Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.rah] | موره

Definisi : 1. banyak, berlebih-lebih, limpah: mereka yg mempunyai sifat kegembiraan ini selalu ~ rezekinya dan disukai ramai; 2. rendah harganya, tidak mahal: makanan yg ~ dan senang sekali didapati ialah karbohidrat; 3. tidak kedekut, suka memberi (sedekah dll): setelah Sultan Muzaffar Shah di atas keraja-an, terlalulah baik fiil baginda dgn adilnya dan ~ nya; 4. tidak susah atau tidak payah, mudah, senang; ~ hati a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang; ~ mulut ramah mesra (tamah); ~ rezeki banyak rezeki; ~ tangan suka memberi; ~ di mulut, mahal di timbangan prb banyak membuat janji tetapi tidak menepatinya; makin ~ makin menawar prb seseorang yg telah diturut orang sesuatu kehendaknya, ia berke­hendak lebih lagi (telah memperoleh kese­nangan ia berkehendakkan kesenangan yg lebih); bermurah; ~ hati tidak segan (memberi sedekah dll), bersifat murah: beliau telah ~ hati memberikan tempat menumpang kpd kami; memurahkan menjadikan murah (harga dll), menyebabkan jadi murah, menurunkan harga: kerana persaingan yg hebat terpaksa ia ~ harga dagangannya; mempermurahkan ki menganggap mudah (senang dll): kalau suami bukan bangsa penyabar dan suka ~ hidup diceraikannya isteri itu dgn tidak semena-mena; murahan rendah nilai diri, tidak bermutu, rendah nilainya: mereka selalu dianggap sbg gadis ~; hanya bahan-bahan ~; hiburan ~; kemurahan 1. perihal murah, kelimpahan: sangat-sangatlah ampun periksamu akan mereka itu sekalian, kerana ia bernaung kpd keadilan dan ~mu; 2. = ~ hati kebaikan hati, sifat penyayang dan pengasih: sekali engkau sebut, beribu kali hamba terima ~ hati eng-kau itu; pemurah (orang yg) suka memberi, tidak kedekut: dia ialah sahabat yg ~ dan sangat takut akan kemurkaan Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.rah] | موره

Definisi : 1 rendah harganya; tidak mahal: Barang-barang di sana lebih ~ drpd barang-barang di sini. 2 banyak; berlebih-lebih: ~ rezeki banyak rezeki. 3 tidak kedekut; selalu memberi sedekah. memurahkan menjadikan murah; menurunkan harga. mempermurah menjadikan lebih murah. kemurahan 1 keadaan murah (bkn barang dll). 2 = ~ hati kebaikan hati; sifat pengasih dan penyayang. pemurah orang yg tidak kedekut; orang yg suka atau selalu memberi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
murah (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: menjunam, turun, merosot, meleset,
Berantonim dengan mahal

2. Dalam konteks rezeki
bersinonim dengan berlebih-lebih, melimpah-limpah, melimpah-ruah, bertimbun-timbun, melambak-lambak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : memurahkan, kemurahan, kemurahan hati, pemurah,

Puisi
 

Anak Melayu sayang Melayu,
     Mata melihat hatiku sayu;
Murah harganya sangat terlalu,
     Seperti ikan pari dan yu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Lagi murah,
     lagi ditawar.

Bermaksud :

Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Makin murah, makin menawar).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POSKAD BERGAMBAR

Poskad bergambar menjadi popular sebagai

alat untuk berkomunikasi yang pantas dan murah

selepas tahun 1900. Pada tahun 1869, poskad

bergambar tidak berwarna yang pertama

dikeluarkan di Austria, akan tetapi tidak ada tarikh

diberikan pada poskad bergambar yang pertama

itu. Ini disebabkan poskad bergambar beransur-

ansur berkembang. Pada sebelah poskad itu

diberikan ruang kosong. Pada asalnya, sebelah kad

itu digunakan untuk menulis dan sebelah lagi

untuk alamat dan setem.

UMUM 
MESIN JAHIT

Mesin jahit ialah mesin yang menggunakan

jarum untuk mencantumkan kain dengan benang.

Mesin jahit meringankan kerja rumah dan

membantu keluarga mendapatkan pakaian yang

lebih baik dan murah berbanding dengan

perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan. Di

kilang, mesin jahit membantu pengeluaran pakaian

secara besar-besaran.

UMUM 
MARKS AND SPENCER

Marks and Spencer ialah syarikat peruncit

Inggeris yang besar yang mengendalikan satu

rangkaian gedung serbaneka. Firma ini terkenal

kerana menjual barangan berkualiti tinggi dengan

harga yang murah.

UMUM 
KACANG SOYA

Kacang soya ialah tumbuhan yang membekal

makanan kepada haiwan dan manusia, dan

membekal bahan mentah untuk industri. Kacang

soya ialah bahan paling berguna serta sumber

protein yang paling murah di dunia.

UMUM 
KEKUDA

Kekuda dalam kejuruteraan, ialah struktur yang

digunakan untuk menyokong jalan raya yang

merentangi lembah atau persimpangan. Kekuda

kayu yang diperbuat daripada tiang tinggi yang

disambungkan dengan dawai dan penyokong,

biasanya lebih murah daripada membina

jambatan. Dalam pertukangan kayu, kekuda ialah

alang yang berkaki. Ia digunakan untuk

menyokong kerja. Sesetengah meja dan papan

lukis disokong oleh rangka yang dinamakan

kekuda.

UMUM 
KETIADAAN TEMPAT BERTEDUH

Ketiadaan tempat berteduh ialah satu

keadaan bagi seseorang yang tidak mempunyai

alamat yang tetap. Mereka yang tiada tempat

berteduh ini biasanya tinggal di bangunan-bangunan

yang terbiar, di bawah jambatan, stesen

bas, hotel-hotel murah, tempat persinggahan

kecemasan dan jalanan.

UMUM 
BATU ARANG

Batu arang ialah bahan bakar pepejal yang murah berbanding dengan petroleum.

GEOGRAFI DAN GEOLOGISumber/Bahan Alam
NOVEL PICISAN

NOVEL PICISAN, karya yang berbentuk novel atau roman. Istilah picisan ini berasal daripada perkataan ‘picis’ yang bermaksud murah, sama ada nilai atau harga. Dalam kehidupan sehari-hari terutama dlam masyarakat Indonesia khususnya di daerah Sumatera Utara, perkataan picis ini dikenal juga dengan ‘ketip’.

SASTERAPenerbitan
PERTUKANGAN TEMBAGA

PERTUKANGAN TEMBAGA, kemahiran menghasilkan barangan yang dibuat daripada tembaga dan tukang barangan tersebut dipanggil pandai tembaga. Hampir semua barangan yang dihasilkan daripada tembaga digunakan untuk keperluan harian ataupun untuk upacara adat istiadat. Biasanya harga barangan tembaga lebih murah daripada barangan yang diperbuat daripada emas dan perak.

BUDAYAKraf Tangan

Kembali ke atas