Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mung.kir] | موڠکير

Definisi : 1. tidak mengakui, tidak mengiakan, menafikan, menyangkal, ingkar: ia tidak dapat ~ kerana perbuatannya diketahui orang; 2. tidak setia, tidak patuh, tidak taat: ia tidak ~ dan tidak ingkar perintah Mem-pawah; 3. tidak menepati (janji dll), menolak perjanjian: sekali kita ~ janji maka orang tidak akan mudah mempercayai kita lagi; 4. salah, keliru; tidak ~ a) tidak salah, tidak keliru; b) manjur (ubat dll), mujarab; memungkiri 1. tidak mengiakan, menyang­kal, mengingkari: kalau saya ~nya maka saya akan menerima kutukan daripadanya; 2. tidak mematuhi, tidak mentaati: maka ter-ingat olehnya titah permaisuri, maka takut ia ~nya; 3. tidak menepati (janji dll): kalau roboh kota Melaka barulah aku ~ janji; 4. men­jauhkan diri drpd (perbuatan yg keji dll); kemungkiran perihal (perbuatan) mungkir: ~ dlm menunaikan janji-janjinya; pemungkiran perihal atau perbuatan memung­kiri; pemungkir orang yg memungkiri janji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mung.kir] | موڠکير

Definisi : 1 tidak menepati (janji dll); menolak perjanjian; tidak setia: Sesiapa yg ~ akan janjinya tidak akan saya percayai janjinya lagi. 2 tidak mengakui; tidak mengiakan: Ia tetap ~ akan kesalahan-kesalahannya itu. 3 salah; keliru: tak ~ tak salah; tak keliru. memungkiri 1 tidak menepati (janji dll); tidak berpegang teguh (pd janji dll): Dia tidak berani ~ janjinya. 2 tidak mengiakan; menyangkal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mungkir
Kata Terbitan : memungkiri,

Puisi
 

Kalau tuan menutuh keranji,
     Tinggalkan saya sebelah dahan;
Kalau tuan mungkir janji,
     Tinggalkan saya kain basahan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Titian biasa lapuk,
     janji biasa mungkir.

Bermaksud :

Jangan percaya benar kepada janji, kerana janji biasa dimungkiri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah terjemahan "outstanding amount" dalam bahasa malaysia. Outstanding amount yang dimaksudkan adalah merangkumi bayaran/ansuran terdahulu yang mungkir dibayar dan bayaran semasa yang masih belum dibayar. Bagi menceritakan dua keadaan tersebut, adakah terjemahan "outstanding amaun" adalah "amaun tertunggak"?. Terima kasih.Padanan outstanding amount ialah amaun berbaki.Tatabahasa24.05.2012
" You should bear expenses incurred and any other fees, expenses or recourse in respect of this product" Apakah perkataan bahasa malaysia yang sesuai bagi "recourse" di atas? Terima kasihDalam data kami, perkataan  recourse diterjemahkan sebagai berbantuan, yang bermaksud peruntukan dalam perjanjian hutang, iaitu pemberi pinjaman boleh mendapat bantuan daripada syarikat induk jika subsidari mungkir dan cagaran tidak mencukupi. Puan bolehlah melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=recourse .Penyemakan dan penterjemahan16.03.2015
Ahmad Saufe Mar 19th, 2:55pm Salam pentadbir, Mohon membantu dalam memberi maksud yang tepat bagi terma dibawah; Out of pocket expenses: perbelanjaan luar jangka Recourse : rekursa Terima kasihIstilah bahasa Melayu untuk "out of pocket expense" ialah perbelanjaan sendiri (bidang Sains Politik) dan belanja hangus (bidang Undang-Undang). Tidak ada huraian khusus untuk istilah ini dalam pangkalan data kami. Istilah untuk "recourse" ialah rekursa (bidang Pentadbiran Perniagaan), hak tuntut (bidang Ekonomi), berbantuan (bidang Pentadbiran). Dalam bidang Pentadbiran maksud yang diberikan untuk "berbantuan" ialah peruntukan dalam perjanjian hutang, iaitu pemberi pinjaman boleh mendapat bantuan daripada syarikat induk jika anak syarikat mungkir dan cagaran tidak mencukupi.Istilah19.03.2015

Kembali ke atas