Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mum.bang] | مومبڠ

Definisi : putik kelapa (yg masih kecil); ~ jatuh, kelapa jatuh prb tiap-tiap yg ber­nyawa akan mati juga; cuba-cuba menanam ~, jika hidup turus negeri prb tetap mene­ruskan sesuatu pekerjaan mungkin akan men­datangkan hasil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mum.bang] | مومبڠ

Definisi : putik kelapa yg masih kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mumbang

Puisi
 

Lumba-lumba main gelombang,
     Riak sampai Kuala Linggi;
Cuba-cuba menanam mumbang,
     Kalau hidup tuah negeri.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menanam mumbang.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menamai anak dalam kandungan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kelarai kepala lalatkelarai kepala lalatKesenianTiadaCorak anyaman berunsur haiwan berbentuk kepala lalat yang lazimnya dijadikan inti pada motif. Di Sabah kelarai ini berunsur tumbuhan berbentuk bahagian bawah mumbang. kelarai sinusu piasau
kelarai sinusu piasau(Mur.)kelarai sinusu piasau(Mur.)KesenianTiadaCorak anyaman berunsur haiwan berbentuk kepala lalat yang lazimnya dijadikan inti pada motif. Di Sabah kelarai ini berunsur tumbuhan berbentuk bahagian bawah mumbang.

Kembali ke atas