Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mun.syi] | منشي

Definisi : Ar guru bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mun.syi] | منشي

Definisi : guru bahasa; ahli bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
munsyi (kata nama)
Bersinonim dengan guru, pengajar, pembimbing, pemudah cara, fasilitator, penceramah.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya bersungguh-sungguh mengharap pihak DBP mempergiatkan usaha mempopularkan bahasa Melayu di media sosial. Saya sarankan, dan saya harap saran ini diambil serius, berikan munsyi-munsyi DBP mengelola akaun media sosial khususnya Twitter untuk mengajar rakyat bahasa Melayu yang baik dan benar, sesuai dengan penggunaan media sosial dan menegur ahil politik yang kian lama makin tidak endahkan bahasa Melayu. Wujudkan tentera maya bagi mempromosi bahasa baik dan benar. Terima kasih atas keprihatinan dan cadangan/saranan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu. Cadangan pihak tuan akan kami panjangkan kepada pihak atasan kami.Lain-lain04.02.2019
Salam tuan, saya ingin bertanya berkenaan munsyi dewan jawi. Adakah munsyi dewan jawi diambil daripada individu yang mempunyai ijazah berkenaan linguistik dan bahasa? Jika tidak, adakah dbp menyediakan peluang kepada orang awam untuk menjadi munsyi dewan jawi. Sekian, terima kasih dan salam hormat.Pelantikan Munsyi Jawi pada tahun 2019 telah dilaksanakan baru-baru ini. Pemilihan dan pelantikan seterusnya akan dibuat dari semasa ke semasa. Hebahan mengenainya termasuklah syarat permohonan dan tarikh kursus akan dibuat melalui laman web DBP. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Akademi DBP, Wisma DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain14.01.2020
Berapakah artikel munsyi bahasa telah diterbitkan dan bagaimana saya hendak mendapatkan semua artikel munsyi bahasaArtikel munsyi biasanya dikeluarkan dalam majalah Pelita Bahasa ataupun Jurnal Bahasa.Tuan boleh menyemaknya setiap kali majalah tersebut berada dalam pasaran.Lain-lain28.07.2006
Tumbuh-tumbuhan menyerap air daripada akar kepada daun. atau Tumbuh-tumbuhan menyerap air dari akar ke daun. Munsyi, haraplah munsyi berikan tunjuk ajar TKTumbuh-tumbuhan menyerap air daripada akar kepada daun. Kata sendi nama dari untuk tempat dan masa, manakala kata sendi nama daripada untuk sumber, perbandingan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268. 
Tatabahasa04.07.2012
munsyi, ujian memandu atau ujian pemanduan? TKUjian memandu.Lain-lain23.05.2013
munsyi, menurut soalan percubaan JPTerengganu 2009 Polis memerhatikan______penjenayah sebelum menyerbu tempat persembunyian mereka. A tingkah laku B gembar-gembur C gerak-geri D tindak-tindak apakah jawaban yangsesuia, apakah perbezaan antara A,C, dan D? TKMerujuk Kamus Dewan tingkah laku sama maksudnya dengan gerak-geri ataupun kelakuan. Berdasarkan makna tersebut jawapan yang betul ialah A dan C. Untuk melihat makna dan beza antara perkataan tersebut sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa07.01.2013
Munsyi, Pendapat yang disampaikan oleh remaja itu agak mentah dan sukar diterima. (adakah mentah sesuai digunakan? jika tidak, apakah istilah yang sesuai digunakan? TK) Suhu di dalam bilik komputer ini sungguh beku. (adakah beku salah dan wajar digantikan dengan apa?) TK banyakAntara maksud mentah ialah belum sempurna akal, fikiran dan sebagainya. Perkataan mentah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Begitu juga dengan perkataan beku tidak sesuai digunakan dalam kontek ayat tersebut. Suhu lazimnya dikaitkan dengan panas atau sejuk. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang sesuai dengan konteks ayat yang digunakan.
Tatabahasa21.07.2012
Munsyi Sebaik-baik pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. atau Sebaik-baiknya pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. TKSebaik-baik pemuda itu ada juga melakukan kesilapan.Tatabahasa17.07.2012
Munsyi Gaji seorang guru baru ialah dua ribu atas. atau Gaji seorang guru baru ialah dua ribu ke atas. TKGaji seorang guru baru ialah dua ribu ke atas.Tatabahasa16.07.2012
munsyi, adakah saling bermaafan, saling berpandangan, saling bertolongan...adalah gramatis? saya kekeliruan kerana be..an bermaksud saling, mengapakah saling bermaafan adalah betul dan saling bermaaf-maafan adalah salah? TKPerkataan yang betul ialah bermaaf-maafan, berpandangan dan bertolong-tolongan. Contohnya ayat: Ros mengesat air matanya setelah bermaaf-maafan dengan Jamilah.Tatabahasa13.04.2012
12345678910...

Kembali ke atas