Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.suh] | موسوه

Definisi : 1. orang yg ditentang (dlm pepe­rangan, perkelahian, pertandingan, dll), lawan, seteru: tiada begitu banyak ~nya dan tiada sesiapa membenci dia; 2. sesuatu yg meng­ancam (kesihatan, jiwa, dll), sesuatu yg me­rosakkan: penyakit tibi ini ialah ~ yg besar sekali kpd manusia; 3. ki bandingan, imbang­an, tandingan; tidak ada ~nya tidak ada ban­dingan atau tandingannya; ~ ketat musuh yg paling besar (kpd); ~-masah berbagai-bagai musuh; ~ tradisi lawan (dlm pertandingan dsb) sejak dahulu hingga masa kini; ~ tumbuhan segala yg merosakkan tum­buhan (spt serangga dll); ~ dlm selimut prb musuh yg sangat dekat atau yg ada dlm lingkungan sendiri; ~ jangan dicari-cari, bersua jangan dielakkan prb musuh janganlah dicari-cari tetapi jika datang sendiri jangan pula takut; bermusuh, bermusuhan bersikap sbg musuh (antara satu sama lain), berlawanan, berten­tangan: memang nafsu itu sentiasa ~ dgn akal fikiran; dgn tiba-tiba sahaja kami ~ dgn me-reka; memusuhi menganggap musuh, melawan, membenci, menentang: kami tidak ~ sesiapa; musuh-memusuhi saling memusuhi: apabila kasih telah terjalin, hilanglah rasa ~ antara satu sama lain; permusuhan perihal bermusuh, perseteruan: dia bertindak demikian kerana sikap dan rasa ~nya terhadap segala keadaan sekeliling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.suh] | موسوه

Definisi : ; ~ lebah sj burung, Indicator archi-pelagus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.suh] | موسوه

Definisi : 1 orang yg ditentang (dlm peperangan, perkelahian dll); lawan; seteru: Mereka mempelajari cara-cara mempertahankan diri drpd serangan ~. 2 sesuatu yg mengancam kesihatan, jiwa dll; sesuatu yg merosakkan: ~ yg sering merosakkan padi ialah tikus. ~ ketat musuh yg paling besar. ~-masah berbagai-bagai musuh. ~ dlm selimut musuh yg sangat dekat dan ada dlm lingkungan sendiri. bermusuh bersikap sbg musuh antara satu dgn yg lain; bertentangan: Dua orang adik-beradik itu selalu saja ~. bermusuhan saling menganggap sbg musuh antara satu dgn yg lain: Sejak dahulu lagi, mereka ~. memusuhi menganggap seseorang atau sesuatu sbg musuh; menentang: Kami tidak ~ sesiapa. permusuhan perihal bermusuh; perseteruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musuh (kata nama)
Bersinonim dengan seteru, lawan, penentang, pembangkang, pembantah, pesaing, pemberontak, petualang, antagonis, udu;,
Kata Terbitan : bermusuh, bermusuhan, memusuhi, permusuhan,

Puisi
 

Tajam senjata musuh pun undur,
     Mengertak masuk seperti kuda;
Pejamkan mata tak mahu tidur,
     Rupanya tuan datang menggoda.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Musuh dalam selimut.

Bermaksud :

Musuh yang tiada diketahui, yang sangat dekat atau yang ada dalam lingkungan sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Musuh-musuh dalam rancangan FeldaHantu rayaUtusan Melayu02.07.1979
Musuh-musuh MalaysiaPak Pandir ModenUtusan Malaysia13.11.1980
Musuh Rakyat boleh jadi musuh penonton?Mokhtar Haji AliasBerita Harian06.10.1984
MusuhPena MutiaraSiasah19.01.2007
MusuhLadin NuawiBerita Minggu (Sastera dan Budaya)28.01.2001
Musuh di Kenalpasti marah pun malipTiadaUtusan Zaman22.12.1985
Musuh Dalam DiriJawi SuhailiUtusan Borneo14.07.1995
Musuh Rakyat dipentaskan lagiTiadaUtusan Malaysia20.09.1984
Musuh Di Balik SelimutS. M. SalimUtusan Melayu13.03.1998
Musuh utama negara dadah: Dewan Masyarakat dan Dewan Sastera keluaranMac 1983TiadaBerita Minggu20.03.1983
12345

Kembali ke atas