Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.ta.si] | موتاسي

Definisi : 1. (Bio) perubahan pd bahan genetik sesuatu organisma (tumbuhan, haiwan, dsb) yg mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tersebut; 2. (Lin) pengubahsuaian bunyi dlm satu kata yg dipengaruhi oleh bunyi-bunyi yg berhampiran; 3. IB perubahan atau pergantian pegawai (kakitangan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.ta.si] | موتاسي

Definisi : ist perubahan pd bahan genetik sesuatu organisma (tumbuhan, haiwan dsb) yg mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mutasi


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
mutasi kromosomchromosome mutationPerubahan kepada struktur atau bilangan kromosom. Sebahagian atau keseluruhan set kromosom berubah struktur secara penggandaan, pelenyapan, penyongsangan atau translokasi.Menengah Atas
mutasi gengene mutationPerubahan yang berlaku kepada urutan nukleotida dalam DNA yang mengubah kod-kod genetik.Menengah Atas
mutasimutationPerubahan bilangan atau struktur bahan genetik yang berlaku secara spontan dan rawak.Menengah Atas
mutanmutantIndividu yang mengalami mutasi.Menengah Atas
mutagenmutagenAgen yang menyebabkan mutasi pada sesuatu organisma.Menengah Atas
sindrom DownDown syndromeSindrom pada manusia, iaitu kecacatan sejak lahir yang berpunca daripada mutasi kromosom, iaitu kromosom yang terlebih satu pada kromosom ke-21. Ia mengakibatkan kemerosotan intelektual dan ketidaknormalan fizikal. Contohnya, dahi lebar, mata sepet dan hidung penyek.Menengah Atas

Kembali ke atas