Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mun.tah] | مونته

Definisi : 1. keluar kembali drpd mulut (barang yg dimakan dll): maka terkadang-kadang ~lah ia sebab banyak meminum air masin itu; 2. = muntahan apa-apa yg keluar kem­bali melalui mulut; 3. turun atau luntur (warna kain); ~ belalah mengeluarkan muntah dgn banyak; ~ berak sering muntah-muntah dan berak (kerana penyakit taun); ~ darah menge­luarkan darah dr mulut; ~ kedarah bk makan; menjilat ~ sendiri prb apa yg telah ditolak (dicacat) diterima lagi; memuntahi mengeluarkan muntah dan me­ngenai sesuatu: ia ~ katilnya; memuntahkan 1. mengeluarkan muntah (apa yg sudah di dlm perut): ia ~ kembali apa yg telah dimakannya; 2. mengeluarkan apa yg ada di dlm mulut, meluahkan: setelah diku-nyah-kunyah, dimuntahkan kembali sirih itu; 3. ki mengeluarkan banyak-banyak: kedua-dua kapal terbang itu ~ peluru dr mesingannya yg menggerutup menuju sasarannya; ~ isi perut bk mengeluarkan perasaan hati; pemuntahan perihal (proses atau perbuatan) memuntahkan: di Malaysia, kaedah ~ yg sela-mat bagi mengeluarkan racun yg tertelan mungkin masih belum dapat dilakukan di rumah; pemuntah (ubat dsb) yg menyebabkan mun­tah: agen ~ ialah ubat yg sengaja diberikan supaya pesakit itu muntah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mun.tah] | مونته

Definisi : 1 keluar kembali dr mulut (bkn barang yg dimakan): Anaknya selalu ~ selepas minum susu. 2 = muntahan apa-apa (biasanya makanan yg telah ditelan) yg keluar kembali melalui mulut. ~ belalah mengeluarkan muntah dgn banyaknya. ~ berak sering muntah dan berak. ~ darah mengeluarkan darah dr mulut. memuntahi mengeluarkan muntah pd atau kena pd sesuatu: Dia ~ tempat tidurnya. memuntahkan 1 mengeluarkan muntah atau benda-benda yg telah dimakan: Ia ~ kuih yg telah dimakannya. 2 ki mengeluarkan banyak-banyak: Meriam itu ~ peluru ke arah kubu musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muntah (kata kerja)
Bersinonim dengan menjeluak, melilah, jelanak, jeluwek;,
Kata Terbitan : memuntahkan,

Peribahasa

Jauh bau bunga,
     dekat bau tahi (= kencing).

Bermaksud :

Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
migrainemigrainPerubatanTiadaSakit kepala yang berulang-ulang serta berdenyut, diikuti dengan rasa loya, muntah-muntah, sembelit, cirit-birit dan fotofobia.
dehydrationkedehidratanPerubatanTiadaKehilangan air dengan banyak daripada tubuh. Keadaan ini mungkin berlaku akibat perdarahan, cirit-birit dan muntah-muntah.
poisoningkeracunanPerubatanTiadaKeadaan akibat termakan racun, sama ada racun kimia atau racun mikroorganisma. Antara gejala keadaan ini ialah mual, muntah-muntah dan sakit perut. Misalnya, keracunan makanan dan keracunan akibat dadah.
cholerakoleraPerubatanTiadaPenyakit cirit-birit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, Vibrio cholerae, dijangkiti melalui air yang tercemar, juga dicirikan oleh muntah-muntah, kekejangan otot dan lesu.
cholerakoleraPentadbiran PerniagaanTiadaPenyakit cirit-birit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, Vibrio cholerae, dijangkiti melalui air yang tercemar, juga dicirikan oleh muntah-muntah, kekejangan otot dan lesu.
infantile paralysislumpuh bayiPerubatanTiadaPenyakit yang disebabkan oleh organisma virus yang menyerang korda spina dan mengakibatkan inflamasi. Bercirikan deman, sakit tekak, pening dan muntah-muntah di belakang tubuh dan leher. Tanpa rawatan boleh menjadi lumpuh.
pyelitispielitisPerubatanTiadaInflamasi pelvis ginjal. Antara ciri inflamasi ini ialah rasa nyeri di belakang pinggang, kerengsaan pundi kencing, demam yang berulang, cirit-birit dan muntah-muntah.
uremiauremiaPerubatanTiadaKeadaan apabila kepekatan urea dalam darah melebihi paras normal. Keadaan ini berlaku akibat kelemahan fungsi ginjal. Antara ciri keadaan ini termasuklah loya, muntah-muntah, pening, vertigo, penglihatan yang kabur, koma atau konvulsi.
poliomyelitispoliomielitisPerubatanTiadaSejenis penyakit virus akut yang berlaku secara epidemik dan sekali-sekala. Penyakit ini dicirikan dengan gejala-gejala, seperti demam, sakit tekak, pening dan muntah-muntah. Gejala ini sering disertai dengan kekakuan pada belakang tubuh dan leher. Dalam keadaan yang teruk, penyakit ini mungkin mengakibatkan kelumpuhan.
cholerakoleraPerubatanTiadaPenyakit cirit-birit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Vibrio cholerae. Penyakit ini berjangkit melalui air yang tercemar. Selain cirit-birit yang teruk, penyakit ini juga dicirikan oleh muntah-muntah, kekejangan otot dan lesu. Sin: taun
12345678910...

Kembali ke atas