Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mul.ti.mé.dia] | مولتيميديا

Definisi : (multimédia) 1. (berkaitan dgn) penggunaan pelbagai jenis media spt slaid, televisyen dsb, terutamanya dlm membuat persembahan (mengajar, menunjuk cara dsb); 2. berkaitan dgn produk, program dsb yg melibatkan penggunaan grafik, filem, bunyi, data dsb utk menyampaikan maklumat dsb: alat ~; 3. sistem komputer yg menggabungkan suara, animasi, grafik, teks dan video; memultimediakan menukarkan atau me­nyampaikan sesuatu maklumat (bahan dsb) dlm bentuk multimedia: banyak bahan yg sesuai utk pelajar yg boleh dimultimediakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mul.ti.mé.dia] | مولتيميديا

Definisi : /multimédia/ 1 (berkaitan dgn) penggunaan pelbagai jenis media spt slaid atau televisyen, terutamanya dlm membuat persembahan, mengajar, menunjuk cara dsb. 2 berkaitan dgn produk, program dsb yg melibatkan penggunaan grafik, filem, bunyi dsb utk menyampaikan sesuatu maklumat, keterangan dsb: alat ~. 3 sistem komputer yg menggabungkan suara, animasi, grafik, teks dan video. memultimediakan menukarkan atau menyampaikan sesuatu maklumat, bahan dsb dlm bentuk multimedia: Banyak bahan yg sesuai utk para pelajar telah dimultimediakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata multimedia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum.. Saya sedang menulis tesis phD Multimedia berkenaan antara muka = user interface dan saya pohon tuan mncadangkan istilah bahasa melayu DBP untuk NATURAL USER INTERFACE yang digunakan dalam teknologi multimedia memandangkan istilah ini tiada dalam carian kata web iniKami mencadangkan natural user interface diterjemahkan kepada antara muka pengguna lazim, walau bagaimanpun jika cadangan kami ini kurang tepat mohon kerjasama tuan mengemukakan konteks penggunaan perkataan tersebut.Penyemakan dan penterjemahan04.08.2014
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanyakan satu soalan.. Apakah produk hiburan multimedia ? Adakah ianya seperti alat-alat gadget yang melibatkan permainan atau sebaliknya... Terima kasih..Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan tiga makna bagi kata multimedia, iaitu 1. berkaitan dengan penggunaan pelbagai jenis media seperti slaid, televisyen terutamanya dalam membuat persembahan (mengajar, menunjuk cara) 2. berkaitan dengan produk, program yang melibatkan penggunaan grafik, filem, bunyi, data untuk menyampaikan maklumat 3. sistem komputer yg menggabungkan suara, animasi, grafik, teks dan video. Maka, dari segi bahasa, produk hiburan multimedia boleh meliputi apa-apa sahaja alat-alat/peranti yang menggunakan sistem komputer yang melibatkan penggunaan grafik, filem, bunyi, dan data untuk tujuan hiburan, termasuk permainan.Makna19.09.2017
Maksud Ilustrasi dalam konteks Multimedia dan bahasa .

Dalam Kamus Dewan ilustrasi bermaksud gambar (lukisan dsb) utk menerangkan atau menghiasi sesuatu (dlm buku, majalah, dll); dalam istilah ilustrasi disebut penjelasan/ilustrasi, huraiannya; (1) Lukisan atau foto pada sesebuah teks yang memberi gambaran tentang kandungan teks tersebut. (SLUKIS) (2) Tindakan membuat penjelasan dengan kaedah yang mudah tentang sesuatu fahaman, teori atau konsep yang terdapat dalam bidang geografi melalui kaedah tertentu seperti melalui kajian lapangan dan makmal. (GEOG). Untuk bidang multimedia juga digunakan ilustrasi.

Makna16.10.2008
Aduan berhubung Juri dalam program mentor, TV3. Menggunakan bahasa yang bercampur aduk (BM/BI) yang boleh merosakkan bahasa Melayu terutama kepada golongan anak-anak muda. Beliau minta Kementerian Komunikasi dan Multimedia buat pemantauan.Contoh pencemaran bahasa : "Saya fikir this is not good" - Beliau meminta supaya DBP/Kementerian Komunikasi Multimedia mengambil serius tentang perkara ini.Lain-lain22.12.2014
Mohon bantuan untk muatturun bahan multimedia untuk sekolah Assalamualaikum, Tuan, Saya berhajat untuk memuat turun bahan berkenaan tetapi gagal. Mohon bantuan tuan. Pautan yang berkaitan adalah seperti berikut: http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/764 Maklumat bentuk muka bumi. Terima kasih

Lain-lain18.09.2017
Tools untuk membina dalam bahan multimedia seperti Moviemaker atau Photo story.... Istilah bahasa Melayu yang sesuai Alatan atau Aplikasi(Apss)Istilah yang sesuai ialah aplikasi, iaitu atur cara atau program komputer yang direka khusus untuk kegunaan tertentu.Istilah23.04.2015
Askum..saya pelajar tahun akhir di universiti multimedia cyberjaya..saya di kehendaki membuat tesis mengenai topik pantang larang melayu..jadi saya sangat memerlukan buku panduan tentang pantang larang orang tua dlm masyarakat melayu dan minang..soalan saya : Adakah Dewan Bahasa Dan Pustaka mempunyai buku-buku rujukan seperti topik di atas?Saya lebih mengutamakan buku dalam bahasa melayu dan inggeris. Di harap tuan dapat memberikan kerjasama dan membantu saya untuk mendapatkan informasi tentang topik di atas. Kerjasama tuan amat dihargai. Terima Kasih.Sila rujuk bahan ini : 1. Pantang larang orang Melayu tradisional oleh Wan Ramli Wan Muhammad. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000. 2. Adat dan pantang larang orang Melayu oleh A. Aziz Deraman Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd 1995.Lain-lain07.11.2007
1)Advanced Reproductive Biotechnology Lab artificial insemination & embrio collection area, semen collection area, sperm lab,cold room, blood processing area,visitor room,multimedia room,garage. 2)Advanced Reproductive Biotechnology Office manager room, conference room, officer area, surau, pantry, waiting area. 3)Veterinary Lab/ISO Office veterinary room, ISO Office, Pantry. 4)Central Performance testing (CPT) 5)Store 6)Cattle Shed1)Makmal Bioteknologi Pembiakan ruang permanian beradas dan pungutan embrio,bilik bilik pungutan semen makmal sperma, bilik sejuk, ruang pemprosesan darah, bilik pelawat, bilik multimedia, garaj. 2)Pejabat Bioteknologi Pembiakan Lanjutan bilik pengurus, bilik persidangan,ruang pejabat, surau, pantri, ruang menunggu. 3)Makmal Veterinar/Pejabat ISO bilik vaterinar, Pejabat ISO, Pantri. 4)Ujian Prestasi Berpusat (UPB) 5)Stor 6)Kandang Lembu.Istilah25.11.2011
Assalamualaikum tuan/puan, saya daripada jurusan Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) Dengan Kepujian dari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), saya ingin menanyakan satu perkara. Adakah diterima untuk memohon latihan industri/praktikal di Dewan Bahasa dan Pustaka?Waalaikumussalam. Tuan/puan boleh menghantar surat permohonan berserta resume kepada Ketua Akademi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain12.01.2017
graphic design Perkhidmatan Kreatif dan Grafikreka bentuk grafik Perkhidmatan Multimedia dan GrafikTatabahasa02.12.2008
1234

Kembali ke atas