Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.fas] | نفس

Definisi : 1. udara yg disedut ke dlm dan di­hembuskan keluar dr paru-paru; menarik ~ menyedut udara (ke dlm paru-paru); meng­hembuskan ~ yg akhir (penghabisan) mati; 2. penyedutan dan pengeluaran udara dr paru-paru: ~ pendek; ~nya Isnin Khamis Id, bp mengap-ngap (hampir mati); sakit ~ sakit sesak nafas (bengik); ~ baru semangat baru atau sumber baru kekuatan yg memulihkan sesuatu kegiatan dll atau memberinya ke-upayaan baru: memberi ~ baru kpd per­kembangan dunia hiburan dan per­kem­bangan bahasa Malaysia amnya; senafas 1. sepanjang waktu yg diperlukan utk menarik dan mengeluarkan nafas satu kali, dlm jangka waktu yg pendek sekali: tapi angin mati, ~ pun tak bertiup; 2. ki sama keadaannya, selaras, sepadan, sesuai: kalimat-kalimatnya sejenis dan ~; bernafas 1. menyedut dan menghembuskan nafas dr paru-paru: ikan ~ melalui insangnya; 2. bernyawa, hidup; tiap-tiap yg ~ tiap-tiap yg hidup; 3. mempunyai unsur, berunsur, berbau: puisi yg ~ keislaman spt yg diasaskan oleh Hamzah Fansuri dan Amir Hamzah itu seolah-olah tidak diteruskan lagi; ~ keluar badan prb lebih percaya kpd pendapat orang lain drpd pendapat sendiri; menafaskan mengeluarkan nafas; pernafasan perihal bernafas: liang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.fas] | نفس

Definisi : 1 udara yg disedut ke dlm dan dihembuskan keluar dr paru-paru: menarik ~. 2 penyedutan dan penghembusan udara (dr paru-paru): ~nya panjang. bernafas 1 menyedut dan menghembuskan nafas: Ikan ~ dgn insangnya. 2 hidup; bernyawa: Tiap-tiap yg ~ akan mati juga sudahnya. pernafasan perbuatan atau hal ber­nafas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nafas
Kata Terbitan : senafas, bernafas,

Puisi
 

Cekak manis makanan sotong,
     Sotong nak mati ditimpa ruang;
Tarik nafas tergantung-gantung,
     Terkenang diri dikeji orang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Berair kerongkongan.

Bermaksud :

Mendapat rezeki. kerongkongan = pembuluh nafas.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(1) cara-cara membantu rakan sekelas menyelesaikan masalah mulut dan nafas yang berbau. (2) Tindakan terhadap rakan sekelas yang menghadapi masalah mulut dan nafas yang berbau. Manakah ayat lebih sesuai dan gramatis?
Ayat yang betul ialah:
1. Cara-cara membantu rakan sekelas menyelesaikan masalah bau mulut dan nafas.
2. Cara-cara membantu rakan sekelas yang menghadapi masalah bau mulut dan nafas


Tatabahasa09.02.2023
Apakah terjemahan untuk '...breathable design'? Adakah rekaan boleh nafas diterima?Tidak ada maklumat tentang breathable design dalam pangkalan data kami. Design diterjemahkan kepada reka bentuk dan breathable ialah nafas/bernafas atau udara bergantung pada konsep penggunaannya. Sila maklumkan kepada kami konsep breathable design untuk kami mencadangkan terjemahan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan02.10.2017
Mengikut Kamus Dewan, apa yang dimaksudkan dengan Penerbitan dan Nafas Baruenerbitan 1. perihal (perbuatan dll) menerbitkan: dua pola ~ kata yg tidak produktif; ~ asas ayat; 2. urusan atau pekerjaan menerbitkan (majalah dll): pihak berkuasa telah mengharamkan ~ kedua-dua buah novel tersebut; manakala nafas baru ialah menghidupkan semula atau memberi idea baru supaya sesuatu itu dapat memberi saingan kepada produk atau hasil yang dikeluarkan.Tatabahasa11.09.2007
kami akan mengadakan minggu berhenti merokok di klinik-klinik kesihatan di daerah Muallim. Kami berminat untuk menggunakan media digital di Majlis Daerah Tanjung Malim. temanya adalah: NAFAS BARU BERMULA RAMADAN saya ingin meminta jasa baik pihak tuan/puan untuk memeriksa tatabahasa dan perkataan yang digunakan sebelum dipamerkan di media digital. sekian, terima kasih.Tema NAFAS BAHARU BERMULA RAMADAN sebagai slogan adalah betul daripada aspek penggunaan Bahasa.Tatabahasa13.04.2018
Ia pun menghembuskan nafas yang terakhir lalu kembali ke alam barzakh. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut?Ayat tersebut betul penggunaan tatabahasa dan struktur ayat.Tatabahasa04.07.2013
Ia pun menghembuskan nafas yang terakhir lalu kembali ke alam barzakh. Apakah kesalahan yang terdapat dlm ayat di atas?Ayat tersebut boleh digunakan tetapi dari segi makna, ayat tersebut telah lewah iaitu kedua-duanya mempunyai maksud meninggal dunia.Tatabahasa29.06.2013
RAMAI yang menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan penangguhan pengambilalihan 51 peratus kepentingan dalam Institut Jantung Negara (IJN) oleh konglomerat Sime Darby Berhad. Apakah maksud 'konglomerat' ?Konglomerat ialah firma perniagaan yg besar yg terdiri drpd gabungan beberapa syarikat dgn tujuan utk meningkatkan kecekapan melalui fungsi pemasaran, agihan, dan pembelian.Istilah20.12.2008
Adakah sakit teruk, sesak nafas dikategorikan sebagai frasa nama atau frasa adjektif ?Jawapan yang betul ialah frasa adjektif.Tatabahasa18.03.2021
pemeriksaan iklan untuk tayangan media digital1. Sila betulkan Nafas Baru kepada Kehidupan Baharu
2. Sila betulkan ejaan Ramadhan kepada Ramadan (pada setiap tempat yang berkaitan)
3. Betulkan ayat seperti berikut: Ramadan sebagai titik mula untuk berhenti merokok
4. Betulkan Infoline kepada Talian Utama

5. Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan/kain rentang/gegantung?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,  kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan yang telah dibuat pembetulan seperti yang dicadangkan di atas. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
Lain-lain13.04.2018
Betul ataupun tidak ayat ini? - Usahalah demi kejayaan mendatang, selagi nafas masih dapat dihembus.Untuk pengetahuan tuan, ayat tersebut boleh digunakan kerana tidak ada sebarang kesalahan di dalamnya kerana jika diteliti, ia lebih merujuk kepada ayat dalam karya sastera..Karya16.12.2015
123

Kembali ke atas