serinette (F) | serinette | Kesenian | Tiada | Organ kecil yang pada mulanya digunakan untuk melatih burung kenari bernyanyi. |
conditioned stimulus | rangsangan terlazim | Sosiologi | Tiada | Rangsangan yang pada mulanya tidak berkesan, tetapi melalui suatu rangsangan tidak bersyarat, akhirnya menimbulkan tanggapan bersyarat. |
photomultiplier | pemfotoganda | Kejuruteraan | Tiada | 1. Pengesan peka cahaya yang pada mulanya menghasilkan arus elektron melalui pemancaran fotoelektrik dan seterusnya arus elektron ini digandakan melalui pemancaran elektron sekunder daripada satu peringkat ke satu peringkat. |
Danish lace | renda Denmark | Kesenian | Tiada | Renda buatan Denmark yang mulanya dibuat seperti renda tebuk, kemudian diubahsuai menjadi renda biku. |
randomized matching | pemadanan rawak | Pendidikan | Tiada | Prosedur sepasang subjek yang pada mulanya dipadankan dengan pemboleh ubah tertentu dan kemudian satu prosedur lain digunakan untuk mengagihkan ahli setiap pasangan kepada kumpulan eksperimen atau kumpulan kawalan. |
collection efficiency | kecekapan pungutan | Sains | Hidrometeorologi | Bahagian semua zarah yang pada mulanya bergerak dalam laluan perlanggaran dengan penghentam tertentu sememangnya berlanggar lalu melekat pada penghentam itu. Sebagai aturan umum bagi penghentam tertentu dan jenis zarah, kecekapan pungutan berkurangan dengan pengurangan saiz zarah dan juga dengan pengurangan kelajuan nisbi zarah dan penghentam. Juga, bagi sebarang zarah dan jenis penghentam, kecekapan pungutan berkurangan dengan penambahan saiz penghentam. |
Beaufort scale | skala Beaufort | Sains | Hidrometeorologi | Skala daya angin yang asal mulanya didasarkan pada keadaan laut, yang dinyatakan dalam angka dari 0 hingga 12. |
Sinanthropus pekinesis | Sinanthropus pekinensis | Biologi | Genetik | Kumpulan hominid yang telah pupus yang mulanya ditemui dekat Peking China. Sekarang, kumpulan ini dimasukkan ke dalam spesies Homo erectus. |
fusaric acid | asid fusarik | Biologi | Patologi | Fitotoksin perumah tak khusus yang mula-mulanya diperoleh daripada kulat Fusarium. Bahan ini menyebabkan tisu vaskular menjadi perang, bahagian pucuk menjadi kekuningan, pertumbuhan terencat dan akhirnya layu. |
ensilation | pemeraman | Veterinar | Tiada | Proses penyimpanan foraj segar yang menggunakan bakteria anerobik. Pada mulanya foraj dipotong, dilayukan dan disimpan dalam kebuk kedap udara yang dipanggil silo. Asid laktik akan terhasil daripada proses pemeraman yang mengekalkan pH pada aras rendah (4-4.5) supaya bakteria pemusnah atau pereput tidak dapat hidup. Justeru itu, bahan foraj dapat disimpan lama dan digunakan mengikut keperluan. |