Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mun.cul] | مونچول

Definisi : keluar tiba-tiba, datang menampakkan diri, terbit, timbul: tiba-tiba ketika itu ~ Dang Kenanga membawa sehidangan kopi; bermunculan muncul dgn banyak: di langit bersih ~lah bintang-bintang; memunculkan menampakkan, menerbit­kan, menimbulkan: matahari belum ~ diri dr selimut mendung; kemunculan perihal muncul: ~nya di dlm majlis itu memeranjatkan mereka; pemunculan proses menjadikan sesuatu, penjelmaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mun.cul] | مونچول

Definisi : keluar dgn tiba-tiba; datang menampakkan diri; timbul: Beberapa minit kemudian, ~lah tuan puteri itu. memunculkan menampakkan; menimbulkan: Sudah dua minggu dia tidak ~ dirinya. kemunculan perihal muncul: ~nya telah memeranjatkan kami semua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muncul (kata kerja)
Bersinonim dengan terbit, timbul, tampil, keluar, lahir, tumbuh, hidup, bercambah, bertunas, menjelma, tersembul, terjengul, pegari, mencagun;,
Kata Terbitan : memunculkan, kemunculan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
lanjar MSrpanjang.Dengan langkah yang lanjar Pak Udak Hassan berlalu ke dapur. Sebentar kemudian, dia muncul semula sambil membawa setandan besar buah pisang yang sedang masak menguning.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bagai Bj Smsahabat, kawan, teman.“Bagai! Giliranmu. Ada bawa borang permohonan?” tiba-tiba Ketua Kampung muncul semula.PelauhGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
angai MSbtanda atau alamat kepada sesuatu peristiwa buruk yang akan menimpa.Pada hari yang sama, angai muncul, kata Eyat. "Oh! Angai itu bererti suatu alamat buruk. Orang-orang kampungku percaya kepada kepercayaan sebegitu."Setulus SarinaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tumbolang Tbtempat membawa air yang diperbuat daripada bambu.Bagaikan tergesa-gesa dia tiba di halaman rumahnya. Sirah, adiknya baru sahaja muncul dari pangkalan. Dia membawa sebatang tumbolang yang berisi air. Anak gadis itu kelihatan basah kuyup.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lang Ib, MSrpintu.Ketika Pak Dollah sedang sibuk melayani beberapa orang cucunya yang masih bertelanjang dan tidak gemar berseluar, Ayu muncul di muka lang. Agak terperanjat Pak Dollah melihat keadaan Ayu. Dia sedang menangis. Perhatian Pak Dollah segera tertarik pada Ayu.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
giluguop, *kirukup* Bdsejenis ulat cincin yang berwarna kemerah-merahan. Ia tinggal di hutan tua di bawah daun-daun kering dan di tempat yang lembap.Beberapa ekor semut dan giluguop yang tidak menghiraukan bunyi bising itu habis ditimpa dan ditompoki abuk-abuk kayu tetapi tidak lama kemudian binatang-binatang itu akan muncul semula daripada lumpur abuk tadi.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas