Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[naf.kah] | نفقه

Definisi : 1. wang (makanan dll) yg diperlukan utk hidup, sara hidup: siapa yg menanggung ~ anak yatim itu? 2. makanan dll sehari-hari, rezeki; mencari ~ mencari rezeki (bekerja utk mendapatkan rezeki); 3. perbelanjaan dll yg wajib diberikan oleh suami kpd isterinya: suami wajib menanggung ~ isterinya; ~ batin hak bersetubuh isteri; ~ zahir belanja hidup isteri; 4. bp pendapatan, gaji; menafkahi memberi nafkah, menyarai hidup seseorang; menafkahkan mengeluarkan (wang dll) utk makanan sehari-hari, membelanjakan (wang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[naf.kah] | نفقه

Definisi : 1 wang, makanan dll yg diperlukan utk hidup; sara hidup. 2 perbelanjaan dll yg wajib diberikan oleh suami kpd isterinya. 3 makanan sehari-hari; rezeki: mencari ~ bekerja utk mendapatkan rezeki. menafkahi memberikan nafkah kpd; menyara hidup seseorang: Ayah bekerja keras utk ~ kami sekeluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nafkah
Rujuk :rezeki

Puisi
 

Anak dara pergi ke Jeddah,
     Sampai di Jeddah berperi-peri;
Menjual suara bukannya mudah,
     Hendak mencari nafkah sendiri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Memberakkan periuk nasi sendiri.

Bermaksud :

Mengkhianati tempat mencari nafkah atau tempat menumpang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nafkah1 wang, makanan dll yg diperlukan utk hidup; sara hidup. 2 perbelanjaan dll yg wajib diberikan oleh suami kpd isterinya. 3 makanan sehari-hari; rezeki: mencari ~ bekerja utk mendapatkan rezeki. menafkahi memberikan nafkah kpd; menyara hidup seseorang: Ayah bekerja keras utk ~ kami sekeluarga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nafkah1 wang, makanan dll yg diperlukan utk hidup; sara hidup. 2 perbelanjaan dll yg wajib diberikan oleh suami kpd isterinya. 3 makanan sehari-hari; rezeki: mencari ~ bekerja utk mendapatkan rezeki. menafkahi memberikan nafkah kpd; menyara hidup seseorang: Ayah bekerja keras utk ~ kami sekeluarga.Kamus Pelajar
pencari1. orang yg mencari sesuatu yg abstrak (kebenaran, haluan, dll): ~ kebenaran ini diumpamakan spt orang buta; 2. orang yg mendapatkan nafkah (rezeki dll) utk menyara keluarga: lelaki dikatakan bekerja sbg ~ nafkah.Kamus Dewan Edisi Keempat
nafkah1. wang (makanan dll) yg diperlukan utk hidup, sara hidup: siapa yg menanggung ~ anak yatim itu? 2. makanan dll sehari-hari, rezeki; mencari ~ mencari rezeki (bekerja utk mendapatkan rezeki); 3. perbelanjaan dll yg wajib diberikan oleh suami kpd isterinya: suami wajib menanggung ~ isterinya; ~ batin hak bersetubuh isteri; ~ zahir belanja hidup isteri; 4. bp pendapatan, gaji; menafkahi memberi nafkah, menyarai hidup seseorang; menafkahkan mengeluarkan (wang dll) utk makanan sehari-hari, membelanjakan (wang).Kamus Dewan Edisi Keempat
mencari nafkahbekerja utk mendapatkan rezeki.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kerja1 = pekerjaan sesuatu yg dilakukan oleh seseorang utk mencari nafkah; pencarian: Ada yg ~nya berladang dan ada pula yg berniaga. 2 sesuatu yg mesti dilaksanakan; tugas: Tiap-tiap orang hendaklah menjalankan ~ masing-masing. 3 kegiatan atau usaha melakukan sesuatu: ~nya tiap-tiap hari tiada lain drpd membaca surat khabar. ~ kayu pertukangan kayu (spt membuat kerusi dll). ~ kosong jawatan yg belum diisi atau yg belum dipenuhi (di pejabat dll). ~ lapangan kajian ttg sesuatu yg dilakukan di tempat semula jadinya utk mendapatkan data, maklumat, dsb (bagi tujuan tertentu), dan bukan dijalankan di dlm makmal, di dlm pejabat dsb. ~ raya kerja (membuat jalan raya dll) yg dibuat oleh kerajaan utk faedah orang ramai. bekerja membuat atau melakukan sesuatu kerja: Dia tidak ~ hari ini kerana sakit. mengerjakan 1 membuat sesuatu kerja: Dia sentiasa ~ suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. 2 membuat atau mengusahakan (sawah dll): Kebanyakan petani di sini ~ sawah. 3 menjalankan; melaksanakan; menyelesaikan: Segala rancangan telah dikerjakan dgn jayanya. pekerjaan 1 sesuatu yg dilakukan utk mencari nafkah hidup; pencarian: ~ mereka ialah bercucuk tanam dan menangkap ikan. 2 sesuatu yg dikerjakan atau yg dibuat: Demikianlah ~nya setiap hari. pekerja orang yg bekerja utk memperoleh pendapatan: Tiga orang ~ syarikat itu telah dipecat. ~ bulanan (mingguan) pekerja yg menerima gajinya tiap-tiap bulan (minggu). ~ lapangan orang yg membantu penyelidik, pakar dsb dlm melakukan kerja lapangan. ~ rencam pekerja yg membuat berbagai-bagai jenis kerja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mencari makan (nafkah, rezeki)bekerja utk menyara hidup.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menafkahimemberikan nafkah kpd; menyara hidup seseorang: Ayah bekerja keras utk ~ kami sekeluarga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pekahbp nafkah.Kamus Dewan Edisi Keempat
menafkahimemberi nafkah, menyarai hidup seseorang;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678

Kembali ke atas