Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.suh] | موسوه

Definisi : 1. orang yg ditentang (dlm pepe­rangan, perkelahian, pertandingan, dll), lawan, seteru: tiada begitu banyak ~nya dan tiada sesiapa membenci dia; 2. sesuatu yg meng­ancam (kesihatan, jiwa, dll), sesuatu yg me­rosakkan: penyakit tibi ini ialah ~ yg besar sekali kpd manusia; 3. ki bandingan, imbang­an, tandingan; tidak ada ~nya tidak ada ban­dingan atau tandingannya; ~ ketat musuh yg paling besar (kpd); ~-masah berbagai-bagai musuh; ~ tradisi lawan (dlm pertandingan dsb) sejak dahulu hingga masa kini; ~ tumbuhan segala yg merosakkan tum­buhan (spt serangga dll); ~ dlm selimut prb musuh yg sangat dekat atau yg ada dlm lingkungan sendiri; ~ jangan dicari-cari, bersua jangan dielakkan prb musuh janganlah dicari-cari tetapi jika datang sendiri jangan pula takut; bermusuh, bermusuhan bersikap sbg musuh (antara satu sama lain), berlawanan, berten­tangan: memang nafsu itu sentiasa ~ dgn akal fikiran; dgn tiba-tiba sahaja kami ~ dgn me-reka; memusuhi menganggap musuh, melawan, membenci, menentang: kami tidak ~ sesiapa; musuh-memusuhi saling memusuhi: apabila kasih telah terjalin, hilanglah rasa ~ antara satu sama lain; permusuhan perihal bermusuh, perseteruan: dia bertindak demikian kerana sikap dan rasa ~nya terhadap segala keadaan sekeliling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.suh] | موسوه

Definisi : ; ~ lebah sj burung, Indicator archi-pelagus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.suh] | موسوه

Definisi : 1 orang yg ditentang (dlm peperangan, perkelahian dll); lawan; seteru: Mereka mempelajari cara-cara mempertahankan diri drpd serangan ~. 2 sesuatu yg mengancam kesihatan, jiwa dll; sesuatu yg merosakkan: ~ yg sering merosakkan padi ialah tikus. ~ ketat musuh yg paling besar. ~-masah berbagai-bagai musuh. ~ dlm selimut musuh yg sangat dekat dan ada dlm lingkungan sendiri. bermusuh bersikap sbg musuh antara satu dgn yg lain; bertentangan: Dua orang adik-beradik itu selalu saja ~. bermusuhan saling menganggap sbg musuh antara satu dgn yg lain: Sejak dahulu lagi, mereka ~. memusuhi menganggap seseorang atau sesuatu sbg musuh; menentang: Kami tidak ~ sesiapa. permusuhan perihal bermusuh; perseteruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musuh (kata nama)
Bersinonim dengan seteru, lawan, penentang, pembangkang, pembantah, pesaing, pemberontak, petualang, antagonis, udu;,
Kata Terbitan : bermusuh, bermusuhan, memusuhi, permusuhan,

Puisi
 

Tajam senjata musuh pun undur,
     Mengertak masuk seperti kuda;
Pejamkan mata tak mahu tidur,
     Rupanya tuan datang menggoda.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Musuh dalam selimut.

Bermaksud :

Musuh yang tiada diketahui, yang sangat dekat atau yang ada dalam lingkungan sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
scalpthe tribes cut the ~s of their enemies, puak-puak itu menyiat kulit kepala musuh-musuh mereka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
assassinatevt 1. murder (esp political or religious leader) membunuh; 2. destroy, harm reputation, etc, merosakkan: an attempt by his political enemies to ~ his reputation, satu percubaan musuh-musuh politiknya utk merosakkan nama baiknya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
enemyn 1. a. foe, musuh, seteru: he is arrogant and has many enemies, dia angkuh dan mempunyai ramai musuh; be enemies, bermusuhan, berseteru: they have been enemies for years,> sudah bertahun-tahun mereka bermusuhan; be o’s own worst ~, (menjadi) musuh diri sso sendiri; b. opponent, penentang: he is regarded as an ~ of democracy, dia dianggap sbg penentang demokrasi; 2. hostile nation or its army, pihak musuh; (attrib) musuh: the ~ has advanced 20 kilometres into our country, pihak musuh telah mara 20 kilometer ke dlm negara kita; ~ aircraft, kapal terbang musuh; 3. st that harms or weakens, musuh: fear was their chief ~, rasa takut ialah musuh utama mereka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hostileadj 1. enemy, musuh: ~ troops, tentera musuh; ~ country, negara musuh; 2. characteristic of an enemy, bermusuhan; (of person, crowd) bersikap bermusuhan: ~ attitude, sikap bermusuhan; ~ look, pandangan bermusuhan; 3. (of animal) garang: the animal suddenly became ~, binatang itu tiba-tiba menjadi garang; 4. indic opposition, menentang: ~ reaction, reaksi menentang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
snake n ular; ~ in the grass, musuh dlm selimut: the friend he had trusted was nothing but a ~ in the grass, sahabat yg dipercayainya tdk lain drpd musuh dlm selimutKamus Inggeris-Melayu Dewan
relief3. the raising of a siege, pembebasan [sst] drpd tawanan (musuh): he had taken part in the ~ of Lucknow, dia terlibat dlm pembebasan Lucknow drpd tawanan musuh; 4. st that diversifies monotony, kontras: a blank wall without ~, dinding kosong tanpa kontras; 5. st that relaxes tension, selingan: a comic ~, selingan lucu; 6. release from duty, penggantian; 7. person detailed for this purpose,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mole2n 1. small, furry, burrowing animal, mole; 2. (colloq) spy, musuh dlm selimut: the ~ was eventually exposed, akhirnya musuh dlm selimut itu dapat dikesan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
public enemyn musuh awam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fifth columnn musuh dlm selimut; (group of Falangist sympathisers) sayap kelima.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tilt~ at windmills, menyerang musuh khayalan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas