Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : musim daun gugur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : musim daun tumbuh-tumbuhan gugur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : musim daun-daun gugur (antara musim panas dgn musim sejuk). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musim (kata nama)
Bersinonim dengan masa, waktu, tempoh, jangka masa, jangka waktu;,
Kata Terbitan : bermusim,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUSIM LURUH

Musim luruh ialah musim di antara musim panas

dengan musim sejuk. Hemisfera Utara yang meliputi

separuh bahagian utara bumi mempunyai cuaca

musim luruh dari akhir bulan September, Oktober

dan November. Cuaca musim luruh tidak lama di

kawasan kutub, tempat yang cuaca musim sejuknya

benar-benar sejuk bermula lebih awal. Di kawasan

tropika, terdapat sedikit kelainan musim atau tiada

kelainan musim. Hemisfera Selatan mempunyai

musim luruh dari bulan Mac hingga awal Jun. Untuk

tarikh hari pertama musim luruh, dan untuk

maklumat tentang kedudukan bumi dan matahari

semasa musim luruh, lihat Musim.

UMUM 
PERISTIWA TRENT

Peristiwa Trent ialah peristiwa tentera laut

pada tahun pertama Perang Saudara Amerika. Ia

hampir mengheret England dalam konflik di

Selatan. Pada musim luruh tahun 1861, dua orang

pegawai yang mewakili pihak Gabungan , James M.

Mason dan John Slidell belayar ke Eropah dengan

misi mendapatkan bantuan Perancis dan England

yang berkecuali agar membantu pihak Selatan.

Oleh sebab kapal-kapal pihak Utara mengepung

pelabuhan-pelabuhan Selatan, mereka terpaksa

menaiki kapal British, iaitu Trenc di Havana, Cuba .

Charles Wilkes, komander U.S.S. San Jacinto

menahan kapal British itu tanpa arahan untuk

berbuat demikian. Dia menangkap Mason dan

Slidell dan dibawa ke Boston, Massachusetts.

Tindakan ini mencabuli prinsip kebebasan di

lautan kerana England adalah negara berkecuali.

UMUM 
LIKUIDAMBAR

Likuidambar ialah nama empat spesies pokok

daun luruh yang mempunyai daun bak daun

mapel yang bertukar warna menjadi terang pada

musim luruh. Likuidambar terdapat di Asia dan

Amerika Utara.

UMUM 
KEKWA

Kekwa adalah mana-mana satu daripada

sekumpulan herba renek berbau kuat yang

tumbuh di banyak kawasan beriklim sederhana.

Pekebun menanamnya untuk bunganya yang

cantik dan banyak, yang biasanya kembang pada

musim luruh. Namanya Chrysanthemum dalam

bahasa Inggeris, berasal daripada dua perkataan

Yunani yang bermakna bunga keemasan. Banyak

bunga satu-satu membentuk setiap kuntum.

Bunga selebar 20 sentimeter boleh dihasilkan

dengan membuang tunasnya dengan cermat.

Kebanyakan kuntum tumbuh bergugus. Bunganya

berbeza-beza warnanya daripada putih atau

kuning hingga kepada samar atau merah.

UMUM 
POKOK DAUN LURUH

Pokok daun luruh ialah nama bagi mana-mana

pokok yang daunnya luruh pada masa tertentu

setiap tahun dan kemudian tumbuh daun baru. Di

kawasan sederhana di utara, kebanyakan pokok

daun luruh gugur daunnya pada musim luruh.

Ranting dan dahan akan tinggal gondol sepanjang

musim sejuk. Pada musim bunga berikutnya,

tumbuh daun baru berwarna hijau pada pokok.

Sebelum daun mati, bahan makanan yang

terkandung dalam daun diserapkan semula kepada

ranting dan dahan. Di situ, ia disimpan dan

digunakan pada musim bunga berikutnya. Pokok

daun luruh biasanya mempunyai daun yang lebar.

Pokok demikian termasuk ash, bic, birch, mapel

dan oak. Pokok larch adalah pokok daun luruh

yang biasa yang mempunyai daun jejarum.

UMUM 
ADONIS

Adonis ialah nama kumpulan tumbuhan yang

tumbuh liar di Eropah dan Asia. Kadangkala ia juga

ditanam di taman. Beberapa jenis Adonis boleh

tumbuh setinggi 30 sentimeter. Bunganya berwarna

kuning atau merah dan mempunyai lima hingga 16

kelopak. Adonis musim luruh, atau bunga mata

kuang, mengeluarkan bunga berkelopak merah

muda.

UMUM 
MUSIM PANAS

Musim panas ialah musim yang paling panas

dalam setahun. Hemisfera Utara, iaitu separuh

bahagian bumi di utara, mengalami musim panas

pada akhir bulan Jun, Julai, Ogos, dan awal

September. Hari-hari bak hari musim panas

kadangkala berlaku pada pertengahan musim luruh.

Di Hemisfera Selatan, musim panas bermula dari

akhir bulan Disember hingga awal bulan Mac.

Untuk tarikh hari pertama musim panas dan

perincian tentang kedudukan bumi dan matahari

Lihat juga Musim.

UMUM 
BULAN MENUAI

Bulan menuai adalah nama yang diberi kepada

bulan penuh yang berlaku paling hampir dengan

ekuinoks musim luruh matahari, iaitu kira-kira

pada 23 September.

UMUM 
RANGKA SEJUK

Rangka sejuk ialah struktur bak kotak yang

dibina di atas tanah untuk melindungi tumbuhan

semasa cuaca sejuk. Pekebun menggunakan

rangka sejuk pada musim bunga untuk melindungi

anak benih lembut yang telah bercambah sebelum

permulaan musim tumbuh. Rangka sejuk juga

melanjutkan musim tumbuh-tumbuhan pada

musim luruh dengan melindunginya daripada fros.

UMUM 
RINITIS ALERGI

Rinitis alergi ialah alahan yang selalu berlaku

pada musim bunga, musim panas dan musim

luruh.

UMUM 
12

Kembali ke atas