Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.ral] | مورل

Definisi : lukisan atau gambar yg besar pd dinding: ~ yg terpampang di dinding luar Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mural


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. ayat mana yang betul a) lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut atau b) lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut.a) lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut atau
b) lukisan mural yang cantik itu dilukis oleh pelajar sekolah tersebut.
Tidak ada perbezaan bagi kedua-dua ayat tersebut.
Tatabahasa01.04.2012
1. Ali mengecat mural pada dinding sekolah. 2. Ali mengecat mural di dinding sekolah. 3. Ali mengecat mural di dinding. Mana satu yang betul? terima kasihAyat yang betul ialah no. 1.Tatabahasa09.05.2013
Yang manakah betul? Abu melukis mural yang cantik (di, pada) dinding bangunan sekolah.Jawapan yang tepat ialah "Abu melukis mural yang cantik pada dinding bangunan sekolah. 
Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 275, kata sendi nama "pada" digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja, Contohnya:
1. Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi
2. Tulis nama pada kertas itu.
3. Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan.
Tatabahasa07.09.2016
apakah jenis ayat dibawah:(ayat tunggal atau ayat majmuk) a) Sanjay sedang mewarna mural yang dilukis pada dinding. b)Kin Ho berlari dengan pantas menuju garisan penamat. mohon penjelasan bagi setiap jawapan.Kedua-dua ayat yang dinyatakan merupakan ayat majmuk. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.

a) Sanjay sedang mewarna mural yang dilukis di dinding. (Ayat majmuk pancangan relatif yang)
Ayat pertama : Sanjay sedang mewarna mural.
Ayat Kedua : Mural itu dillukis di dinding.
Penggunaan kata hubung yang menunjukkan ayat tersebut ayat majmuk pancangan.

b) Kin Ho berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat. (Ayat majmuk keterangan cara)
Ayat di atas mempunyai ayat induk dengan ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri dan kedua, adanya kata hubung yang menjalinkan ayat induk dengan ayat kecil iaitu kata hubung dengan.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 497 untuk lebih lanjut.
Tatabahasa06.03.2013
Manakah yang betul? 1. Murid-murid membantu pihak sekolah dalam ( menjaga, penjagaan) kebersihan sekolah. 2. Beberapa orang murid melukis mural ( di / pada ) dinding sekolah. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1. Murid-murid membantu pihak sekolah dalam menjaga kebersihan sekolah.
2. Beberapa orang murid melukis mural pada dinding sekolah.
Tatabahasa20.04.2016
Mohon bimbingan pihak tuan mengenai ayat berikut beserta penjelasannya. 1. Dinding dewan itu kami (hiasi,hiaskan) dengan poster -poster bertemakan kemasyarakatan. 2. Mural bunga raya itu kami (warnakan,warnai) dengan cat merah dan hijau. Terima kasih.1. Dinding dewan itu telah kami hias dengan poster-poster bertemakan kemasyarakatan.
2. Mural bunga raya itu akan kami lukis dengan cat merah dan hijau.
Ayat pasif kata ganti diri pertama diikuti dengan kata kerja dasar, "kami hias" dan "kami lukis".
Tatabahasa09.11.2020
Salam sejahtera, tuan. Sekolah kami ingin melukis mural. Tetapi kami tidak pasti sama ada nak tulis " Kami Anak Malaysia" atau "Kita Anak Malaysia". Boleh minta pendapat daripada pihak tuan? Terima kasih.

“Kami“ dan “kita“ ialah kata ganti nama diri pertama. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan makna antara kedua-duanya. “Kami” merujuk penutur jamak tetapi tidak termasuk pendengar manakala “kita” merujuk penutur (tunggal atau jamak) dan termasuk juga pendengar. Kami mencadangkan "Kita Anak Malaysia".

Lain-lain14.09.2022
Apakah kesalahan ayat-ayat yang berikut? 1. Diakah yang melukis mural yang cantik itu? 2. Apatah nasib keluarga Mukhsin. 3. Jika Farid pergi ke Melaka, adiknya pun ingin ikut sama. 4. Duit simpanan saya lagi tinggal RM200.Ayat pertama dan kedua betul.

Berikut ayat yang betul setelah dipinda bagi ayat kedua dan keempat.
1. Apatah nasib keluarga Muksin?
2. Duit simpanan saya tinggal lagi RM200.
Tatabahasa10.07.2013
perlukan senarai peribahasa dan kata hikmat berkenaan keselamatan , keceriaan dan kebersihan harap dapat berikan senarai yang diperlukan untuk dilukis sebagai mural keselamatan pelajar sekolah terima kasihSila kunjungi perpustakaan yang berdekatan. Buku peribahasa yang boleh dijadikan rujukan ialah Kamus Istimewa Peribahasa terbitan DBP.Lain-lain09.02.2010

Kembali ke atas