Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : raja-raja; malik I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. terbang tinggi-tinggi (burung merpati dsb); 2. tinggi lagi merdu (suara), nyaring; 3. = muluk-muluk indah-indah (per­kataan, janji, dll), elok-elok: kutawarkan batu itu dgn perkataan yg ~; kemulukan perihal muluk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tinggi lagi merdu (bkn suara); nyaring. 2 terbang tinggi-tinggi (bkn burung). 3 = muluk-muluk indah-indah (bkn perkataan, janji dll); elok-elok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muluk (adjektif)
Bersinonim dengan nyaring, lantang, halus, tinggi lagi merdu, nyarik, santer, sonor;,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KITAB TAJ MULUK

KITAB TAJ MULUK, kitab rujukan untuk mengubat pelbagai jenis penyakit. Kitab ini mempunyai judul yang lengkap sebagai Taj al-Muluk al-Mursa b Anwai al-Durri wa al-Jawahiri al-Manzumat yang bererti ’mahkota segala raja-raja yang bertatah mutiara maknikam yang tersusun’.

BUDAYAKitab
SYAIR SULTAN ABDUL MULUK

SYAIR SULTAN ABDUL MULUK, puisi Melayu tradisional. Syair ini pernah diterbitkan oleh Roorda van Eysinga pada tahun 1847 dalam majalah Tijdschrift Nederlandsch Indie.      Terdapat lima buah versi syair ini iaitu MS 450 milik Perpustakaan Negara Malaysia, Cod. Or 1740, Cod. Or 1748 dan Cod. Or 3368 milik Perpustakaan Universiti Leiden, dan  sebuah lagi tersimpan di Pusat Dokumentasi dan Kebudayaan Pulau Penyengat, Riau. Syair Sultan Abdul Muluk juga telah diterbitkan oleh Muhammad Ali bin Uthman, Melaka (1867), Haji Muhammad Tahir, Kampung Bangkahulu (1868), Haji Abdul Majid, Singapura (1874), Haji Muhammad Amin, Singapura (1894)  dan Matba’ Haji Muhammad Siraj, Singapura  (1901). Terbitan ini semuanya dalam bentuk litografi Jawi.

SASTERAKonsep
DHARMALA N.S.DHARMALA N.S. (1947-   ), penulis. Dia lahir pada 21 Disember 1947 di Kampung Bacang Manting, Mukim Hulu Teriang, Jelebu, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Abdul Muluk bin Daud. Pada tahun 1976, dia lulus Sijil Tinggi Persekolahan dan berpeluang mengikuti Kursus Penulisan Kreatif dan Ilmiah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.SASTERATokoh
DULMULUK

Dulmuluk, seni teater tradisional yang menggabungkan lakonan, tarian, lagu, syair dan lawak jenaka secara spontan. Teater ini dikatakan berasal daripada Syair Hikayat Abdul Muluk yang dikarang oleh Raja Ali Haji.

KESENIANDrama/Filem/Teater/Persembahan
MAMANDA

MAMANDA, teater rakyat Kalimantan Selatan, Indonesia yang bermula dan berkembang sejak akhir abad ke-19. Teater ini bermula daripada kumpulan bangsawan Abdul Muluk atau lebih dikenal dengan nama Komedi Indra Bangsawan yang ditubuhkan di Banjarmasin pada tahun 1897. Kumpulan ini dipimpin oleh Ibrahim bin Wangsa dan isterinya Hawa yang berasal dari Melaka.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas