Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mun.dur] | موندور

Definisi : 1. (berjalan, bergerak, dll) ke bela­kang, surut, undur, lwn mara: dia ~ setapak dan kemudian mara lagi beberapa tapak apabila polis itu beredar dr situ; 2. ki menjadi kurang (hasil pendapatan dll), berkurang, me­rosot: perusahaannya mulai ~; 3. tidak maju, terkebelakang, tertinggal, kolot: kebanyakan kaum perempuan masih lagi dlm keadaan lemah, ~, dan terkongkong; ~ maju ki tidak tetap hati, ragu-ragu; ~ teratur a) berundur dgn teratur (pasukan peperangan); b) mengundurkan diri dgn diam-diam; memundurkan menjadikan mundur, meng­undurkan, memerosotkan, mengebelakang­kan; kemunduran perihal mundur, kemerosotan: pekedai itu, sambil mengeluh, menceritakan ~ perniagaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mun.dur] | موندور

Definisi : 1 bergerak atau berjalan ke belakang; surut; undur: Ia ~ beberapa langkah apabila ternampak akan musuh di hadapannya. 2 tidak maju; tertinggal: Sejak sakit ini, ia ~ dlm pelajarannya. 3 menjadi kurang (bkn hasil pendapatan dll); merosot (bkn perniagaan dll): Perusahaan kain batik itu sudah mula ~. memundurkan menjadikan mundur; merosotkan. kemunduran keadaan mundur; kemerosotan: ~ kita dlm lapangan sains dan teknologi perlu diatasi segera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mundur (adjektif)
1. Bersinonim dengan merosot: meleset, menjunam, jatuh, turun, susut, surut, berkurangan,
Berantonim dengan maju

2. Bersinonim dengan terkebelakang: tertinggal, tidak maju, kolot, konservatif, kuno, merosot, meleset, miskin,
Berantonim dengan maju

Kata Terbitan : memundurkan, kemunduran,

Peribahasa

Sebelum tercapai pantang surut.

Bermaksud :

Tidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Pantang patah di tengah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
countdownhitung mundurkira detik; hitung mundurkira detik; hitung mundurAeroangkasa
backwastingperombakan mundurTiadaglasier mundurGeografi
asternmundurTiadaundurSukan
backward integrationintegrasi balikTiadaintegrasi mundurPentadbiran Perniagaan
backoffmundurundurundurAeroangkasa
go asternmundurTiadaundurSukan
half asternmundur setengahTiadaundur setengahSukan
full asternmundur penuhTiadaundur penuhSukan
retreating bladebilah mundurbilah undurbilah undurKejuruteraan Kapal Terbang
backward approximationhampiran mundurpenghampiran belakangpenghampiran belakangKejuruteraan
12

Kembali ke atas