Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ kepala angin tidak dapat mengawal diri kerana sangat marah dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak dpt mengawal diri kerana terlalu marah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naik (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bergerak ke atas: meninggi, mengatas, membumbung, rafak, mumbul,
Berantonim dengan turun

2. Bersinonim dengan mendaki: memanjat
Berantonim dengan turun

3. Bersinonim dengan mengenderai: menunggang, membawa, memandu,

4. Bersinonim dengan bertambah: meningkat, menjulang,
Berantonim dengan turun

Kata Terbitan : menaiki, menaikkan, kenaikan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam. Saya nak minta pencerahan tentang jawapan soalan di bawah : Layang-layang yang tersangkut pada pokok itu _______ apabila ditiup angin. A. terkontang-kanting B. bergoyang-goyang C. melambai-lambai D. meliang-liuk Terima kasih atas kerjasama.Waalaikumussalam...
Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud terkontang-kanting ialah terbuai-buai atau terayun-ayun (seperti barang yang tergantung pada tali yg panjang). Manakala bergoyang-goyang pula bermaksud tidak diam keadaannya atau sentiasa bergerak berayun-ayun. Bagi melambai-lambai pula bermaksud bergerak-gerak turun naik (tentang tangan). Maksud meliang-liuk pula ialah berliuk-liuk (api pelita ditiup angin dan lain-lain. Maka jawapan yang lebih tepat ialah terkontang-kanting.
Makna28.06.2016

Kembali ke atas