Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.bi] | نبي

Definisi : Ar 1. orang yg dipilih Allah utk menerima wahyu daripada-Nya utk dirinya sendiri dan tidak diwajibkan menyampaikan wahyu itu kpd orang lain: Muhammad ialah ~ yg ter­akhir; 2. = al-Nabi Nabi Muhammad SAW; kenabian yg berkaitan (berhubungan) dgn nabi: Nabi Muhammad seorang manusia biasa yg diutus oleh Allah sbg pesuruh dgn mukjizat ~nya; sudah pasti tidak ada darjah yg lebih tinggi drpd darjah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.bi] | نبي

Definisi : lelaki pilihan yg menerima syariat secara wahyu drpd Allah utk dirinya sendiri (tidak wajib disebarkan kpd orang lain). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nabi (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan utusan Allah, pesuruh Allah, rasul;,
Kata Terbitan : kenabian,

Puisi
 

Disimpan gula dengan sirih,
     Datang ia dari tanah;
Sudah ada Nabi Idris,
     Ada pula Nabi Noh.


Lihat selanjutnya...(28)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan anbia bermaksud jamak. Jadi, perkataan para boleh diletak di hadapan perkataan anbia tak?
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud anbia ialah (jamak bagi nabi) (segala) nabi, nabi-nabi atau penghulu segala manakala para ialah kata (yang mendahului kata-kata lain) yang menyatakan ramai. Maka para tidak boleh diletakkan di hadapan perkataan anbia.
Tatabahasa02.01.2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'Nabi', jika Nabi Muhammad, Nabi Nuh, menggunakan huruf besar untuk perkataan Nabi. Bagaimana pula jika 'nabi' sahaja, nabi atau Nabi (penggunaan dalam ayat).Waalaikumsalam,
Jika perkataan "nabi" sahaja, penggunaan dalam ayat ialah huruf kecil.
Tatabahasa12.12.2014
Saya ingin melakukan sedikit pencerahan dalam kamus dewan edisi keempat berkenaan perkataan 'sahabat'. Maksud yang dibawa bersama adalah pengikut. Contoh yang dibawakan adalah "pengikut, murid; ~ nabi pengikut nabi" iaitu sahabat nabi pengikut nabi. Setakat pengetahuan cetek saya, kita pada hari ini walaupun pengikut nabi Muhammad S.A.W bagaimanapun bukanlah dikategorikan sebagai sahabat nabi. Hal ini kerana pendefinisian sahabat nabi daripada sebahagian ulama' adalah berlainan. Antaranya sebagaimana yang didefinisika oleh Ibnu Hajar al-Asqalani : الصحابي من لقي النبى صلى الله عليه وسلم مؤمنا به ومات على الاسلام Sahabat ialah mereka yang sempat bertemu dengan Nabi SAW,beriman dengan Baginda dan mati dalam keadaan Muslim. Sumber : Al-hafiz Ibn Hajar Nukhbat al-Fikar, Beirut : Dar al-Ihya, jil 1, hal. 230. Al_-Suyuti, Tadrib al-Rawi, aktabah Ruyad al-Haadisah, jil. 2, hal. 209. Sebagai konklusi, saya merasakan perlu ada dalam entri 'sahabat' khusus bagi mendifinisikan sahabat nabi seperti 'sahabat nabi' sebagai ~ ialah mereka yang sempat bertemu dengan nabi ,beriman dan mati dalam keadaan Islam. Sekian. Terima kasihUntuk makluman tuan, Kamus Dewan hanya mencatatkan makna secara umum bagi sahabat dalam konteks sahabat nabi. Dalam konteks yang tersebut sahabat nabi dianggap sebagai pengikut atau murid nabi dan secara literalnya pastilah mereka yang pernah bertemu dengan nabi. Walau bagaimanapun, kami ambil maklum pandangan tuan dan mengemukakannya kepada Bahagian Perkamusan untuk penambahbaikan maklumat perkamusan.Lain-lain24.02.2017
Salam sejahtera, Saya ada pertanyaan berkaitan penggunaan "baginda" dalam ayat. Sekiranya "baginda" digunakan untuk merujuk kepada Nabi Muhammad SAW, adakah "baginda" ditulis dalam huruf besar? Bagaimanakah pula untuk "baginda" yang merujuk kepada nabi-nabi yang lain selain Nabi Muhammad serta yang merujuk kepada raja, khalifah atau Agong? Adakah penggunaannya ditulis dalam huruf besar atau huruf kecil? Sekian, Terima kasih.1. Nabi Muhammad SAW ialah kata nama khas dan jika ada perkataan lain yang merujuk kepada Baginda secara khusus juga ditulis dengan huruf besar.

2. Baginda merupakan kata ganti nama ketiga yang digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Perkataan baginda apabila berada dalam ayat, ditulis dengan huruf kecil.
Lain-lain15.06.2021
Assalamualaikum dan selamat pagi, saya nak tanya ini ke ejaan nama yang betul seperti yang tertera dibawah. Terima kasih.Ejaan yang betul bagi nama-nama nabi mengikut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua ialah Nabi Yaakub, Nabi Syu'ib, Nabi Sulaiman, Nabi Saleh, Nabi Ayub (sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua dari muka surat 1878 dan 1879 untuk ejaan yang betul bagi 25 nama nabi)Ejaan02.08.2019
apakah perkataan yang semakna dengan perkataan syafaat? adakah perkataan syafaat boleh digunakan untuk selain Nabi saw?Menurut Kamus Dewan, syafaat bermaksud kelebihan yg dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW dan kepada nabi-nabi lain untuk memberi pertolongan kepada umatnya pada hari perhimpunan di Padang Mahsyar. Oleh itu, perkataan ini tidak boleh digunakan kepada selain para nabi dan rasul.Lain-lain27.10.2020
Selamat sejahtera, Mengapakah malaikat dieja dengan huruf kecil jika disusuli nama? Berbeza dengan penggunaan perkataan "nabi" yang berhuruf besar jika disusuli nama. Cth: Nabi Musa, Nabi Muhammad, Nabi Isa. Manakala malaikat dieja malaikat Jibril, malaikat Mikail (bukannya Malaikat Jibril dan Malaikat Mikail)? Terima kasih.Perkataan "malaikat" ialah kata nama am, sebab itu awalan perkataan tersebut ditulis dengan huruf kecil manakala nama malaikat seperti Mikail dan Jibril ditulis dengan awalan huruf besar kerana perkataan tersebut ialah kata nama khas.Ejaan05.10.2020
Apakah terjemahan bagi "rasul" dan "nabi"? Adakah nabi dan rasul ini kata nama khas?

RASUL

Utusan atau pesuruh Allah yang telah menerima syariat untuk disampaikan kepada umatnya. Rasul juga merupakan utusan atau pesuruh Allah yang dipilih-Nya untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri dan diwajibkan menyampaikan wahyu itu kepada orang lain

 

NABI

Orang yang dipilih Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri dan tidak diwajibkan menyampaikan wahyu itu kepada orang lain.

Perkataan "rasul" dieja dengan huruf kecil (Kamus Dewan Edisi Keempat), kecuali "Rasulullah" yang dieja menggunakan huruf besar bagi "R".

Perkataan “nabi” dieja dengan huruf kecil kecuali jika ia diikuti dengan nama-nama nabi tersebut, perlu dieja dengan huruf besar bagi "N". Contoh: Nabi Yaakub, Nabi Syu'ib, Nabi Sulaiman, Nabi Saleh, Nabi Ayub (sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua dari muka surat 1878 dan 1879 untuk ejaan yang betul bagi 25 nama nabi)

Lain-lain14.10.2021
Seorang nabi atau Seorang Nabi?Seorang nabi.Ejaan23.09.2011
Assalamualaikum tuan/puan, Kata ganti nama yang sesuai untuk para nabi selain Nabi Muhammad s.a.w., adakah "baginda" ataupun "beliau"? Terima kasih.Kata ganti nama bagi nabi dan rasul ialah baginda.Tatabahasa10.04.2021
123456789

Kembali ke atas