Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nah] | نه

Definisi : 1. kata utk menyudahi percakapan orang lain atau utk menukar perhatian, sudahlah: ~, marilah kita lihat sendiri; 2. kata utk mem­pelawa seseorang menerima sesuatu, ambillah, terimalah: ~, ini wang lima puluh ringgit; ~ ini tuala, mari aku tunjukkan tempat mandi; 3. kata utk menyatakan per­setujuan, sungguh: ~, kalau begitu lebih baik lagi; 4. kata utk memulakan ayat yg mengandungi perhatian yg lain: ~, sekarang begini sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nah] | نه

Definisi : 1 kata seru yg digunakan pd awal percakapan utk menarik perhatian: ~! Sekarang kitalah juara. 2 kata seru utk mempelawa seseorang menerima sesuatu; ambillah: ~! Pakailah baju ini utk menggantikan baju kamu yg basah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hydridehidridaKimiaTiadaSebatian tak organik yang terbentuk apabila hidrogen berpadu dengan unsur lain. Umumnya, hidrida terbahagi kepada hidrida ionik dan hidrida kovalen. Hidrida ionik terbentuk apabila hidrogen berpadu dengan unsur logam yang elektropositif daripada kumpulan IA dan IIA, seperti natrium untuk membentuk naatrium hidrida, NaH. Hidrida kovalen terbentuk apabila hidrogen berpadu dengan unsur bukan logam, seperti sulfur untuk membentuk hidrogen sulfida, H2S. Nombor pengoksidaan hidrogen di dalam hidrida ionik ialah –1, manakala di dalam hidrida kovalen, +1.

Kembali ke atas