Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.ga] | ناݢ

Definisi : 1. sl makhluk rekaan berupa spt buaya atau ular tetapi bersayap dan berkuku cekam, boleh menghembuskan api dr mulutnya; 2. Jw ular besar penunggu mata angin; ~ antaboga a) sj binatang laut yg besar; b) ikan paus; ~ balun naga yg tinggal di gunung-gunung (dan membunuh mangsa dgn ekor­nya); ~ berapi naga yg menyemburkan api; ~ bura naga yg menyemburkan bisa; ~ gentala naga yg menyedut mangsanya (tidak dapat bergerak-gerak); ~ hari naga penunggu mata angin yg tiap-tiap hari berpindah; ~ jadi-jadian orang atau hantu yg menjelma menjadi naga; ~ seknik lukisan naga yg diberi berkepak (pd kain batik); ~ tahun naga penunggu mata angin yg berpindah tiap-tiap tahun; ~ umban sj naga besar yg diam di laut; naga-naga 1. naga tiruan (spt yg diperbuat drpd kertas dll); 2. ukiran kepala naga (biasa­nya dipasang di haluan perahu); 3. tempat yg tinggi (di balai penghadapan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.ga] | ناݢ

Definisi : ; ~ buana sj tumbuhan (pokok renek), Phyilanthus pulcher; ~ setu sj tumbuhan (rumpai), akar wangi, narwastu, rumput wangi, Vetiveria zizanioides; rumput sisik ~ sj tum­buh­­an (herba), Desmodium heterophyllum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.ga] | ناݢ

Definisi : ; ~ berjuang sj ukiran yg merupakan dua garisan yg hampir bercantum; ~ berseru = ~ taru sj ukiran yg merupakan dua garisan yg bertemu dan kemudian berkelok ke kiri dan ke kanan; ~ bertangkap sj ukiran yg merupakan dua garisan yg bersilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.ga] | ناݢ

Definisi : binatang yg dipercayai berupa spt ular besar atau buaya serta bercula dan berkaki: ~ berapi; ~ gentala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata naga

Puisi
 

Kalau begini naga-naganya,
     Kayulah hidup dimakan api;
Kalau begini rasa-rasanya,
     Dari hidup baiklah mati.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Seekor cacing menelan naga.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah. (Bandingkan dengan: Cacing menelan naga).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Naga naga a hit with IndonsUtihNew Sunday Times17.11.1975
Naga gemparkan pengunjung.t.pUtusan Malaysia19.01.2009
Naga Chini di Istana BudayaTiadaHarian Metro06.06.2006
Naga dan Burung EnggangTiadaKompas24.06.1989
"Naga Bonar" bagi Asrul Sani": persahabatan, patriotisme dankesederhanaan berpikirTiadaKompas15.03.1987
Bangsawan Naga Chini jual pelakon atau cerita?Kamarul Anuar Mohd NasirBacaria01.07.2006
Bangsawan Naga Chini-Berita Harian10.06.2006
Bangsawan Naga Chini persembahan lakonan mantapAni AwangUtusan Malaysia08.06.2006
Mengenal naga lautan PasifikLanang SejagatMingguan Malaysia15.10.1995
Gong Naga: berusia lebih 200 tahunSahidan JaafarUtusan Malaysia31.05.1997
12

Kembali ke atas