedia kala; kembali spt yg mula-mula (keadaan, tempat dll): Badannya sudah sihat ~ selepas memakan ubat. 3 yg mula-mula; yg pertama sekali: Perangainya sekarang berbeza benar drpd ~. ~ jadi a. tanpa gangguan manusia: alam ~ jadi. b. memang demikian dr mula; tidak dibuat-buat: perangai ~ jadi; rambut yg ikal ~ jadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Kera menegurkan tahinya.

Bermaksud :

Barang siapa yang berbuat salah, ialah yang mula-mula memperkatakan kesalahan itu.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
initiallyadv pada mulanya, mula-mula; (used with “what”, “who”, etc) mula-mula: I did not like him ~, pada mulanya, saya tdk suka akan dia; ~, everything went well, mula-mula, semuanya berjalan lancar; I cannot recall what ~ was the problem, saya tdk dapat mengingat kembali apakah mulamula masalah itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firstb. most importantly, pertama-tama, pertama sekali: he’s appeared in several films but ~ of all he’s a stage actor, dia muncul dlm beberapa filem tetapi pertama-tama, dia ialah pelakon pentas; c. initially, mula-mula: ~ of all I didn’t suspect anything, but as time went on I began to get worried, mula-mula saya tdk mengesyaki apa-apa tentangnya tetapi lama kelamaan saya mula bimbang; ~ off, mula-mula: ~ off I want to know what you want to spend it on, mula-mula saya hendak tahu kamu hendak membeli apa dengannya; at ~, mula-mula: at ~ I didn’t like durian but now I do, mula-mula saya tdk suka akan durian tetapi sekarang saya suka; last in, ~ out, masuk kemudian keluar dulu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
earliestadj & adv paling /awal, segera/, /awal, mula-mula/ sekali: one of the ~ symptoms of cancer, salah satu tanda penyakit barah yang paling awal; at the ~, paling /awal, segera/: on Monday at the ~, paling segera, pd hari Isnin; at your ~ convenience, secepat mungkin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beginto ~ with, a. at first, mula-mula, pd mulanya: everything went well to ~ with and then it started to rain, pd mulanya semuanya berjalan lancar, tiba-tiba hujan pun turun; b. in the first place, pertama-tama(nya): to ~ with, he lacks experience, pertama-tamanya, dia kurang pengalaman;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
primaladj1. original, asal, mula-mula: the world in its ~ state, dunia dlm keadaan asalnya; 2. chief, main, utama: man’s ~ needs, keperluan-keperluan utama manusia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spit 2 first, dig a hole two ~s deep, mula-mula gali lubang sedalam dua kali panjang penyodok;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
turnon the ~, mula berubah, mula + approp v; (of tide) mula /pasang, surut/; (of milk) mula /masam, basi/; (of meat) mula busuk: the party’s fortunes seemed to be on the ~, nasib parti itu nampaknya mula berubah; prices are already on the upward ~, harga sudah mula naik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
prettinessn kecantikan: he was first attracted by the girl’s ~, yang mula-mula membuat dia tertarik pd gadis itu ialah kecantikannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firstlyadv 1. first, pertama(nya); 2. initially, mula-mula.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hazardousadj 1. dangerous, berbahaya: the first man to make the ~ voyage safely, orang yg mula-mula membuat pelayaran yg berbahaya dgn selamat; 2. risky, mempunyai risiko: a ~ enterprise, perusahaan yg mempunyai risiko.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas