Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[naif] | ناءيف

Definisi : 1. bersahaja, terlalu mudah, tidak canggih atau kompleks dsb: beliau mengatakan cerita­nya terlalu ~ dan terlalu mudah utk men­capai maksud simbolik itu; 2. ki lurus, tidak matang (pemikiran dll), keanak-anakan; kenaifan keadaan naif: kehidupanku terlalu setia dgn ~ku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
naif (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan lurus, lurus macam bendul, tidak matang, tidak berpengalaman, masih mentah, masih hijau, keanak-anakan, mudah terpedaya, mudah percaya;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
naivenaifKesusasteraanTiadaSifat yang seadanya diberikan pada bentuk yang memperlihatkan sikap jujur, bersahaja, tidak menaruh syak wasangka dan lurus serta berterus terang.
naivenaifPendidikanTiadaTiada
naivenaifKesusasteraanTiadaTiada
naivenaifKesenianTiadaTiada
naive narratorpengisah naifKesusasteraanTiadaWatak lurus dan berterus terang dalam menyampaikan cerita.
naive userpengguna naifKomputerTiadaTiada
naive artcitra naifKesenianTiadaCitra yang dihasilkan oleh pelukis yang tidak terdidik secara formal.
naïve T-cellsel T naifAIDSTiadaSel T yang terbentuk pada sumsum tulang dan belum terdedah kepada sebarang antigen. Sel ini akan berinteraksi dengan antigen baru dan membentuk populasi sel T yang lain seperti sel T pemusnah, sel T penolong dan sel T penindas.
ironyironiKesusasteraanTiadaKeadaan (wacana) yang melindugi makna untuk menyampaikan maksud yang berlainan. Kadang-kadang maksud yang disampaikan berlawanan dengan apa yang diujarkan. Walau bagimanapun, ironi tidak bertujuan memperdaya, malahan untuk mendapat kesan retorika dan artistik. Ironi menonjolkan ketidaksuaian antara harapan dengan kenyataan, dan antara suasana yang dikemukakan dengan kenyataan yang mendasarinya. Ironi berhubungan dengan sarkasme dan sinisme, iaitu gaya ujaran yang penuh dengan kecurigaan, keraguan, atau sikap meremehkan kejujuran dan moral. Antara jenis ironi adalah seperti yang berikut: Pertama, ironi lisan ialah kenyataan yang mengandungi makna tersirat yang berbeza daripada apa yang dinyatakan oleh pengujar. Contohnya, ayat pertama dalam karya Pride and Prejudice oleh Jane Austen: �It is truth universally acknowledge that a single man in possession of a good fortune must be in want of a wife�. Berdasarkan petikan ayat di atas, ironinya seseorang wanita memerlukan suami yang kaya. Kedua, ironi struktural ialah kenyataan yang menonjolkan ciri-ciri struktural yang berfungsi untuk mengekalkan kependuaan makna. Alat yang biasa untuk jenis ironi ini ialah penciptaan wira yang terlalu lurus atau pengujar yang naif. Kenaifan wira menyebabkan pemahaman tentang persekitaran amat terbatas dan keliru berbanding dengan tanggapan pengarang dan khalayak tentang keadaan yang sebenar. Oleh itu, ironi struktural bergantung pada pengetahuan ironi pengarang yang dikongsi bersama khalayak. Ketiga, ironi dramatik ialah situasi apabila audiens mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak daripada apa yang disedari oleh watak tersebut. Dalam drama tragedi, ironi ini dikenali sebagai ironi tragik. Ironi terdapat dalam semua genre sastera. Lihat juga ironi dramatik, ironi romatik, tragedi.

Kembali ke atas