Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
musim (kata nama)
Bersinonim dengan masa, waktu, tempoh, jangka masa, jangka waktu;,
Kata Terbitan : bermusim,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
autumn plantingtanaman musim gugurLandskapTiadaTanaman yang ditanam pada musim gugur. Tanaman ini mempunyai daun yang berubah warna dan akan luruh keseluruhannya sehingga meninggalkan ranting dan dahan sahaja pada musim gugur dan sejuk.
autumn plantingtanaman musim gugurLandskapTiadaTanaman yang ditanam pada musim gugur. Tanaman ini mempunyai daun yang berubah warna dan akan luruh keseluruhannya sehingga meninggalkan ranting dan dahan sahaja pada musim gugur dan sejuk.
autumn flowerbunga musim gugurLandskapTiadaBunga yang mekar pada musim gugur. Contohnya, bunga Conttoneaster.
fall foliagedaun musim gugurLandskapTiadaDedaun yang berubah warna sebelum luruh pada musim gugur.
overturnpembalikanHidrologiTiadaPenyusunan semula jisim air tasik yang berlapis mengikut suhu. Pembalikan terjadi semasa penyejukan pada musim gugur.
vendavalvendavalMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin ribut barat daya di pantai Selatan Mediteranean dan di Selat Gibraltar. Angin ini berlalu bersama-sama tekanan rendah dari barat pada akhir musim bunga, musim sejuk atau awal musim gugur, dan disertai ribut petir dan badai.
steam fogkabut stimMeteorologiMeteorologi PerhubunganKabut yang terbentuk apabila wap air masuk keudara yang lebih sejuk daripada punca wap; yang paling biasa adalah apabila udara yang sangat sejuk bertiup merentasi air yang agak panas. Walau apa pun keadaan sumber wap (air panas, ekzos pembakaran industri, hembusan nafas), keseimbangan tekanan wapnya lebih tinggi daripada tekanan yang bersepadanan di dalam udara yang lebih sejuk. Oleh itu, wap air setelah bercampur dengan udara sejuk akan menyejuk dan memeluwap dengan cepat. mekanisme ini tidak membenarkan kabut sampai ke sumber wap, dan juga, setelah percampuran lanjutan berlaku dalam aliran yang cukup bergolak atau dalam aliran olakan (hanya darjah yang kecil diperlukan), zarah kabut menyejat pada suatu had atas yang jelas bagi kabut. Walaupun adveksi udara diperlukan untuk menghasilkan kabut stim, ia jauh berbeza daripada kabut adveksi yang disebabkan oleh udara panas dan lembap yang bergerak di atas permukaan sejuk. Kabut stim selalunya dilihat di atas permukaan tasik dan sungai pada pagi musim gugur yang sejuk, dan juga di kawasan kutub. Kadangkala ia dikelirukan dengan kabut ais, tetapi zarahnya terdiri daripada cecair sahaja. Pada suhu di bawah -29?C zarah tersebut mungkin membeku dan menjadi sejenis kabut ais yang dikenal sebagai asap ibun.
seasonal rhythmrentak musimanLandskapTiadaKesan yang terjadi hasil daripada perubahan sifat berdasarkan kitaran iklim tahunan sesuatu kawasan. Contohnya, daun pokok getah gugur pad a musim kemarau dan akan berpucuk pada musim hujan.
septetseptetKesusasteraanPuisiNama bentuk puisi, iaitu rangkap-rangkap puisi yang semuanya terdiri daripada tujuh baris. Contohnya, puisi "Dada Merah Jingga" karya Baha Zain. Cempaka tak bernama gugur di bumi ini waktu hari ayun-temayun dalam musim dukarasa kerana telah lama menunggu setia dari gunung yang turun dengan sumpahnya. (R:1, 7 baris) (R:2, 7 baris) (R:3, 7 baris)
abscission layerlapisan peluruhanPertanianAgroteknologiSatu lapisan sel parenkima yang terbentuk di bahagian pangkal buah, bunga dan daun sebelum peluruhan. Apabila lapisan ini mereput, buah, bunga dan daun akan luruh. Keadaan ini akan berlaku pada musim luruh di kawasan beriklim sederhana sebagai persediaan untuk musim sejuk. Di kawasan tropika, lapisan peluruhan terbentuk akibat serangan oleh serangga, penyakit atau kemarau yang merosakkan daun. Lapisan peluruhan juga terbentuk apabila buah telah matang sebelum gugur.
12

Kembali ke atas