Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nah] | نه

Definisi : 1. kata utk menyudahi percakapan orang lain atau utk menukar perhatian, sudahlah: ~, marilah kita lihat sendiri; 2. kata utk mem­pelawa seseorang menerima sesuatu, ambillah, terimalah: ~, ini wang lima puluh ringgit; ~ ini tuala, mari aku tunjukkan tempat mandi; 3. kata utk menyatakan per­setujuan, sungguh: ~, kalau begitu lebih baik lagi; 4. kata utk memulakan ayat yg mengandungi perhatian yg lain: ~, sekarang begini sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nah] | نه

Definisi : 1 kata seru yg digunakan pd awal percakapan utk menarik perhatian: ~! Sekarang kitalah juara. 2 kata seru utk mempelawa seseorang menerima sesuatu; ambillah: ~! Pakailah baju ini utk menggantikan baju kamu yg basah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nah, ambilah buku ini! Betul atau salah ayat iniAyat tersebut betul kerana ayat yang digunakan menggunakan kata seru iaitu bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan. Contoh yang dapat diberikan untuk rujukan ialah seperti: 1) Aduh, sakitnya kakiku! 2) Eh, bergaya nampaknya mereka semua!Tatabahasa27.06.2006
“(Nah, Cis) ambil balik duit baki daripada membeli jajan tadi!” kata Fiza kepada abangnya. Adakah betul penggunaan kata seru nah di dalam ayat? Adakah ayat yang dibina betul? Mohon penjelasan.Terima kasih.Untuk makluman puan, Nah sekiranya digunakan dalam ayat ini membawa maksud kata utk mem­pelawa seseorang menerima sesuatu, ambillah, terimalah. Manakala, Cis pula ialah kata seru yang membawa maksud untuk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll).

Puan boleh menggunakan kedua-dua perkataan ini, bergantung kepada maksud yang ingin disampaikan.



Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
Lain-lain21.05.2020
Kata seru "Nah" merupakan jawapan yang betul. Mengapakah jawapan "cis" tidak sesuai?Kata cis digunakan untuk menyatakan perasaan marah atau mencemuh.Tatabahasa13.05.2016
Salam sejahtera, saya ingin tanya, adakah perkataan 'okey' dan 'nah' wujud dalam pangkalan data dbp? Adakah perkataan-perkataan ini boleh digunakan dalam ayat dialog BM?"Nah" ialah kata seruan yang digunakan pada awal percakapan untuk menarik perhatian orang yang mendengarnya, manakala "okey" lebih gramatis dalam ayat digunakan perkataan "baiklah".Tatabahasa01.03.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "well" dalam ayat ini: "Well, he's inherited my genes." Saya dapati tiada padanan untuk perkataan "well" dalam pangkalan data PRPM. Oleh itu, saya ingin meminta pandangan Tuan/ Puan, bolehkah saya terjemahkannya sebagai "Biasalah, dia mewarisi genetik saya." atau "Nah, dia mewarisi genetik saya." Ayat ini digunakan untuk terjemahan sari kata. Terima kasih.Tidak perlu diterjemahkan satu demi satu perkataan jika ayat yang telah diterjemahkan mengandungi maksud yang hendak disampaikan dalam bahasa sumber. Penterjemah lebih menguasai ilmu penterjemahan dan pastikan terjemahan dalam bahasa sasar membawa maksud yang sama dalam bahasa sumber.Penyemakan dan penterjemahan26.08.2018
Apakaha pemenggalan suku kata perkataan: 1) syak 2) syampu 3) syabas 4) syarahan 5) syiling 6) syarikat 7) syer 8) khabar 9) khazanah 10) ghairah 11) klinikApakaha pemenggalan suku kata perkataan:
1) syak - 1 suku kata  (tiada pemenggalan)
2) syampu - 2 suku kata [syam + pu]    
3) syabas  - 2 suku kata [sya + bas]
4) syarahan - 3 suku kata [sya + rah +an]
5) syiling - 2 suku kata [syi + ling]
 6) syarikat  - 3 suku kata [sya + ri +kat]
7) syer  - 1 suku kata (tiada pemenggalan)
8) khabar  - 2 suku kata [kha + bar]
9) khazanah - 3 suku kata [kha + za + nah]
 10) ghairah - 2 suka kata [ghai + rah]
11) klinik - 2 suku kata [kli + nik]
Tatabahasa07.06.2017

Kembali ke atas