Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.fas] | نفس

Definisi : 1. udara yg disedut ke dlm dan di­hembuskan keluar dr paru-paru; menarik ~ menyedut udara (ke dlm paru-paru); meng­hembuskan ~ yg akhir (penghabisan) mati; 2. penyedutan dan pengeluaran udara dr paru-paru: ~ pendek; ~nya Isnin Khamis Id, bp mengap-ngap (hampir mati); sakit ~ sakit sesak nafas (bengik); ~ baru semangat baru atau sumber baru kekuatan yg memulihkan sesuatu kegiatan dll atau memberinya ke-upayaan baru: memberi ~ baru kpd per­kembangan dunia hiburan dan per­kem­bangan bahasa Malaysia amnya; senafas 1. sepanjang waktu yg diperlukan utk menarik dan mengeluarkan nafas satu kali, dlm jangka waktu yg pendek sekali: tapi angin mati, ~ pun tak bertiup; 2. ki sama keadaannya, selaras, sepadan, sesuai: kalimat-kalimatnya sejenis dan ~; bernafas 1. menyedut dan menghembuskan nafas dr paru-paru: ikan ~ melalui insangnya; 2. bernyawa, hidup; tiap-tiap yg ~ tiap-tiap yg hidup; 3. mempunyai unsur, berunsur, berbau: puisi yg ~ keislaman spt yg diasaskan oleh Hamzah Fansuri dan Amir Hamzah itu seolah-olah tidak diteruskan lagi; ~ keluar badan prb lebih percaya kpd pendapat orang lain drpd pendapat sendiri; menafaskan mengeluarkan nafas; pernafasan perihal bernafas: liang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.fas] | نفس

Definisi : 1 udara yg disedut ke dlm dan dihembuskan keluar dr paru-paru: menarik ~. 2 penyedutan dan penghembusan udara (dr paru-paru): ~nya panjang. bernafas 1 menyedut dan menghembuskan nafas: Ikan ~ dgn insangnya. 2 hidup; bernyawa: Tiap-tiap yg ~ akan mati juga sudahnya. pernafasan perbuatan atau hal ber­nafas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nafas
Kata Terbitan : senafas, bernafas,

Puisi
 

Cekak manis makanan sotong,
     Sotong nak mati ditimpa ruang;
Tarik nafas tergantung-gantung,
     Terkenang diri dikeji orang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Berair kerongkongan.

Bermaksud :

Mendapat rezeki. kerongkongan = pembuluh nafas.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
breaking point (of breath holding)takat tahan nafas (penahanan nafas)PerubatanTiadaTiada
breath controlkawal nafasKesenianTiadaTeknik menyimpan nafas panjang dan tidak tersekat-sekat.
breath holding spellsela nafasPerubatanTiadaKeadaan nafas terhenti sementara dalam tempoh yang tidak melebihi satu minit, biasanya berlaku pada kanak-kanak yang sedang menangis, marah, sakit atau takut.
bobbingtimbul tenggelamSukanTiadaPerlakuan menarik nafas di atas permukaan air dan menghembus nafas dalam air. Ini merupakan satu kaedah untuk memulihkan pernafasan ke tahap normal.
hypoxic drilllatih tubi hipoksisSukanTiadaLatih tubi nafas untuk menambah kapasiti paru-paru. Perenang perlu menguak beberapa kitaran sebelum mengambil nafas. Latihan ini berguna untuk acara renang pecut.
paradoxical breathingpernafasan paradoksikalPerubatanTiadaKeadaan bentuk pernafasan yang tidak normal, iaitu semasa menarik nafas, dinding dada bergerak ke dalam dan sebaliknya semasa menghembus nafas.
byssinosisbisinosisKimiaForensikPenyakit paru-paru yang dihidapi oleh pekerja kilang atau industri kapas. Penyakit ini disebabkan oleh tindak balas alergi terhadap debu atau kulat dalam gentian kapas, flaks, dan hem. Had pendedahan terhadap debu atau kulat tersebut ialah 0.2 mg/m3 Gejalanya termasuk sesak nafas, batuk dan nafas berdehit. Penyakit ini dapat sembuh pada peringkat awa!. Walau bagaimanapun, pendedahan selama beberapa tahun boleh menyebabkan saluran udara tersumbat, bronkitis, emfisema, dan akhirnya kegagalan paru-paru.
breathnafasLinguistikTiadaTiada
rebreathingnafas ulangPerubatanTiadaKeadaan apabila pesakit menyedut semula gas ekspiratori di litar anestesia atau beg takungan yang boleh meningkatkan karbon dioksida darah.
exhalationpelepasan nafasLinguistikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas