Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mul.ti.mé.dia] | مولتيميديا

Definisi : (multimédia) 1. (berkaitan dgn) penggunaan pelbagai jenis media spt slaid, televisyen dsb, terutamanya dlm membuat persembahan (mengajar, menunjuk cara dsb); 2. berkaitan dgn produk, program dsb yg melibatkan penggunaan grafik, filem, bunyi, data dsb utk menyampaikan maklumat dsb: alat ~; 3. sistem komputer yg menggabungkan suara, animasi, grafik, teks dan video; memultimediakan menukarkan atau me­nyampaikan sesuatu maklumat (bahan dsb) dlm bentuk multimedia: banyak bahan yg sesuai utk pelajar yg boleh dimultimediakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mul.ti.mé.dia] | مولتيميديا

Definisi : /multimédia/ 1 (berkaitan dgn) penggunaan pelbagai jenis media spt slaid atau televisyen, terutamanya dlm membuat persembahan, mengajar, menunjuk cara dsb. 2 berkaitan dgn produk, program dsb yg melibatkan penggunaan grafik, filem, bunyi dsb utk menyampaikan sesuatu maklumat, keterangan dsb: alat ~. 3 sistem komputer yg menggabungkan suara, animasi, grafik, teks dan video. memultimediakan menukarkan atau menyampaikan sesuatu maklumat, bahan dsb dlm bentuk multimedia: Banyak bahan yg sesuai utk para pelajar telah dimultimediakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata multimedia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MULTIMEDIA

Multimedia ialah kombinasi teks, grafik, bunyi,

fotograf, filem, dan media lain yang dikawal oleh

komputer. Program multimedia boleh digunakan

dalam pendidikan, hiburan, latihan kerja, dan

pelbagai bidang lain.

UMUM 
KORIDOR RAYA MULTIMEDIA (MSC)

Koridor Raya Multimedia (MSC) ialah

sebuah kawasan yang dibangunkan oleh kerajaan

Malaysia , berkonsepkan teknologi multimedia

dan model bandar bestari.

UMUM 
TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)

Tenaga Nasional Berhad (TNB) ialah sebuah

agensi yang ditubuhkan pada bulan September 1990

melalui satu usaha perbadanan dan penswastaan

oleh Kerajaan Malaysia. Perbadanan ini diletakkan di

bawah Jabatan Bekalan Elektrik di bawah

Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan

Multimedia, Malaysia. TNB bermula dengan

penubuhan Lembaga Letrik Pusat pada tahun 1949

dan ditukar nama kepada Lembaga Letrik Negara

(LLN) pada tahun 1965.

UMUM 

Kembali ke atas