Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.la] | مولا

Definisi : 1. = asal ~ asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke ~nya; 2. yg paling awal, yg dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang ~ wang yg dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa ~nya dia datang ke mari? mula-mula 1. terlebih dahulu, pd awalnya, pertama-tama: binatang yg ~ sekali mening-galkan laut utk hidup di darat ialah cacing; 2. sejak, semenjak: ~ sampai ia belum makan lagi; semula 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka; bermula 1. mempunyai mula (awal): penya-kit ini ~ dgn selesema; 2. berpunca, ber­pangkal: banjaran ini ~ dr negara Thai; 3. = bermula-mula terdahulu sekali, pertama­tama: bermula-mula yg masuk neraka itu segala raja yg zalim; 4. sediakala, yg dahulu, yg mula-mula: kedua laki isteri itu pun sama-sama duduk spt ~ dan berpandang-pan-dangan; 5. = sebermula sl pembuka kata utk sesuatu kisah dll, kata permulaan utk sesuatu kisah (peristiwa dsb), pertama-tama: ~ maka sampailah umurnya delapan belas tahun; sebermula bangkai bertimbun spt gunung, darah spt laut; 6. sl (yg) awal atau asal: maka semuanya dipersembahkan oleh Laksamana, dr ~ sampai kpd akhirnya; kebermulaan perihal (keadaan) bermula­nya: mustahillah utk mempercayai ~ waktu; mulai 1. mula-mula melakukan sesuatu: pd malam Jumaat ~lah ia datang mengintai di situ; pd hari itu juga aku ~ pula mengajar Tuan Thomson; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku ~ hari Khamis ini; memulakan 1. = memulai mula membuat (melakukan) sesuatu: dia terus menunjukkan cara mereka ~ peraduan itu; 2. melakukan (mengerjakan) dr mula, mengasaskan: me-mang sukar hendak ~ sesuatu perniagaan tetapi adalah lebih sukar lagi utk memelihara perniagaan itu; 3. membiarkan mula me­lakukan sesuatu: orang Parsi menunggu orang Islam ~ serangan; termula bp telah dimulakan: apabila sudah ~, susah hendak meninggalkan candu rokok ini; permulaan 1. awal, yg awal (pertama) se­kali, yg terdahulu: pd peringkat ~ inilah, penyakit itu boleh mendatangkan bahaya; 2. dasar, asas: Upu Daeng Mariwah itu ialah Yang Dipertuan Muda dan ialah yg mem-buat pokok ~ sumpah setia Melayu dan Bugis; 3. pendahuluan; ~ kata (kalam) kata penda­huluan: penyiasatan ~; berpermulaan mempunyai permulaan: se-suatu perbuatan harus ~; pemula 1. orang yg mula-mula membuat sesuatu; 2. sesuatu yg dipakai utk memulakan sesuatu; 3. Id pasukan anak serigala (sebelum pengakap). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.la] | مولا

Definisi : 1 paling awal; dahulu sekali: Dialah yg ~ duduk di sini. 2 sebab: Apa ~nya dia menangis ini? 3 = asal ~ pokok pangkal; asal. mula-mula dahulu sekali; pd awalnya: ~ ia berasa takut tetapi lama-kelamaan ia berani. bermula 1 mempunyai mula atau punca; berpangkal: Sungai ini ~ dr Gunung Kinabalu. 2 pertama kali; terdahulu sekali: Pd hari itulah saya ~ mendengar cerita itu. 3 = sebermula pd mulanya: ~ maka sampailah anak raja itu ke negeri Cina. memulai menjadi sbg mula kpd: kalimah “assalamualaikum” ~ ucapannya. memulakan 1 bermula melakukan atau membuat sesuatu: Mereka baru saja ~ gerakan bergotong-royong. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu dr mula; mengasaskan: Beliaulah yg ~ syarikat kerjasama di kampung ini. termula telah dimulakan: Apabila sudah ~ makan ganja, susahlah hendak menghentikannya. permulaan 1 yg awal atau yg pertama sekali: Pd ~ perlumbaan itu, mereka semuanya berlari dgn laju. 2 asas atau pokok; dasar. pemula 1 orang yg mula-mula membuat sesuatu. 2 sesuatu yg digunakan utk memulakan sesuatu. semula 1 sekali lagi: Ia terpaksa menulis surat itu ~. 2 balik spt dahulu atau spt sedia kala; kembali spt yg mula-mula (keadaan, tempat dll): Badannya sudah sihat ~ selepas memakan ubat. 3 yg mula-mula; yg pertama sekali: Perangainya sekarang berbeza benar drpd ~. ~ jadi a. tanpa gangguan manusia: alam ~ jadi. b. memang demikian dr mula; tidak dibuat-buat: perangai ~ jadi; rambut yg ikal ~ jadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Kera menegurkan tahinya.

Bermaksud :

Barang siapa yang berbuat salah, ialah yang mula-mula memperkatakan kesalahan itu.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OFSET

Ofset ialah proses percetakan apabila percetakan

mula-mula dilakukan di atas permukaan getah

silinder yang berputar. Teraan itu kemudian

dipindahkan ke kertas dengan tekanan silinder yang

lain. Istilah ofset menjelaskan pindahan itu, atau

pengofsetan dakwat dari satu plat cetakan kepada

getah dan kemudian kepada kertas.

UMUM 
NORODOM SIHANOUK

Norodom Sihanouk (1922– ) ialah raja

Kemboja. Baginda mula-mula menjadi raja pada

tahun 1941, tetapi turun takhta pada tahun 1955

untuk memasuki politik. Sihanouk mengambil

semula gelaran raja pada tahun 1993, berikutan

kepulangannya dari pembuangan negara di China.

Di bawah syarat Perlembagaan 1993 Kemboja, raja

berfungsi sebagai “simbol perpaduan dan

kesinambungan negara”. Baginda hampir tidak

berpengaruh dalam hal ehwal harian negara, tetapi

mendapat sokongan majoriti rakyat Kemboja.

UMUM 
SANG NILA UTAMA

Sang Nila Utama ( ? –1348), raja Melayu yang

mula-mula membuka Singapura. Baginda

memerintah dari tahun 1300 hingga tahun 1348.

Baginda ialah putera kepada Sang Sapurba dengan

isterinya, puteri Palembang. Baginda dikahwinkan

dengan puteri Raja Bentan, Wan Seri Beni dan

kemudiannya dilantik oleh Raja Bentan menjadi raja

di Pulau Bentan.

UMUM 
ELGIN MARBLES

Elgin Marbles ialah sekumpulan arca Yunani

yang mula-mula menghiasi Acropolis di Athens

UMUM 
MIRA

Mira ialah bintang merah raksasa. Ia salah satu

bintang yang berubah-ubah kecerahannya yang

mula-mula ditemui. Pada tahun 1596, ahli astronomi

Jerman, David Fabricius mendapati bahawa bintang

tersebut berubah-ubah dalam masa beberapa bulan,

iaitu daripada malap kepada cerah. Disebabkan

penemuan ini, ahli astronomi menamakannya mira

iaitu daripada perkataan Latin yang bermaksud

menakjubkan . Semasa keadaannya yang paling cerah,

kecerahan mira adalah 100 kali ganda daripada

keadaannya yang paling malap.

UMUM 
SA‘D IBN MU‘AZ

Sa‘d ibn Mu‘az ( ? –5 H / ? –626 M), antara sahabat

Ansar yang mula-mula memeluk Islam di Madinah.

Nama penuhnya Sa‘d ibn Mu’az al-Nu‘man. Dia telah

diislamkan oleh Mus‘ab ibn ‘Umayr r.a. Keimanan

terdetik dalam hati Sa‘d ibn Mu‘az untuk beriman

setelah dia mendengar ayat suci al-Qur’an. Lantas dia

menemui kaumnya dan berkata kepada mereka:

“Percakapan lelaki dan perempuan kamu denganku

adalah haram sehingga mereka beriman dengan

Allah dan rasul-Nya”. Sesiapa yang mendengar

dakwahnya akan memeluk Islam walaupun dalam

masa yang singkat, iaitu dalam sumpah satu malam.

UMUM 
ANUGERAH DUKE OF EDINBURGH

Anugerah Duke of Edinburgh ialah anugerah

bagi pembinaan sahsiah belia antarabangsa yang

mula-mula dicadangkan pada tahun 1954 oleh Duke

of Edinburgh, suami kepada Ratu Elizabeth II (lihat

Philip, Prince ).

UMUM 
PRAIRI

Prairi ialah kawasan datar atau tanah berbukit,

terutamanya dilitupi oleh rumput yang tinggi.

Para perintis yang mula-mula melihat prairi yang

rata di Barat Tengah Amerika memerikannya

sebagai “lautan rumput”. Angin bertiup lembut ke

arah rumput hijau seperti permaidani itu. Di

sesetengah tempat, rumput tumbuh lebih tinggi

daripada orang dewasa. Kini, ladang jagung dan

ladang gandum melitupi hampir sebahagian besar

prairi. Tidak banyak prairi yang tidak digunakan

oleh aktiviti manusia.

UMUM 
ORANG ASLI AMERIKA

Orang Asli Amerika. Orang yang kini dikenali

sebagai Orang Asli atau Peribumi Amerika ialah

orang yang mula-mula tinggal di Amerika Utara

dan Amerika Selatan. Mereka sudah tinggal di sana

selama beribu-ribu tahun sebelum orang Eropah

sampai.

UMUM 
KEM TAHANAN

Kem tahanan ialah tempat musuh politik, sama

ada musuh benar atau yang dituduh, dipenjara,

biasanya tanpa dibicarakan. Istilah ini mula-mula

digunakan oleh Great Britain sebagai penjara

tahanan Perang Boer, di Afrika kira-kira pada tahun

1900. Polis rahsia Soviet pula telah memenjarakan

berjuta-juta orang di kem buruh selepas tahun 1928,

iaitu semasa pemerintahan kuku besi Joseph Stalin.

Semasa Perang Dunia II (1939–1945), kerajaan

Amerika Syarikat dan Kanada menahan beribu-ribu

orang keturunan Jepun di kem (lihat Perang Dunia

II). Kem tahanan yang terkenal ialah kem yang

dibina oleh Nazi di Jerman.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas