Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.suh] | موسوه

Definisi : 1. orang yg ditentang (dlm pepe­rangan, perkelahian, pertandingan, dll), lawan, seteru: tiada begitu banyak ~nya dan tiada sesiapa membenci dia; 2. sesuatu yg meng­ancam (kesihatan, jiwa, dll), sesuatu yg me­rosakkan: penyakit tibi ini ialah ~ yg besar sekali kpd manusia; 3. ki bandingan, imbang­an, tandingan; tidak ada ~nya tidak ada ban­dingan atau tandingannya; ~ ketat musuh yg paling besar (kpd); ~-masah berbagai-bagai musuh; ~ tradisi lawan (dlm pertandingan dsb) sejak dahulu hingga masa kini; ~ tumbuhan segala yg merosakkan tum­buhan (spt serangga dll); ~ dlm selimut prb musuh yg sangat dekat atau yg ada dlm lingkungan sendiri; ~ jangan dicari-cari, bersua jangan dielakkan prb musuh janganlah dicari-cari tetapi jika datang sendiri jangan pula takut; bermusuh, bermusuhan bersikap sbg musuh (antara satu sama lain), berlawanan, berten­tangan: memang nafsu itu sentiasa ~ dgn akal fikiran; dgn tiba-tiba sahaja kami ~ dgn me-reka; memusuhi menganggap musuh, melawan, membenci, menentang: kami tidak ~ sesiapa; musuh-memusuhi saling memusuhi: apabila kasih telah terjalin, hilanglah rasa ~ antara satu sama lain; permusuhan perihal bermusuh, perseteruan: dia bertindak demikian kerana sikap dan rasa ~nya terhadap segala keadaan sekeliling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.suh] | موسوه

Definisi : ; ~ lebah sj burung, Indicator archi-pelagus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.suh] | موسوه

Definisi : 1 orang yg ditentang (dlm peperangan, perkelahian dll); lawan; seteru: Mereka mempelajari cara-cara mempertahankan diri drpd serangan ~. 2 sesuatu yg mengancam kesihatan, jiwa dll; sesuatu yg merosakkan: ~ yg sering merosakkan padi ialah tikus. ~ ketat musuh yg paling besar. ~-masah berbagai-bagai musuh. ~ dlm selimut musuh yg sangat dekat dan ada dlm lingkungan sendiri. bermusuh bersikap sbg musuh antara satu dgn yg lain; bertentangan: Dua orang adik-beradik itu selalu saja ~. bermusuhan saling menganggap sbg musuh antara satu dgn yg lain: Sejak dahulu lagi, mereka ~. memusuhi menganggap seseorang atau sesuatu sbg musuh; menentang: Kami tidak ~ sesiapa. permusuhan perihal bermusuh; perseteruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musuh (kata nama)
Bersinonim dengan seteru, lawan, penentang, pembangkang, pembantah, pesaing, pemberontak, petualang, antagonis, udu;,
Kata Terbitan : bermusuh, bermusuhan, memusuhi, permusuhan,

Puisi
 

Tajam senjata musuh pun undur,
     Mengertak masuk seperti kuda;
Pejamkan mata tak mahu tidur,
     Rupanya tuan datang menggoda.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Musuh dalam selimut.

Bermaksud :

Musuh yang tiada diketahui, yang sangat dekat atau yang ada dalam lingkungan sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
... Allah yang menghilangkan rasa takut di dalam dada para pejuang Islam dalam menghadapi musuh-musuh kaum Muslimin. di dalam dada / dalam dada Yang mana lebih sesuai dan tepatAyat yang lebih tepat ialah: Allah yang menghilangkan rasa takut dalam dada para pejuang Islam dalam menghadapi musuh-musuh kaum Muslimin.Tatabahasa12.11.2014
Pengedaran surat layang itu dilakukan oleh musuh-musuh politik. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TQAyat itu betul.Tatabahasa24.03.2012
Yang manakah betul dalam ayat di bawah, menghindari atau menghindarkan? 1) Bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindari musuh daripada mendekatinya. 2) Bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindarkan musuh daripada mendekatinya.

Mengikut Kamus Dewan Perdana, muka surat 774, maksud "menghindari" ialah menjauhkan dari sesuatu atau seseorang. Contoh ayat: Pegawai yang terlibat dalam kes rasuah tersebut hingga kini terus menghindari wartawan. Manakala maksud "menghindarkan" ialah menjauhkan diri seseorang daripada sesuatu atau seseorang. Contoh ayat: Ahli Dewan Negeri hendaklah sentiasa menghindarkan diri daripada menggunakan kedudukannya bagi faedah peribadi.

 

Cadangan ayat yang betul ialah Bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindari musuh daripada mendekatinya. 

 

Tatabahasa15.08.2023
Perbezaan antara seperti gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan musuh dalam selimutGunting dalam lipatan bermaksud membinasakan sahabat (bangsa,dll) sendiri; Api dalam sekam bermaksud perbuatan jahat yang tersembunyi; musuh dalam selimut bermaksud nusuh yang sangat dekat.Makna09.05.2008
" Berapa pun musuh yang datang, semuanya akan hamba tentang," kata Tun Telanai kepada Bendahara Ali yang berdiri di hadapannya. apakah kesalahan tatabahasa di atas dan apakah yang sepatut digunakan?Berapa pun bermaksud bagaimanapun, betapa pun. Kata berapa pun perlu ditambah dan menjadi "berapa ramai pun musuh yang datang, semuanya akan hamba tentang" untuk melengkapkan ayat.Tatabahasa18.07.2008
Sebagai rakyat Malaysia kita harus (mempertahankan / mempertahan ) negara dari ancaman musuh. p/s : ini kerana perkataan "tahan" boleh membawa maksud kata kerja dan kata adjektif. jadi mana lebih tepat dan tolong huraikan sebabnya. terima kasih atas keprihatinan.Sebagai rakyat Malaysia kita harus mempertahankan negara dari ancaman musuh. Mempertahankan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek selepasnya, iaitu negara bagi melengkapkan ayat tersebut.Tatabahasa18.07.2012
Selamat sejahtera, Raja Muazam mangkat ketika baginda dan angkatan tenteranya/baginda (-nya/baginda) diserang hendap oleh musuh. Yang mana satu betul Terima kasih.

Kedua-duanya betul.

Raja Muazam mangkat ketika baginda dan angkatan tenteranya diserang hendap oleh musuh.

dan

Raja Muazam mangkat ketika baginda dan angkatan tentera baginda diserang hendap oleh musuh.

Tatabahasa18.12.2023
Salam sejahtera, 1) Tugas angkatan tentera "ialah" menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman musuh negara. 2) Panjang sari ini "adalah" kira-kira enam meter. Pertanyaan: Adakah penggunaan "ialah" dan "adalah" dalam ayat-ayat di atas betul? Kalau tidak, sila cadangkan ayat yang gramatis. Terima Kasih.Salam sejahtera,

Ayat gramatis bagi kedua-dua ayat tersebut:

1. Tugas angkatan tentera adalah untuk menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman musuh.
2. Panjang sari ini kira-kira enam meter.
Tatabahasa19.04.2016
Sila perhatikan ayat di bawah: Pemberontakan yang dihasut oleh pihak musuh itu telah berjaya diberhentikan oleh pasukan keselamatan negara. Adakah penggunaan 'dihasut' betul dalam ayat ini? Jika tidak, sila betulkan ayat di atas. Terima Kasih.
Perkataan “dihasut” boleh digunakan dalam ayat tersebut.
Tatabahasa29.04.2019
makna seteru

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, seteru bermaksud musuh atau lawan (orang perseorangan): Contoh: drpd banyak seteru, baik banyak sahabat;

Lain-lain04.05.2010
12345

Kembali ke atas