Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.la.to] | مولاتو

Definisi : orang peranakan yg mempunyai darah campuran orang kulit putih dgn orang kulit hitam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mulato


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MULATO

Mulato ialah orang berketurunan campuran kulit

putih dan kulit hitam. Istilah mulato juga digunakan

terhadap orang yang mempunyai ibu atau bapa

yang seorang berkulit putih dan seorang berkulit

hitam. Anak daripada orang yang berkulit putih dan

orang mulato dinamakan quadroon. Mulato berbeza

dari segi rupa. Sesetengahnya mempunyai kulit

yang gelap dan rambut keriting dan sesetengahnya

tidak. Istilah kreol sering kali dikelirukan dengan

istilah mulato. Di Amerika Syarikat, kreol ialah orang

kulit putih daripada keturunan selatan Perancis atau

Sepanyol. Lihat juga Amerika Latin (Penduduk;

gambar).

UMUM 

Kembali ke atas