Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
musuh (kata nama)
Bersinonim dengan seteru, lawan, penentang, pembangkang, pembantah, pesaing, pemberontak, petualang, antagonis, udu;,
Kata Terbitan : bermusuh, bermusuhan, memusuhi, permusuhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reconnaisancepeninjauan; tinjauanSejarahTiada1. Perbuatan meninjau atau mengintip pihak musuh untuk mengetahui kekuatan, kedudukan dan lain-lain sebagai taktik peperangan.
jammingtidihan; tindasan;penyesakanKejuruteraanTiada1. Penghantaran isyarat radio secara sengaja untuk mengganggu penerimaan isyarat-isyarat daripada stesen lain,2. Penggangguan isyarat radio atau radar musuh dengan tujuan mengelirukan atau menipu operator.
blockadesekatanUndang-undangTiada1. Apa sahaja yang menghalang akses atau kemaraan.,2. Tindakan ketenteraan yang melibatkan pengepungan atau pengasingan sesebuah negara atau tempat dengan menghalang segala hubungan dengan dunia luar untuk melemahkan musuh.
pincerspenyepitBiologiEntomologi1. Rahang bak penyepit yang terdapat pada kebanyakan serangga pemangsa. 2. Klasper atau gonopod yang terdapat di hujung posterior abdomen beberapa spesies serangga dan dapat ditemukan pada kedua-dua jantina, tetapi lebih kerap pada serangga jantan. Struktur ini digunakan untuk menyerang musuh, mempertahankan diri, atau memegang serangga betina semasa mengawan.
attackseranganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan keganasan terhadap musuh. Istilah �serangan� dalam undang-undang antarabangsa digunakan dalam dua badan undang-undang yang berbeza iaitu, jus ad bellum dan jus in bello dengan tujuan dan maksud yang berbeza. Pertama, istilah �serangan bersenjata� muncul dalam jus ad bellum, yang menentukan bilakah negara boleh mengambil jalan untuk menggunakan kekerasan sebagai dasar negara tersebut. Dalam konteks itu, �serangan� berfungsi sebagai satu prasyarat kepada kebenaran untuk menggunakan kekerasan dalam mempertahankan diri menurut Perkara 51 Piagam PBB dan undang-undang adat antarabangsa. Kedua, dalam jus in bello �serangan� merujuk kepada jenis tertentu operasi ketenteraan yang menetapkan pelbagai larangan dan sekatan dikenakan. Aspek jus in bello atau undang-undang kemanusiaan antarabangsa, menetapkan kaedah undangundang tentang bagaimana operasi boleh dijalankan semasa berlakunya konflik bersenjata. Takrifan serangan terkandung dalam Perkara 49(1) Protokol Tambahan I, 1977 bagi Konvensyen Geneva 1949.
anti-ballistic missilepeluru berpandu antibalistikSains PolitikHubungan AntarabangsaSistem pemintas peluru berpandu balistik antara benua (ICBM). Peluru berpandu antibalistik yang mempunyai radar ini merupakan rangkaian pertahanan untuk melindungi kawasan sasaran sesebuah negara daripada serangan peluru berpandu musuh. Walau bagaimanapun, sistem pertahanan ini masih terdedah kepada beberapa langkah balas pihak lawan khususnya melalui tindakan serangan terlebih dahulu terhadap pihak musuh. Kelemahan yang terdapat dalam sistem pertahanan peluru berpandu antibalistik ini membawa kepada termeterainya perjanjian peluru berpandu antibalistik pada tahun 1972. Pembangunan teknologi pertahanan yang berasaskan ruang udara sekitar 1980-an telah berkembang dengan berupaya memusnahkan peluru berpandu di ruang udara sebelum memasuki atmosfera bumi. Contoh penggunaan peluru berpandu antibalistik adalah semasa Perang Dunia Kedua, iaitu Amerika Syarikat dan British melancarkan tindakan memintas peluru berpandu antibalistik V-1 milik Jerman.

Kembali ke atas