Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mul.ti.na.sio.nal] | مولتيناسيونل

Definisi : 1. beroperasi di beberapa buah negara (bkn sesebuah syarikat besar): syarikat ~ besar yg banyak terdapat di negara ini lebih suka menggunakan perkhidmatan antara-bangsa; 2. berkaitan dgn, terdiri drpd atau melibatkan penyertaan (rakyat, pasukan, dsb) drpd berbagai-bagai negara: pasukan tentera pengaman ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mul.ti.na.sio.nal] | مولتيناسيونل

Definisi : 1 (bkn syarikat besar) beroperasi di beberapa buah negara: Syarikat ~ yg banyak terdapat di negara ini lebih suka menggunakan perkhidmatan antarabangsa. 2 (bkn penyertaan rakyat, pasukan, dsb) drpd berbagai-bagai negara: pasukan tentera ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata multinasional


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk 'multidomestic' dan 'niche market' dalam bahasa melayu?Kedua-dua perkataan tersebut tidak ada dalam data kami. Berdasarkan bentuk kata multi- seperti multinasional, kami mencadangkan multidomestic diterjemahkan kepada multidomestik. Bagi perkataan niche market, dalam data kami terdapat marketing niche yang diterjemahkan kepada peluang pemasaran dan terdapat kata lain seperti niche ecological diterjemahkan kepada ceruk ekologi. Mohon puan mengemukakan konteks penggunaannya untuk kami mencadangkan terjemahan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan31.07.2014
adalah kata 'multi kebolehan' merupakan ungkapan yang betul jika digunakan dalam ayat (rancangan untuk dokumentari) contoh ayat - dia seorang yang multi kebolehan.

Multi- : awalan asing banyak dan pelbagai, mis multinasional dan multidisiplin.

cadangan: Pelbagai kebolehan atau kebolehan yang pelbagai.

Tatabahasa11.12.2008

Kembali ke atas