Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. lengkung atau cembung (per­mukaan): hujung matanya dicanai ~ sedikit supaya penjurunya tidak sumbing atau sompek; 2. jeluk (mangkuk dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 lengkung pd permukaan sesuatu benda. 2 dalam (spt mangkuk, kuali); jeluk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mungkum (adjektif)
Bersinonim dengan jeluk, lekuk, cekung, lengkung, relung.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
torusmungkum rotanKesenianTiada1. Mungkum rotan: Kumai yang paling asas, iaitu berbentuk cembung dan bulat.
quaquaversalmungkumGeologiTiadaBerhubung dengan strata atau struktur yang mencondong ke luar ke semua arah dari suatu titik pusat.
satellite reflectorspembalik satelitPentadbiran PerniagaanTiadaObjek berbentuk pinggan mungkum besar untuk mendapat balik isyarat dari satelit ke bumi.
anticlineantiklinKejuruteraanPetroleumBahagian lapisan batuan yang terlipat dan mungkum (mencembung) ke atas.
synclinesinklinKejuruteraanPetroleumBahagian lapisan batuan yang terlipat dan mungkum (melendut) ke bawah.
anticline trapperangkap antiklinKejuruteraanTiadaPerangkap hidrokarbon yang terbentuk pada struktur batuan yang mungkum ke atas.
structural trapperangkap strukturKejuruteraanPetroleumPerangkap hidrokarbon di subpermukaan yang terjadi akibat daripada canggaan terhadap lapisan batuan yang poros. Bentuk canggaan yang umum ialah lipatan dan sesaran. Bagi lapisan batuan yang terlipat, hidrokarbon terperangkap di bahagian lipatan yang mungkum ke atas sementara bagi lapisan yang tersesar, hidrokarbon terperangkap kerana alirannya tertahan oleh satah sesar.

Kembali ke atas