Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[naf.ta] | نفتا

Definisi : (Kim) sj minyak mudah terbakar yg di­peroleh drpd petroleum dan tar arang batu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nafta


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NAFTA

Nafta ialah mana-mana cecair yang hanya terdiri

daripada atom hidrogen dan karbon yang mendidih

di bawah 200°C. Nafta yang diperoleh semasa

penapisan petroleum dicampurkan untuk membuat

petrol. Sesetengah jenis nafta digunakan untuk

melarutkan getah dan untuk mencairkan cat dan

varnis. Yang lain digunakan sebagai bahan

pembersih dan sebagai bahan dalam pembuatan

gas artifisial. Nafta boleh dihasilkan apabila tar batu

arang, iaitu bahan melekit yang dibuat daripada

batu arang lembut disuling. Nafta tar batu arang

digunakan sebagai bahan pelarut dan dalam

pembuatan rebin sintetik (artifisial). Nafta tulen

mudah meletup apabila terdedah kepada api.

UMUM 
API YUNANI

Api Yunani ialah campuran kimia yang menyala

dan membakar dengan dahsyat apabila tersentuh

air, malahan ia terbakar di dalam air. Orang Yunani

Byzantine mula-mula menggunakannya dalam

peperangan laut pada 673 M. Komposisinya adalah

satu rahsia, tetapi ia mungkin mengandungi sulfur,

resin, minyak, gegala, dan sama ada kalsium fosfida

atau kapur tohor. Ia kemudian diubah untuk

memasukkan nafta, saltpeter , dan turpentin.

Menjelang tahun 1200-an, ia mungkin menyerupai

serbuk letupan, yang tidak diketahui pada masa itu.

UMUM 

Kembali ke atas