Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mus.ta.ha/] | مستحق

Definisi : penting, pantas, patut, perlu: se-gala pancaindera yg disebut ini sangatlah ~ dijaga supaya tidak cacat cedera; maka ~lah mereka itu diberi bantuan drpd pungutan zakat; memustahakkan memerlukan, mementing­kan, menghendaki: dlm air susu terdapat zat yg sangat dimustahakkan oleh bayi; kemustahakan perihal mustahak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mus.ta.ha/] | مستحق

Definisi : penting; perlu: Lakukanlah perkara yg ~ dahulu. memustahakkan menganggap mustahak; memerlukan; mementingkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mustahak (adjektif)
Bersinonim dengan penting, perlu, sangat berguna, sangat berharga, segera, besar, berat, serius, utama, pokok, primer;,
Kata Terbitan : memustahakkan, kemustahakan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PSIKOLOGI GESTALT

Psikologi Gestalt merupakan satu aliran

psikologi yang menekankan kajian tentang

pengalaman sebagai suatu kesatuan yang

menyeluruh. Ahli psikologi Gestalt percaya bahawa

pola , atau bentuk merupakan bahagian pengalaman

yang paling mustahak. Menurut mereka,

keseluruhan pola memberi makna kepada setiap

unsur pengalaman. Dengan kata lain, keseluruhan

pola adalah lebih penting daripada jumlah

bahagian-bahagiannya . Gestalt berasal daripada

bahasa Jerman yang bermaksud pola, bentuk atau

susuk .

UMUM 
PERJANJIAN GHENT

Perjanjian Ghent menamatkan peperangan

antara United Kingdom (UK) dengan Amerika

Syarikat pada tahun 1812. Kedua-dua buah negara

tersebut menandatangani perjanjian ini di Ghent,

Belgium pada 24 Disember 1814 dan

mengesahkannya pada 17 Februari 1815. Perunding

dari Amerika ialah John Quincy Adams, James A.

Bayard, Henry Clay, Jonathan Russell dan Albert

Gallatin . Wakil United Kingdom terdiri daripada Sir

James Gambier, Henry Goulburn dan William

Adams . Walau bagaimanapun, perjanjian tersebut

tidak dapat menyelesaikan pertikaian yang

mencetuskan peperangan. Perjanjian itu hanya

dapat mengembalikan semula suasana aman.

Perjanjian itu tidak pun menyebut bahawa pelaut

Amerika dipaksa berkhidmat dalam kapal United

Kingdom. Perkara ini tidak dimasukkan kerana tidak

begitu mustahak. Tiada sebab bagi orang Inggeris

untuk melaksanakan perkara ini selepas kekalahan

Napoleon pada tahun 1815.

UMUM 

Kembali ke atas