Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mus.nah] | موسنه

Definisi : binasa sama sekali, hilang lenyap, rosak: sebanyak dua belas buah rumah telah ~ dijilat api; memusnahkan membinasakan langsung, menghilangkan, melenyapkan, merosakkan: angkatan udara Mac Arthur di Filipina telah dimusnahkan dlm masa tiga hari sahaja; kemusnahan perihal musnah, kebinasaan, kelenyapan: semenjak penduduknya diperin-tahkan berpindah, seluruh Kampung Beringin itu terbiar menghadapi ~; pemusnahan perihal atau perbuatan memus­nahkan, pembinasaan: penggunaan bom atom bererti ~ umat manusia; pemusnah yg memusnahkan (membinasa­kan): benarkah surat layang suatu ejen ~ masyarakat? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mus.nah] | موسنه

Definisi : binasa sama sekali; hilang lenyap; rosak: Rumah-rumah haram itu telah ~ dijilat api. memusnahkan menyebabkan jadi musnah; membinasakan; merosakkan: Bom atom telah ~ bandar Hiroshima dan Nagasaki. kemusnahan keadaan atau hal musnah; kebinasaan. pemusnahan perbuatan atau hal memusnahkan; pembinasaan. pemusnah yg memusnahkan: usaha utk menghapuskan ~ masyarakat dan bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musnah (adjektif)
Bersinonim dengan binasa, ranap, punah, hancur, hancai, remuk, jahanam, rosak, lingkup, tengkarap, hapus, sirna;,
Kata Terbitan : memusnahkan, kemusnahan, pemusnahan, pemusnah,

Peribahasa

Langit runtuh,
     bumi telah terban.

Bermaksud :

Segala harapan sudah musnah. (Peribahasa lain yang sama makna: Langit runtuh, bumi cair). terban = runtuh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
destructive testuji musnahujian musnahujian musnahKejuruteraan
non-destruction testujian tanpa musnahujian tanpa musnahujian tanpa musnahKejuruteraan Kapal Terbang
hot antigen suicidemusnah diri antigen panasmusnah diri antigen panasmusnah diri antigen panasVeterinar
destruction testinguji rusakuji musnahuji musnahKejuruteraan Kapal Terbang
devastated arealahan kosongkawasan musnahkawasan musnahPerhutanan
killer-T cellT-sel pemusnahT-sel musnahT-sel musnahVeterinar
destruction fishing methodmetode penangkapan destruktifkaedah penangkapan musnahkaedah penangkapan musnahPerikanan
mislaid,lost or destroyedsalah letak; hilang; atau musnahTiadasalah letak, hilang atau musnahUndang-undang
perishable goodsbarang lekas rusahTiadabarang lekas musnahEkonomi

Kembali ke atas