Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mutakhir;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan mutakhir dalam ayat berikut tepat. Mutakhir, budaya merokok semakin berleluasa dalam kalangan remaja. mutakhir = akhir-akhir ini.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, mutakhir ditakrifkan sebagai terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, kemas kini: membicarakan puisi Malaysia ~; A.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera ~ di dunia; kajian yg dilakukan pd tahun-tahun ~ ini.
Daripada takrifan tersebut, penggunaan perkataan mutakhir dalam ayat boleh digunakan.
Makna23.04.2014
Mutakhir ini, gejala-gejala sosial.... atau Mutakhir, gejala-gejala sosial.... Mana satu penggunaan perkataan mutakhir yang betul? Terima kasihPenggunaan yang betul ialah “Mutakhir, gejala-gejala sosial... ”.Tatabahasa18.06.2022
Mutakhir ini kerap ditemui pada poster-poster hebahan mengenai penggunaan perkataan "peluncuran" bagi maksud pelancaran (launching) buku, garis panduan, portal dan sebagainya. Adakah penggunaan perkataan peluncuran dalam konteks ini gramatis dan telah diterima pakai? Sekian, terima kasihPenggunaan perkataan yang betul ialah pelancaran, bukan peluncuran. Peluncuran bermaksud perihal (perbuatan dan sebagainya) meluncur, meluncuri atau meluncurkan. Selain itu, ia juga membawa maksud tempat utk meluncur. Untuk keterangan lebih lanjut, saudara boleh rujuk di laman web http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=peluncuran&d=175768&#LIHATSINI
Lain-lain28.12.2020
Mutakhir ini, liberalisasi semacam menjadi penyelesaian mudah dan mantra terbaru buat pemimpin. Apa makna perkataan mantra.Dalam istilah puisi mantra sama dengan mantera iaitu kata atau ayat yang apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib.Makna25.10.2009
pada zaman mutakhir ini betul ke? atau muktahir ini? atau muktahir ? Penggunaan 'marcapada ini' betul ke? atau cuma letak 'Marcapada' je?

Encik Yu,

Maksud mutakhir ialah terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, kemas kini: membicarakan puisi Malaysia ~; A.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera ~ di dunia; kajian yg dilakukan pd tahun-tahun ~ ini. Oleh itu frasa yang betul  ialah 'pada zaman mutakhir ini' atau ' mutakhir ini'.

Makna 'marcapada' ialah  dunia sekarang ini: orang Muk-min yg tidak terpengaruh dgn ~ yg penuh dgn tipu daya. Oleh itu, perkataan 'marcapada' sudah memadai. 

Tatabahasa18.05.2010
Tuan, Penggunaan "mutakhir ini" dalam ayat di bawah adalah betul atau salah? 1. Mutakhir ini, masalah kesesakan jalan raya semakin serius. Terima kasihBetul tuan.Tatabahasa22.02.2017
Tuan, Adakah ayat di bawah betul atau salah? 1. Kebelakangan ini, kemalangan jalan raya semakin serius. 2. Belakangan ini, kemalangan jalan raya semakin serius. 3. Mutakhir, kemalangan jalan raya semakin serius. 4. Mutakhir ini, kemalangan jalan raya semakin serius. Terima kasih.Ayat pertama, kedua dan keempat adalah betul.Tatabahasa19.06.2017
Mengapakah alomorf meny- dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan? Dalam Nahu Melayu Mutakhir pula menyenaraikan 6 alomorf termasuk menge- dan meny-.Khidmat Nasihat Bahasa tidak mempunyai maklumat tentang mengapakah alomorf meny- dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan. Hal ini perlu dirujuk kepada penyusun Tatabahasa Dewan terlebih dahulu. Apabila merujuk buku Tatabahasa Dewan alomorf meny- wujud di bawah alomorf me-, iaitu bagi kata dasar yang bermula dengan huruf s. Manakala alomorf menge- wujud di bawah alomorf meng-, iaitu bagi perkataan yang mempunyai eka suku kata. Berkemungkinana dalam hal ini penyusun buku Tatabahasa Dewan tidak sependapat dengan penulis buku Nahu Mutakhir.Tatabahasa14.10.2012
brehing newscadangan - berita tergempar/ berita mutakhirIstilah15.11.2008
Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai buku Nahu Melayu Mutakhir yang ditulis oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar. Adakah buku ini ada jual oleh mana-mana cawangan DBP?

Untuk memastikan hal tersebut, sila hubungi DBP Cawangan yang berhampiran di kawasan saudara melalui talian 04-5377 241/242.

Lain-lain28.10.2011
1234567

Kembali ke atas