Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.ga] | ناݢ

Definisi : 1. sl makhluk rekaan berupa spt buaya atau ular tetapi bersayap dan berkuku cekam, boleh menghembuskan api dr mulutnya; 2. Jw ular besar penunggu mata angin; ~ antaboga a) sj binatang laut yg besar; b) ikan paus; ~ balun naga yg tinggal di gunung-gunung (dan membunuh mangsa dgn ekor­nya); ~ berapi naga yg menyemburkan api; ~ bura naga yg menyemburkan bisa; ~ gentala naga yg menyedut mangsanya (tidak dapat bergerak-gerak); ~ hari naga penunggu mata angin yg tiap-tiap hari berpindah; ~ jadi-jadian orang atau hantu yg menjelma menjadi naga; ~ seknik lukisan naga yg diberi berkepak (pd kain batik); ~ tahun naga penunggu mata angin yg berpindah tiap-tiap tahun; ~ umban sj naga besar yg diam di laut; naga-naga 1. naga tiruan (spt yg diperbuat drpd kertas dll); 2. ukiran kepala naga (biasa­nya dipasang di haluan perahu); 3. tempat yg tinggi (di balai penghadapan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.ga] | ناݢ

Definisi : ; ~ buana sj tumbuhan (pokok renek), Phyilanthus pulcher; ~ setu sj tumbuhan (rumpai), akar wangi, narwastu, rumput wangi, Vetiveria zizanioides; rumput sisik ~ sj tum­buh­­an (herba), Desmodium heterophyllum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.ga] | ناݢ

Definisi : ; ~ berjuang sj ukiran yg merupakan dua garisan yg hampir bercantum; ~ berseru = ~ taru sj ukiran yg merupakan dua garisan yg bertemu dan kemudian berkelok ke kiri dan ke kanan; ~ bertangkap sj ukiran yg merupakan dua garisan yg bersilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.ga] | ناݢ

Definisi : binatang yg dipercayai berupa spt ular besar atau buaya serta bercula dan berkaki: ~ berapi; ~ gentala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata naga

Puisi
 

Kalau begini naga-naganya,
     Kayulah hidup dimakan api;
Kalau begini rasa-rasanya,
     Dari hidup baiklah mati.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Seekor cacing menelan naga.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah. (Bandingkan dengan: Cacing menelan naga).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NAGA LAUT

Naga laut ialah makhluk laut yang besar, yang

mungkin makhluk khayalan. Sejak zaman purba,

legenda kebanyakan bangsa telah menceritakan

makhluk seperti naga laut, naga, dan unikon. Saksi

telah melaporkan melihat naga laut, tetapi tiada satu

pun makhluk bak ular ini dapat ditangkap atau

terdampar di pantai.

UMUM 
NAGA

Naga ialah haiwan mitos dalam sastera rakyat

banyak budaya Eropah dan Asia. Legenda

memerikan naga sebagai makhluk yang besar bak

cicak, yang bernafas mengeluarkan api, dan

mempunyai ekor yang panjang bersisik. Di Eropah,

naga biasanya digambarkan sebagai haiwan yang

ganas, yang melambangkan kejahatan yang

ditentang oleh manusia. Tetapi di Asia, terutamanya

di China dan Jepun, haiwan ini biasanya dianggap

sebagai makhluk yang suka berkawan yang

membawa tuah dan kekayaan.

UMUM 
NAGA TERBANG

Naga terbang ialah nama yang biasanya diberi

kepada cicak terbang di tenggara Asia dan Hindia

Timur. Ia membesar sepanjang kira-kira 20

sentimeter. Ia sebenarnya tidak terbang, tetapi

meluncur dengan menggunakan lipatan kulit yang

mengembang pada rusuknya. Naga terbang tinggal

di atas pokok dan meluncur dari pokok ke pokok

untuk mencari makanan atau untuk mengelakkan

musuhnya. Semasa berehat, ia melipatkan “sayap”

pada sisi badannya. Pada musim mengawan,

serangga jantan mengembangkan “sayap” yang

berwarna terang untuk menarik perhatian serangga

betina.

UMUM 
SIEGFRIED

Siegfried ialah wira legenda kesusasteraan

Jerman pada Zaman Pertengahan. Sebagai orang

muda, Siegfried memperoleh harta karun

Nibelung yang tidak terperi nilainya dan selubung

yang boleh menjadikannya halimunan. Dia juga

membunuh seekor naga dan mandi dengan

darahnya untuk menjadikannya kebal. Walau

bagaimanapun, sehelai daun linden terjatuh di

bahagian belakangnya, di antara kedua-dua bahu,

meninggalkan tanda yang tidak terlindung.

UMUM 
ADAT PERTABALAN SULTAN KEDAH

ADAT PERTABALAN SULTAN KEDAH, upacara menabalkan Sultan Kedah yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Bagi Negeri Kedah Darul Aman, peraturan istiadat pertabalan dibuat pada zaman pemerintahan Sultan Rijaluddin ibni Sultan Sulaiman (1625-1653) iaitu Sultan Kedah yang ke-13, yang bersemayam di Kota Naga.

           

BUDAYAKonsep
MAHJUNG

Mahjung juga dieja mah jong atau mah-jong

ialah sejenis permainan orang Cina yang

berkembang pada tahun 1800-an. Mahjung

dipercayai berasaskan permainan yang dimainkan

di China semenjak lebih kurang tahun 500 S.M.

Mahjung sama dengan permainan rummy, iaitu

sejenis permainan kad. Walau bagaimanapun,

sebagai ganti kad, mahjung dimainkan dengan

buah kecil, bersegi empat tepat yang diukir

dengan lukisan dan lambang Cina. Terdapat 136

buah piawai yang terdiri daripada buah angin,

buah naga dan tiga jenis sama bunga – titik, krak

dan bam. Sama bunga diberi nombor dari 1 hingga

9. Terdapat empat buah yang serupa untuk setiap

jenis. Kebanyakan set mahjung turut mempunyai

lapan buah bonus yang mewakili bunga dan

musim.

UMUM 
TASIK CINI

TASIK CINI, sebuah tasik asli, terletak di lembah Sungai Pahang. Air Tasik Cini datang dari Sungai Pahang melalui anak sungainya, iaitu Sungai Cini. Dari Tasik Cini, air mengalir masuk ke dalam empat buah sungai: Sungai Gumuni, Sungai Jembarau, Sungai Malai dan Sungai Perupuk. Tasik Cini dikenali kerana legendanya, iaitu Naga Tasik Cini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas