Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.tu] | موتو

Definisi : terdiam kerana terlalu sedih dll, ter­menung-menung; berhati ~ bersedih hati, masyghul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.tu] | موتو

Definisi : dlm keadaan yg berbahaya (raja dlm permainan catur), tercepit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.tu] | موتو

Definisi : mutiara; ratna ~ manikam berbagai­bagai jenis permata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.tu] | موتو

Definisi : 1 ukuran ketulenan atau kemurnian emas (1 mutu = 2.4 karat): emas sepuluh ~ emas murni. 2 taraf kepandaian, kecerdasan dll; kualiti atau nilai bagi sesuatu: Kelas-kelas tambahan telah diadakan utk meninggikan ~ pelajaran murid-murid itu. bermutu tinggi nilainya atau tinggi mutunya; bernilai tinggi: Lukisannya memang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mu.tu] | موتو

Definisi : mutiara. ratna ~ manikam berbagai-bagai jenis permata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mu.tu] | موتو

Definisi : (dlm permainan catur) seri kerana raja tidak dpt bergerak; raja terjepit; buntu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mutu (kata nama)
Bersinonim dengan kualiti, nilai, harga, standard;,
Kata Terbitan : bermutu,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quality maintenancepengekalan mutu, penyenggaraan mutuVeterinarTiadaTiada
software quality assurancejaminan mutu perisianTeknologi MaklumatPerisianKaedah untuk memantau proses kejuruteraan perisian dan teknik yang digunakan bagi memastikan mutu perisian sentiasa terpelihara. Salah satu pendekatan yang biasa digunakan adalah menerusi pengauditan sistem jaminan mutu yang menyelia pembangunan perisian. Pengauditan ini dilaksanakan mengikut piawaian ISO 9000 atau Model Kematangan Keupayaan (CMM). Di Malaysia, aspek jaminan mutu keselamatan perisian mengikut piawaian Kriteria Umum Malaysia (MyCC). Jaminan mutu perisian tidak sama dengan kawalan mutu perisian yang lebih mementingkan aspek dokumentasi keperluan dan pengujian perisian. Dengan kata lain, jaminan mutu perisian memantau proses, manakala kawalan mutu perisian lebih menjurus kepada mutu produk.
fibre quality indexindeks mutu gentian/indeks mutu seratKesenianTiadaTiada
sampling methodkaedah pensampelanMakanan dan PemakananTeknologi MakananKaedah pengambilan sebahagian hasil pengeluaran bahan mentah daripada sesuatu lot atau populasi bagi tujuan mengetahui tahap mutu, konsistensi mutu, kadar kecacatan dan sebagainya. Jenis kaedah pensampelan yang digunakan bergantung kepada tujuan, sifat produk yang diuji, tahap kepentingan pengujian dan ciri populasi yang hendak diperiksa.
quality control circle (QCC)kumpulan meningkatkan mutu kerja (KMK)PentadbiranPentadbiran Awam

 Sekumpulan individu yang dilantik, membentuk satu pasukan kerja untuk mengenal pasti, mengawasi dan memantau kualiti perkhidmatan dalam sesebuah organisasi. Antara fungsi utama kumpulan meningkatkan mutu kerja ialah menetapkan garis panduan mutu kerja yang perlu dipatuhi, memperkemas piawai kualiti kerja, memantau operasi pentadbiran organisasi, menggariskan peraturan dan polisi ke arah pencapaian mutu kerja yang tinggi. Kumpulan ini dipilih dan dilantik berdasarkan kredibiliti, keupayaan, ketelusan, kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing. Kumpulan ini akan dibubarkan apabila matlamat untuk meningkatkan mutu kerja dalam organisasi telah tercapai. Contoh pasukan KMK ialah pasukan QC dan TQM.

seed qualitymutu biji benihPertanianAgronomi

 Ciri biji benih dari segi genetik dan fisiologi. Kualiti genetik menentukan kualiti biji benih terpelihara dari segi ketulenan baka. Dari segi fisiologi, mutu biji benih menentukan daya percambahan dan tumbesaran yang sempurna. Mutu biji benih ditentukan dengan ujian ketulenan dan ujian percambahan.

archival qualitymutu arkibPerpustakaanTiadaMutu cetakan atau filem yang dikekalkan ciri-cirinya, walaupun dalam jangkamasa penyimpanan yang lama, di bawah keadaan terkawal.
intrinsic qualitymutu dalamanKesusasteraanPuisiMutu atau nilai yang terkandung dalam sesebuah puisi khususnya tentang unsur-unsur dalaman seperti diksi, imejan, rima, ritma, bahasa majas dan sebagainya. Sinonim kualiti intrinsik.
software qualitymutu perisianTeknologi MaklumatPerisianUkuran mutu sesuatu perisian dari segi reka bentuk dan kepatuhan spesifikasi reka bentuk yang dikehendaki. Contoh ukuran ini ialah kebolehgunaan, keselamatan, kebolehselenggaraan dan kecekapan perisian. Contoh aspek kebolehgunaan merangkumi antara muka pengguna grafik bagi memudahkan pengguna menggunakan perisian, manakala aspek keselamatan pula meliputi kerahsiaan, keutuhan dan kebolehsediaan perisian tersebut.
quality controlkawalan mutuPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah, tindakan dan peraturan yang dibuat ke atas sesuatu produk atau perkhidmatan untuk menjamin piawaian yang standard dipenuhi. Kawalan mutu merangkumi beberapa aspek utama seperti memastikan produk yang tinggi mutunya, pengawasan dan pemantauan yang rapi, ciri-ciri pembungkusan yang menarik, pengagihan produk yang cekap, bersih, serta menepati masa, kecekapan menyediakan perkhidmatan dan keterbukaan menerima maklum balas. Kawalan ini penting bagi memastikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dapat memberi kepuasan kepada para pengguna atau pelanggan, di samping membentuk imej organisasi yang kukuh dan cemerlang. Kawalan mutu yang berkesan bukan sahaja dapat memberikan pulangan yang baik tetapi juga dapat memastikan kekukuhan dan kemantapan organisasi.

12345678910...

Kembali ke atas