Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.ral] | مورل

Definisi : lukisan atau gambar yg besar pd dinding: ~ yg terpampang di dinding luar Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mural


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MURAL

Mural ialah gambar atau reka bentuk yang

menghiasi dinding. Kebanyakan mural menghiasi

dinding di dalam bangunan, tetapi sesetengahnya

menghiasi siling dan dinding luar. Mural dalaman

hendaklah harmoni dengan gaya dan skala bilik.

Pelukis mural mesti merancang coraknya supaya

pintu, tingkap dan perabot tidak menjejaskan

keharmoniannya. Kebanyakan mural dilukis. Tetapi

sesetengahnya dibuat daripada kepingan kecil

kaca, batu dan bahan-bahan lain. Mural ini

dinamakan mozek. Rencana ini hanya

membincangkan mural yang dilukis.

UMUM 
TIEPOLO, GIOVANNI BATTISTA

Tiepolo, Giovanni Battista (1696–1770) ialah

pelukis terkenal Itali yang terakhir daripada

kumpulan Venitian. Dia pada mulanya meminati

Paolo Veronese. Kemudian dia mencipta satu gaya

mural berwarna-warni yang hebat yang

kemudiannya amat digemari di Eropah pada tahun

1770-an. Banyak lukisan muralnya menggambarkan

peristiwa bersejarah dan alegori yang hebat. Ia

memaparkan watak aktif yang dilukis

menggunakan warna pastel yang ceria.

Tiepolo lahir di Venice, Itali. Selepas tahun 1750,

dia banyak berkarya di Jerman dan Sepanyol.

Karyanya termasuk hiasan untuk istana ketua

biskop di Würzburg, Jerman dan di Istana Diraja di

Madrid . Beberapa lukisan minyak kecil Tiepolo

untuk mural besarnya dipamerkan di Muzium Seni

Metropolitan, New York City.

Lihat juga Seni lukis (Hiasan).

UMUM 
SENI BYZANTINE/p>

Seni Byzantine ialah gaya seni Kristian Timur

yang berkembang maju semasa zaman Empayar

Byzantine. Ia terkenal terutamanya kerana gereja

berkubah dengan hiasan bahagian dalam yang

mengagumkan. Bahagian dalamnya menampilkan

mural dalam banyak gaya yang berwarna-warni,

yang menggambarkan figura keagamaan dan

maharaja.

UMUM 
SCHONGAUER, MARTIN

Schongauer, Martin (1450?–1491), salah

seorang pelukis Jerman yang bekerja keras sebagai

pengukir. Dia menjadi pengukir yang paling mahir

di Eropah pada tahun 1470-an dan tahun 1480-an.

Karyanya sangat mempengaruhi pelukis muda,

terutamanya Albrecht Dürer, dan ditiru secara

meluas di kebanyakan negara.

Lukisan Martin Schongauer yang paling

mashyur ialah Virgin in the Rose Arbor (1473) dan

mural yang besar, iaitu Last Judgement (kira-kira

tahun 1491) di Bréisach. Ukirannya yang paling

terkenal ialah The Death of Virgin Mary, The

Temptation of Saint Anthony, dan Christ Bearing

the Cross.

Martin Schongauer lahir dan bekerja di

Columer, Alsace (kini Perancis).

UMUM 

Kembali ke atas