Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mus.nah] | موسنه

Definisi : binasa sama sekali, hilang lenyap, rosak: sebanyak dua belas buah rumah telah ~ dijilat api; memusnahkan membinasakan langsung, menghilangkan, melenyapkan, merosakkan: angkatan udara Mac Arthur di Filipina telah dimusnahkan dlm masa tiga hari sahaja; kemusnahan perihal musnah, kebinasaan, kelenyapan: semenjak penduduknya diperin-tahkan berpindah, seluruh Kampung Beringin itu terbiar menghadapi ~; pemusnahan perihal atau perbuatan memus­nahkan, pembinasaan: penggunaan bom atom bererti ~ umat manusia; pemusnah yg memusnahkan (membinasa­kan): benarkah surat layang suatu ejen ~ masyarakat? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mus.nah] | موسنه

Definisi : binasa sama sekali; hilang lenyap; rosak: Rumah-rumah haram itu telah ~ dijilat api. memusnahkan menyebabkan jadi musnah; membinasakan; merosakkan: Bom atom telah ~ bandar Hiroshima dan Nagasaki. kemusnahan keadaan atau hal musnah; kebinasaan. pemusnahan perbuatan atau hal memusnahkan; pembinasaan. pemusnah yg memusnahkan: usaha utk menghapuskan ~ masyarakat dan bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musnah (adjektif)
Bersinonim dengan binasa, ranap, punah, hancur, hancai, remuk, jahanam, rosak, lingkup, tengkarap, hapus, sirna;,
Kata Terbitan : memusnahkan, kemusnahan, pemusnahan, pemusnah,

Peribahasa

Langit runtuh,
     bumi telah terban.

Bermaksud :

Segala harapan sudah musnah. (Peribahasa lain yang sama makna: Langit runtuh, bumi cair). terban = runtuh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kami bergotong-royong membina rumah Pak Ramli semula yang musnah dilanda ribut. Ayat pasifnya bagaimana?Kami bergotong-royong membina semula rumah Pak Ramli yang musnah dilanda ribut.
Rumah Pak Ramli yang musnah dilanda ribut kami bina semula bergotong-royong.
Tatabahasa17.11.2016
Bina ayat berikut "PUPUS" adalah betul atau salah, sila membalas. Terima Kasih. "Harta bendanya telah PUPUS dalam kebakaran"Perkataan yang sesuai bagi ayat tersebut ialah musnah walaupun pupus bermaksud musnah. Namun sinonim membawa peringkat untuk penggunaan perkataan dalam ayat.Tatabahasa22.08.2008
beberapa buah bangunan di kawasan itu_______akibat daripada gempa bumi. A ranap B musnah C tumbang D hancur) tuan, jawaban ialah B, tetapi pada pandangan saya, A juga betul. Tuan, bagaimana dengan pendapat tuan tentang soalan ini. TQMengikut Kamus Dewan, 'ranap' bermakna 1. berada dlm keadaan (hampir) rata dgn tanah (kerana roboh, tumbang, dll): Diberi contoh ranap akibat gempa bumi.  'Musnah' pula bermaksud ' binasa atau rosak semuanya'.  Pada pendapat kami, kedua-dua perkataan iaitu 'ranap' dan 'musnah' adalah betul. Namun jika ditunjukkan dengan jelas gambar bangunan yang 'ranap' atau 'musnah' anda boleh memilih jawapan yang terbaik.Makna22.08.2011
Sepuluh ___________ rumah kedai di Shah Alam musnah akibat gempa bumi awal pagi tadi. Lengkapkan ayat yang berikut dengan jawapan yang paling sesuai. A) baris B)keping C)pintu D)biji Apakah jawapan betul untuk soalan ini? Bolehkah tuan/puan menjelaskan jawapan dan soalan ini? Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 323, “buah” merupakan penjodoh bilangan untuk benda yang bermacam-macam bentuk dan jenisnya. Penjodoh bilangan yang betul untuk "rumah" ialah “buah”. Oleh yang demikian, ayat yang betul ialah “Sepuluh buah rumah kedai di Shah Alam musnah akibat gempa bumi awal pagi tadi.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 106 – 107.

Tatabahasa25.01.2024
Habis barang-barang di pasar raya itu musnah dalam kecurian malam tadi. Apakah kesalahan yg terdapat dlm ayat ini ??Ayat yang betul ialah "Barang-barang di pasar raya itu habis dicuri pada malam tadi."Tatabahasa16.07.2013
Sesetengah harta benda yang dikumpulnya selama ini musnah dalam kebakaran itu. (Adakah sesetengah boleh digunakan untuk benda?) Kalau tidak, tolong betulkan ayat di atas. Ada guru bahasa Malaysia di sekolah saya mengatakan bahawa sesetengah boleh digunakan untuk manusia. Setelah saya rujuk Kamus Dewan, ayat dalam Kamus Dewan menunjukkan sesetengah digunakan untuk manusia. Ayat di atas merupakan soalan ujian pertengahan tahun bahasa Malaysia. Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, sesetengah bermaksud beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, setengah-setengah. Oleh itu, sesetengah boleh digunakan untuk benda dan manusia. Sesetengah dalam konteks ayat yang diberikan bermaksud "sebahagian daripada".Tatabahasa15.05.2012
tuan, Mangsa taufan Katrina itu dijumpai di bawah runtuhan bangunan yang musnah itu dalam keadaan yang____. A menakutkan B mengerikan C menyeramkan D menyeriaukan apakah jawaban yang sesuai. menurut buku rujukan, jawaban ialah B, tetapi saya masih kekeliruan, tqPada pandangan kami, jawapan yang paling tepat dalam konteks ayat yang diberikan ialah B. mengerikan.Tatabahasa22.01.2012
ayat pertama : Namun pengetahuan sains harus digunakan untuk kebaikan / pembaikan dan bukan untuk kemusnahan / pemusnahan. imbuhan mana yang sesuai untuk perkataan baik dan musnah dalam ayat di atas. terima kasihAyat dan penggunaan imbuhan yang tepat ialah "Namun pengetahuan sains harus digunakan untuk tujuan kebaikan dan bukan untuk kemusnahan".Tatabahasa13.08.2015
Salam, 1. Bunyi yang (kuat) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. 2. Bunyi yang (bising) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. Soalan : Adakah (kuat) dan (bising) betul digunakan dalam ayat no.1 dan ayat no.2 ? 3. (Pokok-pokok) di kampung itu musnah kerana dipukul ribut kencang. Soalan : Adakah (pokok-pokok) betul/boleh digunakan dalam ayat no.3 ? 4. Maksud (tanda mata) ialah (a) hadiah (b) pemberian percuma atau ada jawapan lain yang lebih sesuai ? Sekian, terima kasih.1. Perkataan bising yang sesuai untuk ayat tersebut.
2. Pokok tidak sesuai digunakan untuk ayat tersebut, sebaliknya rumah atau bangunan lebih sesuai.
3. Tanda mata ialah hadiah untuk kenangan atau barang pemberian untuk peringatan.
Tatabahasa05.03.2012
Berdasarkan teks novel tingkatan 2, Erti Sebuah Pengorbanan, m/s: 114. Beliau terpana melihat sikap terpuji yang ditunjukkan oleh Iman. perkataan "terpana" membawa maksud apa? Sekian, terima kasih.Dalam Kamus Dewan, tidak ada perkataan pana, yang ada ialah fana, bermaksud tidak kekal atau musnah. Namun, jika merujuk contoh penggunaan terpana dalam ayat tersebut, maksud yang paling sesuai ialah kagum atau terpesona.Makna11.01.2012
123

Kembali ke atas